Saya tidak mahu ulas panjang perdebatan Anwar vs Shabery. Ianya bagi saya tidak menepati piawaian saya.
Dua-dua belah pihak seolah-olah sudah ada perkara yang hendak disampaikan dan tidak menjawap soalan sebenar.
Perdebatan yang dikatakan baik oleh seberapa pihak itu tidak langsung menyalahkah nilai matawang sebagai punca, tidak langsung menyalahkan polisi matawang ringgit. Mereka berdua duduk dalam tempurung masing-masing. Mereka dua-dua tidak langsung menyalahkan polisi matwang Amerika yang menyebabkan semua ini terjadi.
Anwar dari dulu cerita IPP, semalam cerita IPP.
Shabery pula seolah-olkah sudah bersedia dengan serangan yang dijangkakan tidak mampu dijawap Anwar.
Akan tetapi terdapat perbincangan di Astro Awani selepas perdebatan itu dijalankan, dan ianya penuh dengan fakta.
Datuk Salleh Majid mengkaitkan matawang dengan inflasi, mengkaitkan dengan euro. Dia juga mempersoalkan bagaimana rakyat mempunyai ekuiti kalau tiada duit lebih.
Salleh Majid juga menceritakan tentang Kincir angin, akan "Ladang Kincir" sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik, dan mengatakan Nuklear tidak perlu.
Berpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ambo setuju. ulasan datuk salleh majid lebih bes.
apa kata lepas ni Datuk Salleh Majid vs Datuk Dr Nordin Kardi pulok.
ha ha ha ha ...
Pakdi
http://www.pakdi.net/my
saya tengok debat kat rumah, tak ada astro. Rupanya kat astro awani lagi best, ada post-debate commentary. Dah cuba cari di youtube untuk lihat commentary yang diberikan oleh datuk salleh Majid. Tapi tak jumpa :-(
Salam HP dan pencinta kebenaran,
Saya memang setuju dengan Salleh Majid. Itulah berkat orang yang sayang student. Banyak orang jadi tokoh korporat lepas jadi cikgu/pensyarah. Tapi lepas tu tak umpamakan cikgu dan para pelajar. Macam kacang lupakan kulit.
Tapi Salleh Majid ni lain. Pantang dia dengar staff dia tak umpamakan pelajar, terutamanya pelajar UiTM. Dia akan jerkah sampai terdengar ke tingkat bawah.
Dr Mahathir pun rupanya dapat berkat dari bapanya yang berupa seorang guru. Tapi Dr Mahathir hebat masa jadi menteri pelajaran untuk perkembangan pendidikan negara. Tapi masa jadi PM, dia jadi bodoh bila paksa pelajar belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.
Eloklah kita renung jugak. Rupa-rupanya Gerakan Islam yang berkesan di dunia dipelopori oleh guru-guru. Hasan Al Banna, Syed Qutb, Dr Ali Syariati dan Syed syeikh Al Hadi. Semuanya cikgu.
Bagaimanapun saya tak bersetuju dengan Salleh Majid mengenai tenaga nuklear. Ini mentaliti negatif orang Melayu. Jepun yang terkena bom atom mempunyai 60 reaktor nuklear. Thailand dah mula bina. Kalau kita mula bina sekarang dengan anggaran kos RM10 billion, 10 tahun akan datang baru siap. Selepas tu harga elektrik jadi amat murah. Kesannya industri akan bercambah pesat di Malaysia. Pendapatan dan peluang pekerjaan makin meningkat. Ini yang Singapura tak nak. Walaupun Dr Mahathir dah suruh siapkan pelan pembangunan nuklear di Malaysia, tapi Dolah masih belum buat apa-apa dasar mengenai pembangunan reaktor nuklear. Kalau kita tak mulakan sekarang, kos akan pasti bertambah di masa akan datang. Semakin hari monopoli bahan bakar nuklear akan semakin mencengkam oleh negara-negara seperti Peranchis dan Amerika. Itulah sebabnya negara ni tak benarkan Iran buat pengkayaan nuklear sedangkan Perancis menggunakan nuklear yang menyumbang 80% pengeluaran tenaga elektrik di negara mereka sendiri. Perancis siap ekspot lagi. Tapi negara Islam hanya boleh buat lampu suluh. Tapi tak dibenarkan buat bateri lampu suluh. Begitulah ibaratnya.
Untuk pembangunan nuklear kita perlu ada:
1) regulator. Kita dah ada Lembaga Pelesenan Atom;
2) promoter. Kita dah ada Nuklear Malaysia. Dulunya dikenal Malaysian Nuclear Technology(MINT);
3) operator. Tak de siapa nak jadi. Sebab tak de dasar yang jelas. Kalau Dolah kata nak buat reaktor nuklear untuk membekalkan 20% tenaga elektrik pun dak cukup untuk pakar-pakar kita mulakn kerja mereka selanjutnya.
Ali Khamenei, pimpinan tertinggi Iran kata,"Sampai bila nak nak bergantung sumber tenaga fossil [minyak mentah]. Sedangkan ianya akan habis dan mahal."
Smoga kita semua mendapat hidayah ALLAH di bulan Rajab ini. Esok 13 Rajab. Hari kelahiran Saiyidina Ali kw. Satu-satunya manusia yang lahir dalam Kaabah. Beristighfarlah banyak-banyak. Istighfar membawa kemakmuran dan menghilangkan kesempitan hidup. Beraubat dari gunakan Dolar US pun satu bentuk taubat yang berkesan.
Salawat
Qisti zahra
Err, bukankah salleh majid kata tak perlu nuklear kerana di tganu angin tak henti2 bertiup?
Terengganu angin tak berhenti henti kerana hari tu masa monsup cup, Penganjur perlukan angin so pangil bomoh suruh panggil angin, lepas monsun cup lupa nak suruh stop angin tu....
Tu yang angin tak henti henti tu.......
he he he
Seorang ahli Kongres US ada mengutarakan pandangan berkenaan matawang US dan kaitannya dengan harga minyak sedunia:
http://www.youtube.com/watch?v=7354M1QmGYQ
Ulasan tersebut pada minit pertama video tersebut.
Dalam 3 tahun kebelakangan ini, Rizab Persekutuan US mencetak 4 trilion dolar wang baru...
Patutlah harga minyak naik mendadak!
20 tahun lalu, dah ada da semua cadangan yg korang ckp tu, lagi2 pihak UTM belanja lebih RM 1 juta utk bina kereta solar..
pastu senyap.. kerajaan Be eNd lebih suke antar beruk ke angkasa dari pikir/laksana bende tu semua...
'percayalah...percayalah...percayalah...' datuk shabery...
ye betul dan bijak saleh majid pasal alternatif energy. tapi kita kene tanya berapa banyakkah investment per power ratio yg dpt dengan angin? compare to nuclear?
qisti zahra.., pandangan dari sudut lain yg menarik.
Saya juga selama ini berasakan kita patut mula meneroka utk hasilkan sekurang2nya 30-50% tenaga kita dari nuklear..
alah, bukan kita tiada kepakaran pun? bukan ke nama malaysia yg naik ke? supply komponen utk emparan nuklear kepada negara iran/pakistan?
ingat lagi kes scomi dan nuklear khan?
jadi.. tiada masalah sebenarnya utk abdullah bina stesen janakuasa nuklear., kompeni kroni dia dah ada! lagi kaya scomi..!
tentang tenaga alternatif seperti angin dan matahari.., memang benar ianya mungkin nampak tak praktikal sekarang., namun percayalah apabila harga minyak mencecah 200.., 300.. atau 500 dollar setong.., masa tu orang akan berrebut2 utk beli photovoltaic panel ni.
Kalau tak ada potensi kenapa Germany beria2 pesatkan r & d mereka ke bidang solar energy ni? mereka kini salah satu negara pengguna tenaga solar terbesar di dunia dan pengeluar panel photovoltaic yg terbesar jugak.
kita masih lagi pengguna saja.. beli panel dari mereka.
Tajuk debat ""Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak" bkn psl tenaga pe pun..kene ingt gak debat tu mase die xsmpai 1jam pun..so xde la mase nk ulas panjang lebar psl2 bende2 lain..sbb tu ade unsur2 yg dirasekan xpenting xdimasukkan..bg tajuk "Datuk Salleh Majid Lebih Hebat Dari Anwar Atau Shabery" ni sy kurang bersetuju la kalo nk dibandingkan mase yg die ade berbanding ngn anwar dan Shabery..so lu pk la sendiri..assalamualaikum..
Assalamualaikum,
Yup. Setuju bahawa Datuk Salleh Majid lebih arif dan baik dari segi penjelasan idea-idea dan hujahnya terhadap debat tempoh hari.
wah!menarik sekali artikel dan komen-komen yang diberikan.syabas!.secara jujurnya saya kurang mengenali DSM tapi memang perlu ada pendebat yang tiada kaitan politik mengenai isu contoh seperti isu debat kelmarin.kedua-dua pihak seperti ada yang cuba hendak diselitkan secara tersirat kerana kedua-duanya ada fahaman politik yang tersendiri.
kita perlukan lebih dari itu.kita perlukan fakta yang kukuh dan bukan hanya setakat kata-kata yang diselitkan unsur tersirat.
mengenai nuklear,saya kurang pasti apa yang pernah dikatakan oleh Pak Lah sebelum ini tapi saya percaya beliau akan cuba sedaya upaya demi rakyat negara ini.saya berkata begitu kerana saya harapkan yang terbaik dari pemimpin yang memerintah dan tidak kira siapa yang memerintah.apapun,terima kasih jugaklah kepada paklah di atas kesudiaan beliau memberi peluang berlakunya debat kelmarin.kalau nak harap sebelum ni....hmmm entah la :)
we pray and hope the best for all!
p/s:maafkan saya jika ada salah silap.sila beri tunjuk ajar :)
morpheuzneo:
20 % tenaga elektrik di Jerman dijana oleh angin.
yang 20% itu pun sudah 22,247 MW.
kita banding dengan IPP yang ada di Malaysia:
* Tenaga Nasional - with 11,296 MW installed capacity.
* Malakoff - with 4,393 MW installed capacity.
* Powertek - with 1,490 MW installed caapcity.
* YTL Power - with 1,212 MW installed capacity
Keseluruhan tidak sampai pun 22,000 MW .
Maksudnya, Jerman menjana tenaga elektrik menggunakan angin sahaja, lebih daripada mencukupi keperluan Malaysia.
rujukan
http://en.wikipedia.org/wiki/Wind_power
http://en.wikipedia.org/wiki/National_Grid,_Malaysia#Power_producers
so, saya memang melihat kincir angin ini sebagai sesuatu yang amat realistik.