Ketika debat berlangsung, Shabery kata negara yang harga minyak murah juga dilanda inflasi yang tinggi. Anwar kata, lebih baik harga minyak murah ketika adanya inflasi berbanding harga minyak tinggi ketika inflasi.
Jadi, samada harga minyak runcit itu tinggi atau rendah, kalau ada inflasi, tetap berlaku inflasi.
minyak hanya salah satu barang, meskipun kenaikannya menyebabkan kenaikan barang lain, ia tetap satu barang.
Shabery dan Anwar seolah-olah membuktikan mereka membuang masa berdebat tentang harga minyak jika mereka menitik berat soal inflasi.
Ramai orang yang belajar ekonomi dalam berpendidikan formal sentiasa melihat inflasi itu berdasarkan "harga barang". bagi saya inflasi patut diukur dengan nilai matawang berbanding barang, bukannya "beberapa" barang untuk dinilaikan dalma matawang.
Harga minyak tidak dapat menghalangBertekaklah Anwar dan Shabery tentang harga minyak inflasi, tetapi mereka membuktikan inflasi.
Bagi saya, yang menghalang inflasi ialah matawang.
Bagi mereka yang tidak pernah hidup tanpa inflasi, mereka mungkin tak percaya manusia boleh hidup 3000 tahun tanpa inflasi.
Inflasi wujud bila guna wang kertas. Ada jumpa kitab lama bercerita tentang inflasi?
Kalau wang kertas jatuh nilainya berbanding emas, kau berdebatlah tentang harga minyak, inflasi tidak turun.
Harga Minyak dan Inflasi bagi Anwar,Shabery
7/18/2008 12:59:00 PG | Ekonomi, emas, Inflasi, Matawang, politikBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum,
Hmm..agak berbeza pandangan saudara dalam beberapa hari ini. Saudara nampaknya lebih bersifat terbuka dan bijak.
Betul kalau awak cakap inflasi dipengaruhi oleh wang. kalau nak turunkan harga minyak pun, hanya boleh diturunkan dengan penggunaan subsidi. Tapi kita semua tahu penggunaan subsidi adalah tidak baik untuk untuk jangkamasa ekonomi yang lama.
Keadaan ekonomi di negara kita sudah menjadi seakan-akan seperti tahun 1998. Saya mengharapkan agar pihak kerajaan mencari pendekatan yang lebih baik untuk mengurangkan beban rakyat di dalam menangani krisis eknomi yang melanada negara pada masa kini.
Salam
Kepada pecintakeamanan..
Saya rasa ulasan yang diberikan oleh qisti az-zahra' di entri Datuk Salleh Majid Jauh Lebih Hebat Dari Anwar Atau Shaberi ada baiknya dianalisa.
Pendek kata penggunaan sumber tenaga perlu diterokai kerana dunia amnya memerlukan sumber tenaga yang baru untuk menggerakkan sebarang aktiviti sekalipun.
Kita ada penyelesaian tentang sumber tenaga yang tidak terhad.Tetapi sejauh mana kita mempercayai dan bersungguh mahu menerokainya?
Mari kita hisab diri sama-sama.Apa yang kita takut sebenarnya?
Salawat
Setuju dengan pencinta keamanan..
Dalam hal ini pihak kerajaan harus mencari alternatif yang lebih baik dalam menangani atau mengurangkan bebannan rakyat yang dah tak tertanggung sekarang ni.. Bukan apa, sampai bila nak jadi macam ni, bila ada krisis ekonomi, kita sesama kita boleh bergaduh.. Kalau kita nak cari siapa pemenang, memang takkan ada pemenang pun.. Rakyat tetap kena hadapi juga.. Kalau ada penyelesaian seperti yang pedangmalam kata, bagus juga iaitu kite teroka sumber tenaga baru yang boleh membantu menangani krisis ekonomi negara sekarang..
Hidup dalam dunia subsidi adalah sama dengan hidup dalam dunia artificial atau tiruan. Sampai bila nak hidup dalam keadaan macam tu? Aku tak nak! Hanya anwar dan para pengikut dia je kot yang nak. Tapi kalau utk jangka masa panjang habis lingkup dan tak berdaya saing, tambah pula orang malaysia masing2 manja dan tak boleh hidup tanpa subsidi.
Jadi penghentian subsidi minyak walaupun perit ada juga kebaikan. Kalau nak jugak subsidi, pegi lah disalurkan ke hal2 lain seperti makanan ke transport ke. Bukan nya perhapus semua