Alamat blog

Baru-baru ini agak kecoh tentang pembelian kereta Mercedes untuk Exco negeri Trengganu, dikatakan membazir.

Walaupun kereta itu mahal, sehingga melibatkan kos jutaan Ringgit, yang membuatkan harganya mahal ialah cukai, kos sebenar yang dibayar adalah lebih murah, yang selebihnya adalah diumpamakan cukai kerajaan negeri Terengganu kepada kerajaan Persekutuan.

Alasan Ahmad Said adalah untuk menjimatkan kos. Pada masa yang sama dia menghentam Proton Perdana Executive, kononnya ialah sudah bermasalah.


Ahmad berkata, keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

"Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak.

"Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang," katanya.

Sebelum ini saya pun pernah dengar berita tentang kereta Proton Perdana ADUN yang barai, untuk diserahkan kepada ADUN Pakatan Rakyat.

Dipendekkan cerita, ada banyak sumber mengatakan Proton Perdana Executive bermasalah.
Benarkah ia?

Lim Guan Eng pun sudah membatalkan pembelian kereta Proton Perdana untuk Kerajaan negerinya sebaik saja dia memerintah Pulau Pinang.

Ketika zaman pemerintahan siapa Kerajaan diwajibkan beli Perdana? Ketika Zaman CEO Proton Manakah Proton Perdana Executive dikeluarkan? Zaman Tengku Mahalel atau Syed Zainal?

Walaubagaimanapun bagi saya pembelian Mercedes untuk menggantikan Proton Perdana yang bermasalah itu agak melampau. Kos penyelenggaraannya adalah tinggi juga.

Perbezaannya ialah Kerajaan Negeri boleh lelong Mercedes setelah tidak boleh digunakan lagi pada harga yang agak tinggi berbanding Proton Perdana Executive.

Adakah Mercedes E200 adalah kereta mewah yang menjimatkan? Tiadakah Alternatif lain?

Saya pernah melihat Mercedes E Class yang diletakkan bersebelahan dengan Toyota Camry, memang terasa kerdilnya Mercedes E Class itu.

Toyota Camry harganya tak sampai 170k, kalau beli 14 buah, baru RM 2.38 juta berbanding dengan kos membeli 14 buah Mercedes E 220 3.4 juta. Sudah jimat 1 juta.

Cukup selesa untuk Exco yang berjalan jauh tanpa sakit badan. Cukup ruang untuk guna "laptop".



Penyelenggaraannya , rasa rasa jauh lebih murah daripada mercedes, mungkin ada alat ganti yang sama digunakan oleh Altis atau Vios.




Berpusing!!!!!!

8 komen

  1. Letting the time pass me by // 21 Julai 2008 pada 11:01 PG  

    Beli Nissan Sphyls pun OK... harga baru RM112k...

    Tapi biasa... bila lagi nak habiskan duit... pakai Camry mana ade kelas...

  2. Hero // 21 Julai 2008 pada 4:07 PTG  

    atau pun pakai ler Mitsubishi Lancer GT 2.0 tu.. pergh.. cantik bro.. baru 115k je.. bergaya habis.. walaupun tak evo.. tapi ok laa.. cumanya booking period dia lama giler.. 1/2 tahun khabarnya.. :p habislaa.. ADUNG (ADUN) teganu nok gi jalang guaner?? takder keter!! takkang nok naik bah (bas) pulok?! marah le ADUN teganu nanti.. dan ADUN teganu kalau marah mmg dasyat.. jgn main2.. ingat lagi masa penyokongnya angkat sepanduk "kami nak derih, menate!"? huhu.. tu cakap kat raja tu.. hehe.. jgn lupa.. tu bukan cite tipu.. masuk sukabar lagi.. so pengajarannya, sapa berani halang diorag pakai merc.. besedialah di"menate" nanti.. kehkeh..

    hmm tapi kan.. ADUN-ADUN perak ok je naik bas.. taklah jadi kurang ADUN pulak.. bak kata org tua2 kerepot senget dulu-dulu - tak hilang bisa ular yang menyusur akar..

    tapi kalau saya, saya nak Lancer Evo laa.. tq.. :D

  3. Hasbullah Pit // 21 Julai 2008 pada 4:58 PTG  

    Takut kang ada sepanduk 'kami nak mercedes, natang'
    Heh

  4. Tanpa Nama // 21 Julai 2008 pada 5:49 PTG  

    Memang tak masuk akal alasan yang mereka bagi atas pembelian Merc E200 tersebut. Mengapa mesti Merc E Class? Prestij kot. Kalau ya pun Perdana V6 sering bermasalah, tapai kenapa tak kereta lain yang masih murah tapi berkualiti. Memang tak dinafikan Merc memang berkualiti tapi dari segi harga, agak mahal. Inilah yang mendatangkan marah rakyat...

  5. Zainal A. Kasim // 21 Julai 2008 pada 9:24 PTG  

    Tapi Bro..,

    Naik Mercedes ada nampak macam orang kaya. Naik Camry nampak "kurang kaya".

    Ini adalah antara beberapa keputusan penting yang dibuat oleh MB baru Trengganu. Malangnya keputusan penting beliau ini tersasar daripada apa yang sepatutnya.

    http://c-bok.blogspot.com

  6. Tanpa Nama // 21 Julai 2008 pada 10:23 PTG  

    Dah kenal sangat si mat said ni, Dah biasa naik mercedes biasalah, nak yang high class lagi dah tu nak free, siap kondem orang lain punya......

  7. sitopimerah@android:~$ // 22 Julai 2008 pada 12:27 PG  

    Saya kira langkah beli Merc ini kurang bijak, saya masih lagi berpegang kepada jika kita tak pakai siapa nak pakai? walaupun Perdana V6 itu bukanlah buatan Malaysia sepenuhnya...

    Bagaimanapun perlu ada check and balance antara Proton dan Kerajaan Malaysia. Kerajaan beli Proton maka Proton perlu menjadi the main vendors dlm maintainance dan baik pulih, masalahnya Proton ini dimaintain oleh syarikat tertentu dlm kontrak kerajaan. Tak habis2 kompeni ini je, apa salahnya untuk kenderaan Proton biar Proton sahaja yg maintain. Dengan cara ini barulah center of excellent proton ada kat setiap negeri.

    Yang penting sekali ialah ketirisan dalam setiap tindakkan menggunakan dana kerajaan

  8. Zana S // 22 Julai 2008 pada 2:42 PTG  

    menteri besar nie amalkan motto: biar pape asal bergaye....:P

    byk lagi keta yg setaraf dgn perdana exec selain dr merc c class.

    tu bukan same level tapi, dah jadi jongkang jongkit.

    wat to do... benda dah jadi. kalau apa kita diskuss nie boleh reverse case ok gak. tapi.. asal nama org bebeso nie. pakai kepala diorg jek.