Alamat blog

Kekanda Bakaq cukup main hentam lagi Konvensyen MMMM itu, akan tetapi melihat akan ulasan Redhuan Onn, rasanya tidak perlulah dihentamkan sangat konvensyen itu.

I think you are too harsh towards your own Malays (well, what is new then with u anyway? haha!)

You should understand that Malays easily feel threatened due to their socio-economic status compared to non-malays.

You yourself cannot solve that status issue for the Malays. So why don't you let the MMMMM be and you focus on other positive activities?


Biarlah orang melayu berfikir cara untuk mempertingkatkan orang melayu, Bangsa lain pun boleh berkonvensyen juga, agama lain pun boleh berkonvensyen juga. Peniaga pun boleh berkonvensyen juga. Nelayan juga patut berkonvensyen.

Asalkan Konvensyen itu tidak menjadi medan membasuh minda supaya menyokong UMNO cukup lah.

Kalau mereka tidak berkonvensyen, tidak keluar kenyataan Presiden PAS bahawa kekuatan Melayu itu pada Islam. Saya pula ada isi tambahan tentang Bahasa Melayu.

1 kali konvensyen, akan ada ratusan kenyataan yang perlunya Islam pada Melayu.

Bagi saya, berkonvensyen untuk meningkatkan bangsa, tanpa memijak bangsa lain, adalah perkara biasa yang patut dilakukan.

Kalau berkonvensyen supaya sangka buruk bangsa lain, maka itu tidak sepatutnya berlaku.

Akan tetapi saya mendapat bau, bahawa ada perkara remeh berkenaan melayu tertinggal dalam konvensyen tersebut.

Adakah konvensyen itu menyebut supaya tidak menggantikan telur dengan gula-gula ketika kenduri kahwin?

Adakah konvensyen itu menyebut supaya dikekalkan reka bentuk rumah melayu supaya ada "para". Supaya ada "bawah rumah". Supaya ada pintu yang dibuka separuh.

Adakah konvensyen itu bercerita tentang nasib songket melayu apabila diklonkan oleh pakistan?

Adakah konvensyen itu mempersoalkan kenapa budaya melayu, kalau kenduri kahwin perlu buat 2 belah, sebelah perempuan & sebelah lelaki. Bukankah ia membazir.

Adakah konvensyen itu membincangkan bagaimana permainan tradisional seperti gasing boleh dinaik tarafkan sehingga olimpik?

Adakah konvensyen itu membincangkan kenapa Nama sukan "Sepak Takraw" tidak dipanggil Sepak Raga dalam Istilah Bahasa Melayunya?




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. rastom // 5 Mei 2008 pada 10:25 PTG  

    Dr Sebol al Haj, ada satu lagi soalan tertinggal. Kenapa dan bila parti payung bangsa Melayu nak tukar nama jadi Melayu? United Malays apa? mabuk dengan Man. Untd apaka?

  2. Tanpa Nama // 7 Mei 2008 pada 11:37 PTG  

    Bro sebol,Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?? Saya rasa dalam era serba moden ini,betapa pentingnya bahasa Inggeris untuk carik makan,dan ketidak mampuan kerajaan menegakkan bahasa Malaysia adalah atas jawapan yang mudah,ekonomi di Malaysia bukan dikuasai orang melayu saja.Inikan pula dicadangkan orang Islam tidak perlu susah payah kaya di negara ini,takpa kita gaji 2000 pun udah cukup..

    Saya rasa tak perlulah kita ego sangat lagi,terimalah hakikat tak semua bangsa bukan melayu menerima bahasa melayu sebgai bahasa Malaysia,biarlah kerajaan masukkan bahasa Inggeris dalam kurikulum pendidikan,supaya anak2 kita nanti tak tercicir di era serba moden ini.Kalau tak nanti silap2 nanti anak2 melayu hanya duk layak kerja kerajaan,atas alasan tak boleh cakap bahasa Inggeris kononnya.

  3. Hasbullah Pit // 8 Mei 2008 pada 12:49 PG  

    Sekiranya kita keluar dari tempurung 'Malaysia' maka 'bahasa melayu' paling sesuai kerana malaysia bukan negara orang melayu singapura dan patani