Alamat blog

Saya yang bodoh ini, memohon pengunjung , sesiapa yang lebih arif, untuk memberitahu apa maksud "Muzakarah", apa bezanya dengan "perbincangan" biasa.

Terima kasih didahulukan.




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. Tanpa Nama // 22 Julai 2008 pada 7:54 PG  

    Muzakarah-menyatakan padangan pada sesuatu isu di sertai hujjah nuqliah & Aqliah.Tak semesti nya yg lemah dalil nya akur pada sahih.UMNO tetap boleh pertahankan kebodohan Pak Lah walau sebodoh mana pun dia.

  2. Tanpa Nama // 22 Julai 2008 pada 4:13 PTG  

    "tanpa nama,

    orang tanya apa itu muzhakarah.bukannya mengaibkan orang lain dengan kebodohan.hang tu sempurna sangat ke?.cuba bagi hang jawatan dalam kabinet.mahu terlopong rasanya nak buat."

  3. Tanpa Nama // 22 Julai 2008 pada 10:17 PTG  

    menurut kamus Dewan Bahasa maksud muzakarah tak lain dari berbincang dan bertukar tukar pendapat tentang sesuatu masalah
    Sila rujuk

    http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/ka_rujukan_kamus_dbp.aspx?KataKunci=MUZAKARAH&Type=1

    Nothing special.....Tetapi mungkin bila berbincang dengan PAS maka unsur unsur kemelayuan dan keislaman perlu diterap tidak begitu ?

  4. Tanpa Nama // 23 Julai 2008 pada 9:28 PG  

    Muzakarah = perbincangan. Seperti kata saudara Hashim, unsur keislaman itu yang hendak diterap.

    Cuma, pendapat aku begini. Bangsa Melayu mesti ada bahasa sendiri yang TERsendiri.

    Ibarat belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Kononnya nak tingkatkan tahap penguasaan berbahasa Inggeris.

    Sedangkan Bahasa Melayu dibiarkan pupus. Suatu masa nanti perkataan "Campur", "Tolak", "Darab", dan "Bahagi" tidak lagi wujud dalam percakapan kita orang Melayu. Yang ada hanya "Plus", "Minus", "Multiply", dan "Divide".

    Begitu juga halnya dengan "Muzakarah". Gunakan perkataan "Bincang" untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

    Di samping itu, belajarlah bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, untuk meningkatkan martabat diri, menjadi seorang yang berilmu.

    Wallahu a'lam.

  5. lifeinside // 23 Oktober 2008 pada 11:19 PTG  

    muzakarah berasal dari bahasa arab iaitu zakkara - yuzakkiru - zikir - INGAT.

    konteks ingat di sini ialah berlandaskan kebenaran, maka perlu diselitkan dalil naqli (ayat quran dan hadith) dan dalil aqli.

    sbb tu sesama orang islam jer bermuzakarah.

    hanya pandangan lima sen aku.

  6. Tanpa Nama // 24 Oktober 2008 pada 2:02 PTG  

    campur=plus
    tolak=push

  7. Unknown // 10 Disember 2018 pada 5:36 PTG  

    Amat menarik dikala ini kita lihat orang berbicara persoalan mencari jalan tengah, mencari jalan kebaikan kearah masa depan bangsa dan agama . Walau apa pun tujuan, sudah pasti ditengah-tengah kemelut dan persoalan penyatuan menjadi topik yang hangat . Dikala segala kekurangan dan kelemahan maka kita sering mencari jalan untuk mengukuhkan perpaduan. Maka timbullah usaha perbincangan , penyatuan yang sering diguna MUZAKARAH. Muzakarah yang hadir daripada perkataan arab hasil daripada zakara, yuzakiru, muzakarah ini memberi makna yang cukup luas dan perspektif yang syumul. Muzakarah sering dilihat sebagai perbincangan tetapi saya percaya makna muzakarah bukan setakat berbincang tetapi perlu saling ingat mengingat serta mencari jalan kebaikan. Sudah pastilah perbincangan itu menjurus kepada jalan yang diredhai Allah.

    Elemen muzakarah ini memang pasti akan timbul jika berlaku satu pertembungan antara dua pihak, maka perlunya saling berbincang dan mencari jalan yang sebaiknya. Namun dalam keadaan yang cukup kronik sekalipun muzakarah boleh dijadikan panduan untuk mencari jalan kebaikan. Tatkala dua pihak saling bertembung dari segi prinsip dan dasar perjuangan walaupun terdapat beberapa persamaan namun usaha kearah muzakarah ini satu yang baik demi kebaikan masa depan. Muzakarah bukan sahaja erti saling bersatu, muzakarah juga boleh dijadikan elemen penyatuan dalam beberapa perkara. Ia tidak bererti bergerak dalam satu wadah dan dalam bentuk persamaan. Allah jadikan manusia ini dengan pelbagai pemahaman, latarbelakang, kecenderungan sudah pastilah akan wujudnya perselisihan namun sebagai manusia yang memahami akan perkara ini tidak menjadikan ia akan berpecah tetapi berusaha membentuk landasan persamaan paling tidak usaha-usaha bersama walaupun tidak berada dalam satu kapal.

    Jadi dalam konteks parti politik hari ini kita lihat ada usaha-usaha untuk melaksanakan muzakarah. Apa pun tujuan yang dibawa oleh mereka yang paling penting apakah usaha ini untuk semata-mata mengukuhkan parti masing-masing atau untuk masa depan ummah? Muzakarah jangalah dijadikan medan untuk menutup kelemahan masing-masing dikala ummah sendiri melihat betapa kroniknya suasana masyarakan pada hari ini. Jika benar ada usaha kearah itu perlu wujud satu blue print yang sebenar-benarnya dan jangan ianya hanya jadi alat politik semasa sahaja.

    Atau jika usaha muzakarah ini sekadar dipinggiran dek kerana tuntutan parti dalam keadaan semasa lebih baik kita tukar sahaja kepada usaha lain seperti MUHASABAH...Barangkali itu jalan terbaik untuk masa depan bersama.....
    Hasri Harun at 05:02