Alamat blog

"Ada 19 lagi Kementerian Nak Jawap Soalan" kata Menteri Kewangan II ketika tidak habis jawap soalan di Parlimen.

Ahli Parlimen Batu Gajah, sehingga di lobi pun mahukan jawapan. Tak sempat jawap walaupun sudah 2 kali hadir.

Kenapa ada 19 lagi kementerian?
Kenapa Malaysia ada banyak kementerian?
Supaya ada banyak Menteri? Supaya Pesta Kurniaan Taraf Menteri
dapat dijalankan?

Tidakkah bilangan kementerian boleh dikurangkan?

Jemput baca cerita lama:

Barisan Kabinet adalah Pesta Kurniaan Taraf Menteri, Malaysia perlukan pengstrukturan baru


Ke arah "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan"

(Awas: Ia memang mempolitikkan pendidikan)




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Tanpa Nama // 10 Julai 2008 pada 9:33 PG  

    Assalamualaikum,

    Malaysia ada banyak kementerian? InI soalan yang agak sukar kerana ia berkaitan dengan polisi pentadbiran kerajaan.

    Ada pihak mengatakan bahawa kurangnya bilangan menteri meningkatkan tahap kecekapan di dlam perlaksanaan kerja dan tugas.

    Namun begitu lebih bilangan kementerian mengspesifikkan dam memfokuskan menteri di dalam menjalankan tugas di dalam bidang tertentu sahaja.

    Adakah bilangan menteri patut dikurangkan? Saya tidak ada alasan yang sewajarnya untuk menentang ataupun menyokong cadangan ini.

  2. Tanpa Nama // 10 Julai 2008 pada 10:36 PG  

    It's a fact that our government has a lot of unnecessary divisions tackling the same job. This left some of the employees without specific job scope.
    'makan gaji buta'.

  3. Hasbullah Pit // 10 Julai 2008 pada 12:50 PTG  

    pecintakeamanan:

    Bagi saya struktur kabinet sweden adalah antara yang terbaik.
    Namun kita boleh rangka yang lebih baik.

    Di Sweden hal perumahan dibawah kemneterian kewangan.
    Bayangkan berapa banyak masalah perumahan , rumah belum siap tapi kena bayar bank, dapat diselesaikan.
    PBT juga di bawah kementerian kewangan.

    segala mak nenek hal berkaitan nak beli rumah hanya perlu berurusan dengan 1 kementerian sahaja.

    begitu juga soal pendidikan,
    segala hal mak nenek pendidikan dan penyelidikan semua berurusan dengan 1 kementerian.

    Kalau nak diadakan jawatan menteri sebagai pesta kurniaan, boleh adalah banyak menteri di dalam kementerian yang sama.

  4. Tanpa Nama // 11 Julai 2008 pada 4:34 PTG  

    Saya setuju dengan pecintakeamanan. Isu banyak kementerian ini adalah berkaitan polisi pentadbiran. Saya tak berani nak komen sangat. Tapi saya rasa ia adalah memudahkan perlaksaan sesuatu dasar yang berkaitan dengan hal2 tertentu mengikut kementerian2 yang termaktub. Pihak pembangkang mengambil kesempatan di atas isu ini dengan membuat andaian2 negatif untuk menarik perhatian rakyat untuk terfikir akan hai itu...