Alamat blog

Semua orang tahu, seks luar nikah adalah haram dalam Islam.

Seks luar nikah juga haram bagi banyak agama di dunia ini, kalau tidak mengapa dalam agama lain pun ada perkahwinan.

Suatu ketika dahulu, atau mungkin sekarang, seks luar nikah dianggap sebagai "moden", sehinggakan sesiapa yang masih dara dianggap kolot.

Banyak negara maju, kini merasai bahawa Institusi keluarga itu penting, Pemikir barat juga akan sedang pening untuk menyelesaikan permasalahan keluarga yang wujud di negara barat.

Ada juga negara maju yang lebih maju untuk mengharamkan melanggan pelacur di peringkat undang-undang sivilnya. Malaysia baru tahun lepas mengadakan undang-undang anti perdagangan orang.

Saya tidak hairan kalau suatu hari nanti, negara maju yang mula-mula mengharamkan seks luar nikah diperingkat undang-undang sivilnya untuk melindungi instusi kekeluargaan di Negara mereka. Dan juga untuk menyekat penyebaran AIDS.

Apabila perkara ini dibentangkan di Parlimen Malaysia, mungkin ada yang kata kita kolot, akan tetapi bila negara maju yang mulakan dahulu, kita boleh tiru dan kita tidak kolot.
Pelik.

Jadi, oleh kerana Masyarakat Malaysia terlalu fobia dengan hudud, maka perlunya ada batu loncatan supaya ianya boleh dilaksanakan dalam bentuk lain.

Walaupun di Sweden, hukuman bagi pelanggan seks adalah berbeza dengan hudud, akan tetapi mereka telah melangkah ke depan dengan mengharamkan apa yang sepatutnya haram.

Di Malaysia Seks luar nikah belum lagi haram diperingkat undang-undang sivil, tetapi pada masa yang sama ianya haram di dalam Islam.

Begitu juga soal judi, Saya tidak faham mengapa judi tidak diharamkan di peringkat sivil. Judi berlesen boleh, judi tak berlesen tidak boleh. Apa rasionalnya?




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. Tanpa Nama // 13 Mei 2008 pada 12:07 PTG  

    Untuk lu haram, untuk gua tarak haram.

    Gua mau kongek, gua mia hal lah. Lu mana sakit?

    Babi kampung!

  2. Tanpa Nama // 13 Mei 2008 pada 2:08 PTG  

    Apalah Hasbullah nim asyik nak mengharam-haramkan aje.

    Seks luar nikah memang dianggap dosa dalam banyak agama, tapi bukan semua orang Malaysia beragama.

    Sama dengan judi, bukan semua agama menganggapnya sebagai haram.

    Kalau betul2 nak mengikut logik Hasbullah, baik kita haramkan poligami kerana kebanyakan agama menganggap ia sebagai dosa.

  3. Hasbullah Pit // 13 Mei 2008 pada 8:46 PTG  

    Shaq:

    Kalau menurut logik saya,
    pengharaman boleh dilakukan jika tiada sesiapa menentang. bukan hanya kerana apabila semua agama mengharamkannya.

    Kalau orang tiada agama ingin menentangnya, sila kemukakan hujah mengapa seks luar nikah tidak boleh diharamkan diperingkat sivil.

    hujah sekadar "mahu kongkek" tidak diterima kerana institusi perkahwinan membolehkannya.

  4. Abu Abdullah Anas Al Banji // 14 Mei 2008 pada 9:17 PG  

    Assalamu alaikum dan Salam Sejahtera

    Saya tertarik dengan komen shag:

    "Seks luar nikah memang dianggap dosa dalam banyak agama, tapi bukan semua orang Malaysia beragama."

    Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti beragama. Ini kerana semua rakyat Malaysia mesti berpegang teguh akan rudimentari perundangan Malaysia, iaitu kepada tiang-tiang Rukun Negara, di antaranya:

    1. Kepercayaan kepada Tuhan

    Maka kita dapat simpulkan rakyat yang menolak konsep tuhan (yakni anti-agama ataupun atheisma) tidak boleh mengaku rakyat Malaysia!

    Komen saya ini mungkin bakal mengundang kontroversi tetapi inilah hakikatnya.

    Maka jika kita berbalik kepada soal undang-undang tadi, saudara Hasbullah kena buat kajian untuk dapat rumusan berapa jenis agama ada di Malaysia ini dan sama ada semua agama ini mengharamkan seks luar nikah.

    Kemudian, atas kesimpulan ini kita dapat tahu sama ada kita boleh kempen sama-sama mengharamkan seks luar nikah di Malaysia.

    Wallahu a'lam
    AAAA

    Get involved in building Malaysia; go to my blog.

  5. Tanpa Nama // 15 Mei 2008 pada 9:18 PG  

    Abu,
    Bukan semestinya mempunyai kepercayaan kepada tuhan itu bererti beragama. Contohnya, golongan yang mangamal kepercayaan "new age".

    Lagipun Rukun Negara adalah itu sahaja, rukun. Tidak terdapat apa hukuman dalam undang2 Malaysia kepada mereka yang tidak beragama (orang bukan Melayu).

    Tengoklah berapa ramai orang Cina yang menganggap sediri sebagai "Free Thinker"

  6. Hasbullah Pit // 15 Mei 2008 pada 9:56 PG  

    Shaq:

    Apabila memperkatakan tentang undang-undang sivil, maka tidak semestinya sekiranya undang-undang itu berasal oleh agama-agama, tidak boleh diamalkan oleh golongan atheis atau freethinker.

    Golongan freethinker juga manusia, mahukan dunia yang baik, mahukan institusi kekeluargaan yang baik, tidak mahukan AIDS berkembang.

    Jadi tidak salah untuk freethinker mendaftarkan perkahwinan sivilnya untuk memastikan dia mendapatkan seks secara sah secara sivil.

    Sekurang-kurangnya, dari sudut kesihatan, kementerian kesihatan boleh mengetahui siapa melakukan seks dengan siapa.

    bukannya isteri yang sah pula menjadi mangsa AIDS akibat seks luar nikah suaminya dengan orang lain.

    Golongan yang menyimpan mistress mungkin tidak bersetuju dengan cadangan ini, akan tetapi apa salahnya kalau hubungan lelaki dengan mistressnya didaftar sebagai suami isteri.

    perlu ada mekanisme pendaftaran mistress? perlu ada poligami di peringkat sivil?

  7. Tanpa Nama // 16 Mei 2008 pada 9:50 PG  

    sebol, apakah kekerapan jangkitan HIV, STD & sebagainya akibat kelakuan seks luar nikah? Yang saya tahu, lebih banyak kes HIV adalah akibat needle sharing oleh penagih dadah.

    Perkahwinan bukan setakat mengesahkan hubungan seks antara dua (atau lebih) orang. Ia membawa pelbagai syarat perundangan seperti tanggungawab kepada anak2, pembahagian harta dan sbgnya. Ia juga akan membebankan jabatan pendaftaran yang sudah sibuk membuat pendaftaran IC, kelahiran, perkahwinan & kematian. Itu pu untuk pendaftaran perkara yang berlaku sekali sahaja atau jarang berlaku dalam hidup seorang manusia. Bayangkaln kalau seorang perlu mendaftar semula setiap dua bulan atas pertukaran rakan seks.