Alamat blog

Apabila saya menonton apa yang dikatakan oleh Ron Paul, saya menjadi risau.
Dolar Amerika akan jatuh teruk, akan tetapi itu bukan kerisauan utama saya.
Kerisauan saya adalah melihat rakyat Malaysia yang matawangnya akan jatuh juga akibat daripada tambatan sana sini.

Kalau Dollar Amerika jatuh teruk, dan ringgit kita masih lagi pada kadar RM 3.2xx, jahanamlah ekonomi kita.

Baru-baru ini dolar jatuh, sehingga menampakkan harga minyak setinggit 154 USD setong, kemudian "pulih" seketika. Saya akan terus menjangkakan perkara ini akan berterusan, dan USD akan jatuh lagi dan harga minyak dunia dalam USD mencecah USD 200 setong.

Harga minyak dunia setinggi USD 130 setong pun kita sudah pening kepala.

Ron Paul, menceritakan bagaimana pada 23 mac yang lalu, Iran telah melancarkan Bursa minyak Iran, dan ia diumpamakan oleh saya sebagai Iran Menyerang Amerika

Ingat lagi peristiwa Dubai Port gagal mengambil alih pelabuhan di Amerika, mereka menarik keluar berbilion USD dari pasaran saham Amerika sehingga tergolek seketika.

Dengar apa yang diperkatakan oleh Ron Paul.


Ron Paul, berfikiran hampir sama dengan saya dan Paul Van Eeden iaitu menyalahkan cetakan Dolar Amerika berlebihan sebagai punca kenaikan harga minyak dalam USD Dollar.

Saya secara peribadi memang mahukan Amerika tersungkur, Serangan oleh iran itu memang baik bagi saya. Akan tetapi polisi Matawang Ringgit kita terlalu bergantung pada USD dan matawang kertas lain menyebabkan kita pening kepala sehingga ada yang tak cukup makan.

Tak boleh dibayangkan kalau nilai ringgit jatuh mendadak apabila US Dollar jatuh mendadak kerana tidak sempat dilepaskan tambatan-tambatannya.

Orang kebanyakan tiada simpanan emas yang banyak, termasuklah saya. Pada tahap sukar kenaikan harga runcit minyak mungkin ada yang mengkorbankan simpanannya untuk terus hidup. Bagaimana nak fikir soal menyimpan atau melabur kalau tidak cukup makan?

Orang kaya yang banyak duit, akan melihat sahaja duitnya menjadi separuh nilai, akan tetapi mereka tetap ada lebih duit.

Bayangkan kalau pekerja biasa yang tak dapat menyimpan banyak, bergantung kepada KWSP untuk hari tua, tiba-tiba carumannya menjadi separuh nilai. (Seperti mana yang berlaku pada 1998).

Kerana itu saya cadangkan Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas

Ada pihak yang meramalkan USD akan jatuh mendadak pada bulan September ini.

Maka, cadangan saya, kepada sesiapa yang banyak menyimpan dalam Ringgit, diversifikasikanlah ia kepada emas.




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Tanpa Nama // 23 Julai 2008 pada 6:22 PTG  

    Yup. Tak dapat dinafikan matawang kita bergantung kepada USD. Kalau USD jatuh ini akan memberikan impak kepada negara-negara yang lain selain kita juga.

  2. Tanpa Nama // 23 Julai 2008 pada 11:15 PTG  

    Salam Tuan Hasbullah,

    Maaf...lelaki di dalam video itu BUKAN Ron Paul.....tetapi Lindsey Williams.

    Tak dinafikan rupa mereka berdua adalah hampir serupa. Namun suara mereka berlainan.

    Saya ada cuba mencari maklumat di internet, tetapi entahlah, seolah-olah tidak ada maklumat yang tepat siapakah Lindsey Williams ini.


    http://en.wikipedia.org/wiki/Ron_Paul

  3. Hasbullah Pit // 24 Julai 2008 pada 12:30 PG  

    Vendetta:

    Ya anda betul, maafkan saya ,tersalah orang.

    Terima kasih kerana menegur kesalahan saya.

    Ron Paul pun suka bercakap perkara yang sama dengan Lindsey William.


    Lindsey Williams, who has been an ordained Baptist minister for 28 years, went to Alaska in 1971 as a missionary. The Transalaska oil pipeline began its construction phase in 1974, and because of Mr. Williams' love for his country and concern for the spiritual welfare of the "pipeliners," he volunteered to serve as Chaplain on the pipeline, with the subsequent full support of the Alyeska Pipeline Company. Because of the executive status accorded to him as Chaplain, he was given access to information documented in his eye opening book, The Energy Non-Crisis.
    After numerous public speaking engagements in the western states, certain government officials and concerned individuals urged Mr. Williams to put into print what he saw and heard, stating that they felt this information was vital to national security. Mr. Williams firmly believes that whoever controls energy controls the economy. Thus, The Energy Non-Crisis.


    Video lindsey William yang lain

  4. ~ qisti zahra' ~ // 24 Julai 2008 pada 3:04 PG  

    Salam HP dan pencinta kebenaran,

    HP kata:
    Ron Paul, berfikiran hampir sama dengan saya dan Paul Van Eeden iaitu menyalahkan cetakan Dolar Amerika berlebihan sebagai punca kenaikan harga minyak dalam USD Dollar.

    Wah! Hebatlah HP. Setanding fikiran dia dengan pemikir barat tu. Mesti syiah anwar cemburu kat HP sebab di Malaysia ramai orang biasa yang berfikiran luas. Bukan orang amerika dan orang-orang Islam yang pro amerika je yang berfikiran 'internationale'.

    Nabi saaw kata:

    Siapa yang berpuasa Khamis, Jumat dan Sabtu pada bulan Rajab, pahalanya adalah 900 tahun ibadah.

    Nabi saaw kata lagi:

    Orang yang suka berpuasa akan melemahkan belenggu hawa nafsu. Belenggu hawa nafsulah yang menjadi hijab antara kita dan kebenaran. Dengan berpuasa, aqal kita akan bebas dari debu hawa nafsu. Fikiran kita akan melihat dengan basirah hati sedang mata kepala kita masih melihat dengan 'visible light'.

    Salawat

  5. Tanpa Nama // 29 Julai 2008 pada 4:20 PG  

    Bro sebol, sekiranya USD jatuh maka ringgit akan menjadi semakin kuat, itu fundamentalnyer.Manakala sekiranya USD semakin kukuh maka ringgit akan menjadi lemah.


    Persoalannya, adakah kejatuhan USD akan menggugat ekonomi kita ?? Jawapannya, mungkin Ya, mungkin tidak..Apabila USD menjadi lemah, untuk mengekalkan kemewahan, maka pengusha minyak akan menaikkan kos margin mereka, supaya kover balik keuntungan mereka.Apabila harga minyak naik Petronas punya pegangan US dollar juga akan semakin bertambah, dan apabila mereka jual kepada market di Malaysia,maka ringgit akan menjadi semakin kuat berbanding dollar..


    Itulah maksud sebenanya menambat kepada US dollar.Sebenanya, ringgit sangat stabil sekarang,tiada sebarang isu,hanya isu yang ada adalah ramai berpendapat ringgit dapat pergi lebih kukuh dari sekarang sekiranya dibenarkan diniagakan di luar negara.Namun dalam keadaan inflation negara kita terbaru dalam 7.7%, lebih baik kita fokus kepada ekonomi domestik kita terlebih dahulu daripada duk pkir pasal US.