Alamat blog

1. Walaupun terdapat 1001 hujah yang membuktikan rogol tidak berpunca daripada baju kurung sekolah yang seksi atau "keseksian" secara umum. PKPIM tetap berhak mencadangkan sesuatu yang menangkis perkara negatif bagi mereka.

2. Sekiranya ikan mencadangkan supaya perlu ada akuarium atau kolam supaya ia boleh hidup didarat. Kambing tidak boleh menafikan hak ikan walaupun kambing tidak perlu untuk berada didalam akuarium untuk terus hidup di darat.

Kemaskini:
Cadangan PKPIM adalah untuk pelajar Perempuan Islam sahaja.

Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selarii dengan Shariah dan tuntutan Islam itu sendiri. Dalam Islam, baju kurung sahaja tidak lengkap jika masih menayangkan tubuh badan. Pemakaian baju kurung kepada pelajar bukan Islam bukanlah satu paksaan kepada mereka, akan tetapi mereka yang berminat memakai baju kurung berwarna sangat digalakkan.




Berpusing!!!!!!

16 komen

  1. WY // 26 Mei 2008 pada 5:00 PG  

    PKPIM berhak menyatakan apa jua pendapat mereka, selagi ia sekadar pendapat. Jikalau cadangan mereka untuk menukar pakaian uniform sekolah diambil kira, ia juga umpama meminta si kambing hidup di akuarium. Pendapat seekor ikan, terutama sekali ikan yang pandangannya teramat serong, adalah tidak berguna.

    Sekian.

  2. __mars // 26 Mei 2008 pada 9:47 PG  

    PKPIM ada hak untuk bersuara. Tapi itu tidak bermakna PKPIM bebas daripada kritikan.

  3. Tanpa Nama // 26 Mei 2008 pada 10:00 PG  

    Perlu diingat bahawa isunya adalah baju kurung yang nipis sehingga menampakkan pakaian dalam yg kadang2 disengajakan pemakaiannya sebagai 'half-cup bra', padahal sewajarnya mereka memakai sekurang2nya singlet (pemakaian tudung yg dilabuhkan ke dada semestinya menutup bahagian tersebut). Pemakaian skirt sehingga menampakkan betis yg dipakai oleh kebanyakkan bukan Islam tidak perlu menjadi kerisauan PKPIM.

  4. Hasbullah Pit // 26 Mei 2008 pada 10:25 PG  

    WY Kam 甘永元

    Cadangan PKPIM adalah untuk pelajar Perempuan Islam sahaja.

    Umpama Ikan perlukan akuarium, mengapa pula kambing yang persoalkan kenapa ikan perlukan akuarium.

  5. WY // 26 Mei 2008 pada 12:04 PTG  

    sebol cuba memberi maksud tersirat yang pelajar perempuan Islam sahaja akan dijadikan mangsa kerakusan perogol and sebagainya. pendapat saudara hafiz sudahpun memberi jawapan saya untuk kritikan anda - pkpim ada hak bersuara, tapi jikalau pendapat mereka kurang bernas, pkpim kenalah bersedia menerima kritikan.

    jikalau ikan setakat beberapa ekor nak bersuara untuk semua ikan2 di luar tu, susah lah oi...

    jgn sbb saya berketurunan cina, maka pendapat saya dianggap tidak berkaitan....sbb anak2 saya jugak akan bersekolah di malaysia.

  6. Tanpa Nama // 26 Mei 2008 pada 4:07 PTG  

    Kam Wing Yuan,

    PKPIM tidak berkuasa mencadangkan uniform lain untuk pelajar bukan Islam kerana takut memaksa penganut agama lain mengamalkan nilai2 Islam serta dituduh mencampuri urusan agama lain, terutama yg menggambarkan agama mereka sebagai 'semua boleh'. Sebarang cadangan untuk melabuhkan blaus dari lutut ke buku lali contohnya, harus dicadangkan oleh orang bukan Islam sendiri.

    Dalam banyak2 pengguna, ada beberapa pengguna dalam persatuan pengguna yang bersuara supaya pengguna lain tidak main bedal makanan di kedai tanpa mengetahui bahaya ramuannya. Begitu juga dengan pelajar2 dan ikan2.

    Adakah anak2 anda akan memakai baju kurung dengan singlet putih di dalam? Jika tidak, maka ini bukannya isu anda atau anak2 anda.

  7. Tanpa Nama // 26 Mei 2008 pada 4:14 PTG  

    Semua orang berhak bersuara; berhak mencadang dam berhak memkritik. Tapi yang penting, adakah apa yang disuarakan munasabah ataupun tidak? Adakah ianya disokong dengan fakta fakta yang betul ataupunnya hanya pandangan yang belum disahkan kenyataannya?

    Di negara lain, sampaikan aquarium hitam, tertutup ketat tapi ikan dalamnya masih tidak selamat. Malah bertambah teruk kesnya sampai kucing bergeng beramai ramai sama sama makan. Cubalah buat kajian terperinci tentang aquarium sama adanya berkesan ataupun tidak?

    Adakah hai ini langsung tiada berkaitan dengan kambing? Nanti dia orang kata itulah kambing punya pasal, mengakibatkan ikan/kambing termakan. Nanti kambing and ikan bergaduh berbuta tuli.

    kenapa tiada cadangan untuk mengkaji kucing yang suka curi makan ikan? Kajilah mereka. Tanya kepada mereka ada yang mendorong mereka membuat kerja yang terkutuk. Lepas itu, bolehlah kita mengambil tindakan yang betul.

  8. Tanpa Nama // 26 Mei 2008 pada 5:59 PTG  

    Kalau kandang kambing berkunci berpagar pun kena pecah masuk dek harimau, adakah wajar kita membiarkan kandang tidak berkunci langsung serta membiarkan kambing di tengah padang, ataupun menambahbaik lagi sistem keselamatan?

    Ini bukan soal ikan atau kambing, ini soal anak ikan dan anak kambing. Kalau kecik2 dah macam tu, bila dah besar tak taulah nak jadi apa.

    Pada pendapat saya, PKPIM menyatakan pendapat mereka berdasarkan gambar ini sebagai contoh, dan bukannya yang dipaparkan oleh media arus perdana.

  9. Tanpa Nama // 26 Mei 2008 pada 6:58 PTG  

    SS, apa yang tak senonoh dengan gadis2 dalam photo itu?

  10. Hasbullah Pit // 26 Mei 2008 pada 8:01 PTG  

    Shaq:

    Tidakkah persoalanmu itu menunjukkan bagaimana kambing jantan tidak memahami keperluan anak ikan betina yang memerlukan akuarium?


    *akuarium merujuk kepada keperluan untuk menutup aurat (termasuk sesuatu yang mengambarkan bentuk badan).

  11. Tanpa Nama // 27 Mei 2008 pada 10:45 PG  

    In other country, people are doing researches to find out the truth.

    http://answers.google.com/answers/threadview?id=776945
    http://www.dcrcc.org/myths.htm

    Apparently Malaysia people are more "intellectual" and do not need to do all this research.

    So from now on Malaysian kids will be educated that wearing white thin clothes is seducing and provoking rape and molestation. Fast forward 10 years into the future and any rapist will defend themselves that they are innocent and these plain white clothes are the culprit to their crime. So then we ban all white clothing in Malaysia. Then these rapist blame that it's those wearing white clothes in other country that are provoking them. So we ban whole world?

    So this is the kind of Malaysia society you want to build?

  12. Azurah Anuar // 27 Mei 2008 pada 11:03 PG  

    tanpa nama,

    white clothes may not be the main cause, but as i have said/mention in my entry, it may trigger the button.

    anyway, munirah's statement is just another suggestion.

    it is either to take into consideration of what she had said or just ignore it.

    there's no need to bash her so hard.

    after all, we are fighting for the freedom in voicing our opinions.

    she is practicing one.

    don't be too harsh.

  13. Tanpa Nama // 28 Mei 2008 pada 10:48 PG  

    wawa, everyone has a right to an opinion, but that right comes with the collory right of everyone else who hears the opinion to criticise it

  14. Azurah Anuar // 28 Mei 2008 pada 12:12 PTG  

    shag,

    i agree with you on that one.

    so long as there is not name calling, it can be tolerate.

    ;)

  15. Tanpa Nama // 28 Mei 2008 pada 4:49 PTG  

    Pelajar perempuan Islam dan bukan Islam boleh dilibat sama demi maslahat.Kebebasan bersuara ada hak dan hadnya. Berhak dan berhad. Macam makan juga, walau halal dan tidak ditegah makan tetapi ada batasnya demi kesihatan dan kemaslahatan tubuh. Demi kemaslahatan pelajar perempuan isu ini sesungguhnya amat bererti.Apa yang sukarnya.Cuma pemahaman saja perlu jelas.

    Tujuh tahap faham:tak faham, buat-buat tak faham, tak faham-faham, salah faham, nak faham, tak mahu faham dan faham dengan sebenarnya.

  16. Dr Azwan // 30 Mei 2008 pada 9:40 PG  

    Rasulullah sebut ramai di akhir zaman memakai pakaian tetapi sebenarnya bertelanjang. Tidak salah sekiranya jikalau perkara ini dibangkitkan sebagai nasihat terutama ditujukan kepada anak-anak perempuan Islam kita sendiri.

    Kepada yang bukan Islam, maaflah, ia sekadar teguran, apatah lagi kerana kita berkongsi adat ketimuran. Apalah isu baju kurung jarang ni sangat jika nak dibandingkan pakai seluar pendek dan baju nampak ketiak pun dianggap okay.

    Tak pelah.. PKPIM dan buat tugas mereka utk memberi nasihat, dan kita dah buat tugas kita untuk memberi nasihat. Kalau orang di sekeliling tak bersetuju, termasuk orang Islam sendiri, sekurang2nya kita telah memberi nasihat. Tanggungjawab kita dah selesai.

    Cuma cadangan untuk pemakai baju kurung putih jarang perlu diwajibkan pakai baju dalam berlengan untuk mereka di peringkat sekolah walaupun bertudung ataupun tidak, adalah satu cadangan yang saya kira mudah dipraktikkan.