Diberitakan bahawa PAS tidak mahu muzakarah, akan tetapi mahukan muqabalah.
Kemudian timbul persoalan apa itu muqabalah.
Terus terang saya tak tau maksudnya, tapi saya pernah nampak perkataan itu.
Dalam buku "Great Muslim Mathematician" tulisan "Mohaini Mohammad"
Kitab Al Jabr W'al Muqabala adalah kitab matematik yang terulung sekali, bapa kepada segala kitab matematik dalam dunia ini. Kitab itu ditulis oleh Bapa Matematik (Ilmu Hisab) yang dikenali sebagai Al-Khwarizmi.
"Al-Khwarizmi" itu hanya gelaran sahaja, berdasarkan nama tempat kelahirannya. Tempat "Khwarizm" itu sekarang dikenali sebagai "Khiva".
Nama sebenarnya ialah Muhammad ibnu Musa. Di tambah dengan gelaran, maka jadilah Muhammad ibnu Musa Al-Khwarizmi.
Orang putih menggelarkannya "algorithm".
Kitab itu bermaksud "The Book of Restoring and Balancing"
Ramai orang keliru menjangkakan bahawa algebra, berasal dari seseorang yang bernama Al Jabar, akan tetapi ia sebenarnya berdasarkan nama buku, dan bukannya nama orang.
Jadi apa itu muqabalah?
Pemulihan? pengimbangan?
Apa kaitan dengan muzakarah atau perbincangan?
Adakah PAS dan UMNO duduk semeja berbincang soal matematik?
Ada sesiapa tahu maksud muqabalah yang diperkatakan itu?
Berpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam HP dan pencinta kebenaran,
Elok juga kita rujuk mengenai Jabir Bin Hayyan dalam Wikipedia. Gunakan kalimah "geber" untuk mencarinya. Beliau adalah bapa kimia moden. Beliau adalah murid Imam Jaafar As Sadiq. Seorang ilmuwan sains peringkat tinggi, tapi dalam masa yang sama beliau berjuang menentang kezaliman kerajaan yang berkuasa. Syahid pun dibunuh oleh pemerintah.
Istilah "muzakarah", eloklah kita rujuk kamus-kamus macam "Mu'jam Al Wasith" dan "Mukhtar As Sahhah". Kalau dapat pergi Perpustakaan Awam Islam di jakim, Kuala Lumpur,bolehlah rujuk "Lisanul Arab". Begitulah juga istilah "muqabalah".
Kalau kita sibuk takut orang kafir semakin takut dengan kita, eloklah kita tanya balik kat diri kita. Entah-entah kita yang takut berjuang sebab terlalu mencintai kenikmatan dunia tapi menggunakan "intellectual gymnastic" untuk menyembunyikan kebaculan kita. Takkan kita nak percaya kepada kebaculan dan meragui keberanian.
Orang kafir tak takut apa-apa selain kerugian duniawi macam kita yang lemah iman ini jugak. Neraka dan siksa kubur pun kita tak takut. Sebab kita hanya tahu tapi tak begitu percaya. Tahu dan percaya berbeza. Kita tahu mayat tak boleh bergerak, apalagi memudaratkan kita. Tapi bila ustaz suruh kita temankan mayat bersendirian di waktu malam, kita takut sebab kita tak percaya apa yang kita tahu. Ilmu dan Iman adalah dua prkara yang berbeza.
Persoalan yang kita patut tanya pada diri kita adalah:
Adakah aku percaya kepada perintah-perintah ALLAH, atau aku lagi percaya kepada ancaman perasaan orang kafir yang tak percayakan ALLAH dan Hari Akhirat?
ALLAH swt kata:
Jangan engkau takut kepada mereka. Takutlah kepadaKU. Jika kamu beriman. (Surah Ali 'Imran, 3: Ayat 175)
Doakan saya agar tak putus-putus mendapat hidayah dari ALLAH YANg MAHA BENAR DAN MAHA PENGASIH. Moga ALLAH jadikan saya bukan sekadar ahli ilmu, tetapi juga ahli iman dan ahli amal.
Salawat
salam,
sungguh padat komen dari qisti zahra.terima kasih.
mengenai muqabalah atau muzharah ini,saya lebih mahu melihat ia dari kontek yang positif lebih dari melihatnya secara politikal.pada amatan saya,jika ada perkara yang positif yang kita boleh terima dari muqabalah atau muzharah maka elok saja kita teruskan.buat apa nak takut pada bayang-bayang sendiri?jika kita berpegang kuat pada prinsip dan tidak mendengar desas-desus serta suara sumbang yang tidak mahukan kemuafakatan maka tiada apa yang salah.jika dilihat ada banyak kerugian dan keburukan maka tidak perlulah diteruskan.
ini bukan satu perkara yang rumit.cuma perlu melihatnya dari pelbagai perspektif.jika nak,teruskan.jika tak nak,batalalkan.mudah sahaja.
Kata nik aziz muqabalah dikatakan sebagai perbincangan yang bersua muka. Muzakarah pula hanyalah perbincangan. Namun begitu pada pendapat saya kedua-dua adalah serupa sahaja, lainlah kalau kedua-dua parti nak guna chatting ataupun perbualan telefon.
Bagi saya benda-benda sebegini akan lebih baik dan bermanfaat sekiranya dipandang dalam pelbagi sudut, terutamanya dari perspektif yang positif.
Bagi saya, muzakarah dan muqabalah memang ada sedikit perbezaan dari segi maksudnya tapi apa yang saya tak faham mengapa PAS perlu tukar istilah muzakarah kepada muqabalah?
Pada dasarnya, kedua-dua perkataan itu mempunyai perbuatan yang sama iaitu wujudnya pertemuan antara dua pihak yang membolehkan mereka berbincang.. Itu hanya pendapat peribadi saya dan saya masih perlukan penjelasan tentang kedua-dua perkataan tersebut..
Apapun, tak kisahlah muzakarah atau muqabalah sekalipun, diharap pertemuan PAS-UMNO dapat diadakan tanpa dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana pertemuan sebegini jika dilaksanakan dengan niat yang ikhlas (dilaksanakan atas dasar Melayu sesama Melayu dan Islam sesama Islam), Insya Allah ianya akan membawa kepada kebaikan ummah...
muqabalah = bersemuka. maths terms cancelling, balancing
mubahalah = bersumpah jahanam
muzakarrah = berbincang, berkompromi
bagus jugak ye diperkenalkan dengan perkataan arab ni. at least ada usaha nak memahami. cerdik pimpinan yang kat atas tu.
terkial-kial kita yang kat bawah ni & MSM nak paham. tu baru kat dunia... isk... gerun bila pikir balik...
nak tau beza secara lebih mudah, pi baca blog Pak Bakaq
Muzakarah atau muqabalah.. Tak kisahlah mana-mana pun. Asalkan PAS-UMNO dapat duduk berbincang untuk selesaikan isu-isu berkaitan Melayu dan Islam.. Janji boleh capai kata sepakat yang boleh membawa kepada kebaikan bersama terutama rakyat...
Salam & selawat keatas junjungan Rasul SAW.dan salam ats.semua Pecinta kebenaran, ni untuk samad yg. aku petik dari penarik beca,baca la aku meluat ngan komen kau..maafkan aku cakap macam tu..Iskandar Abdul Samad di dalam Harakahdaily adalah paling sedap (dan amat sedap juga menyebut namanya sementara pangkal namanya tidak lagi dicemari sebarang gelaran karut-marut yang diberikan oleh pihak-pihak yang kini bagai dimaksumkan).
Beliau menegaskan, jika benar Umno ikhlas untuk berbincang perkara tersebut sepatutnya sudah dilakukan ketika Umno mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya umum tahun 2004.
"Umno tidak ikhlas untuk membincangkan masalah orang Melayu tetapi muzakarah itu hanya mahu dijadikan medan menaikkan imej Umno supaya mendapat sokongan semula daripada orang Melayu," tegasnya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor semalam.
Iskandar berkata, kononnya selepas pentadbiran Pakatan Rakyat orang Melayu tertindas tetapi jika dilihat banyak polisi-polisi Umno yang meminggirkan orang Melayu.
"Bagaimana dengan polisi perumahan, siapa yang merobohkan masjid dan surau? Bukankah itu semua kerja Umno?
"Umno tidak layak untuk bercakap soal perpaduan Melayu sebab Umno merupakan parti yang memecahbelahkan perpaduan orang Melayu," katanya.
Beliau berharap sebelum PAS mahu bergabung dengan Umno perlu dilihat sejarah lalu seperti tragedi Memali begitu juga dengan Akta Hasutan Dalam Negeri (ISA) yang membuktikan bahawa Umno sememangnya jahat.
"Sia-sialah pengorbanan kita kalau kita hendak bergabung dengan Umno," katanya.