PEWARIS yang dikatakan mewakili penduduk 6 buah Kampung di Masjid Tanah menghantar Memorandum, masalah pencemaran kampung itu kepada PAS Pusat, dan bukannya PAS Melaka.
Sebelum ini, Ali Rustam (UMNO) dan Anwar Ibrahim (PKR) telah terpilih sebagai tempat mengadu yang lebih utama daripada PAS.
Dari sudut penjenamaan minda politik, PAS jatuh nombor 3.
Berpusing!!!!!!
Siapa Calon DAP yang sesuai untuk PRK Kuala Terengganu? tiada di Malaysiakini
12/04/2008 01:50:00 PG | DAP, PAS, politikBanyak blogawan yang spekulasikan Mat Sabu sebagai Calon PAS di Kuala Terengganu, maka saya pun nak berspekulasi juga.
Selepas Kejayaan Pakatan Rakyat menawan lebih banyak negeri, wujud kata-kata bongkak kononnya tempok perkauman sudah betul-betul pecah.
Tidak boleh sebut isu kaum, tapi adanya politik "Hapus DEB".
Disebabkan Pakatan Rakyat sudah terlalu yakin tembok perkauman sudah dimusnahkan, maka bolehlah diadakan ujian terhadap dakwaan itu.
Maka, apa kata kalau diletakkan Calon DAP bukan Melayu Bukan Islam di Kuala Terengganu, dan terus mainkan politik "Hapus DEB" di situ. Jangan lupa mainkan isu penutupan sekolah vernakular yang dimainkan oleh Mukhriz.
Akan tetapi sebagai ganti, DAP melepaskan satu kerusi Parlimen yang ada supaya ditandingi oleh PAS, sebagai contoh Mat Sabu bertanding di Parlimen Kota Melaka setelah dikosongkan.
Agaknya siapa Calon DAP yang sesuai untuk Kuala Terengganu? Chi Chang?
Dr Dzulkefly memerlukan sparring partner dalam soal ekonomi.
Berpusing!!!!!!
Menurut Al Brangi, Inul akan mengadakan konsertnya pada masa terdekat.
Beberapa bulan yang lalu, Khairul Faizi 2 kali membantah ke konsert Inul, pertama di Johor dan kemudian di Kuala Lumpur.
Kali ini Inul agak terlepas, walaupun Pemuda PAS telah membantah, namun tanpa Khairul Faizi, ia agak kurang berkesan?
Pandai juga Inul memilih waktu untuk membuat konsert, iaitu ketika Khairul Faizi sambung belajar.
Berpusing!!!!!!
Pak Karamu, ada menulis MEMBELA KAUM ATAS DASAR AGAMA
Konsepnya lebih kurang dengan apa yang saya tulis dahulu :
PAS perlu dilihat sebagai pembela Melayu
Ianya tidak dipersetujui oleh YB Khalid Samad ,Respon: PAS dan DEB
Apabila PAS majoritinya melayu, apabila dilihat sebagai pembela Melayu, ia akan kelihatan seperti berjuang atas dasar kaum.
Akan tetapi apabila PAS benar-benar menjadi pasti Islam pelbagai kaum, dan dilihat begitu sukar mendapatkan untuk kaum melayu, kaum kadazan, bidayuh dan kaum yang merasakan perlu dibela atas nama kaumnya.
Maka mungkin strategi pembelaan kaum boleh dilakukan.
Memang sudah lumrah manusia, kalau kita tidak perkauman sekali pun, kita akan menggelarkan seseorang berdasarkan kaumnya.
Itu budak cina
itu budak Melayu
Itu budak jawa
Pembelaan kaum cukup berbeza dengan ketuanan kaum tetapi kehilatan hampir sama kerana menggunakan nama kaum juga.
Pembelaan kaum ialah suatu langkah mengenalpasti masalah sesuatu kaum, dan diselesaikan.
Masalah Mat rempit itu masalah Melayu, kalau tidak masakan ianya menggunakan "Mat"
Pembelaan kaum, menggangkat seseuatu kaum daripada negatif kepada 0, dan bukannya daripada 0 kepada terlalu tinggi sehingga menjadi "Tuan".
Ada kaum merasakan perlu mereka dibela sebagai pembelaan kaum.
Ada kaum yang tidak merasakan perlu kerana sudah maju.
Agak menghairankan apabila PAS ada aktiviti sumbangan terhadap masyarakat India, sumbangan terhadap Persatuan kaum cina, tetapi tiada langsung "dialog dengan Melayu", "sumbangan untuk Masyarakat Melayu"
Walaupun banyak sumbangan dibuat kepada orang melayu, ianya tidak pernah disebut sebagai sumbangan kepada masyarakat melayu.
Mengapa?
Menyerupai UMNO?
Berpusing!!!!!!
Jed, Mari masuk Kelab Penyokong Muda PAS
10/19/2008 11:50:00 PG | integrasi kaum, Kelab Penyokong Muda PAS, PAS, politikKhairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum Dewan Pemuda PAS Pusat, telah memaklumkan bahawa "Kelab Penyokong Muda PAS" akan ditubuhkan.
Apabila ditanya samada Kelab Penyokong Muda PAS adalah untuk lelaki sahaja atau sebaliknya, Saudara Khairul Faizi juga mengatakan ianya adala campur.
Comment by khairul faizi
2008-10-15 17:59:13
Kelab Penyokong Muda utk lelaki dan perempuanOleh itu saya menyeru, rakan-rakan blogawan yang bukan Islam terutama sekali Jed Yoong untuk mempertimbangkan supaya Kelab Penyokong Muda PAS dijadikan satu platform politik yang bersih apabila ianya ditubuhkan nanti.
Di sini saya tidak boleh menjanjikan sekurang-kurangnya satu kuota menteri kabinet bagi Kelab Penyokong Muda PAS.
Berpusing!!!!!!
Kasihan pula melihat Pemuda PAS WP, bersungguh-sungguh menghantar memorandum penuh fakta kepada Shahrir Samad. Dengan mengambil contoh bahawa Harga Minyak masih lagi dibawah seratus Dollar Amerika.
Apa yang berlaku awal pagi tadi, sebelum subuh, waktu bersahur, Harga minyak dunia telah melonjak sehingga ke paras 130 USD dan menstabil sedikit.
Kemudian ketika catatan ini ditulis harga minyak dunia berada pada tahap USD 120.92
Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada Pemuda PAS WP kerana berusaha.
Berpusing!!!!!!
Bendera Malaysia Perlu Diubah dan Mempunyai Unsur Sang Saka Merah Putih
8/25/2008 12:43:00 PTG | Bendera, Melaka, PAS, Sang Saka Merah Putih, Singapura, UMNOTahun lepas saya sudah mencadangkan bahawa Malaysia perlu mempunyai lagu kebangsaan yang baru.
Mari kita lihat Indonesia.
Itu bukan sekadar bendera Indonesia, tetapi ianya bendera "Sang saka merah Putih".
Sang Saka Merah putih bukan sahaja Bendera Indonesia, Ia juga bendera kita.
Bendera Nusantara, Malaysia Indonesia, selatan Filifina, Selatan Thai.
PKMM kata, Sang Saka Merah Putih itu jangan dikotori, dengan meletakkan keris padanya.
Menjadi Bendera UMNO.
Namun Bendera PAS juga Sang Saka Merah Putih dikotori, Namun ia tetap berasal dari sang saka merah putih.
Nampaknya UMNO dan PAS sama-sama mengkotori Sang Saka Merah Putih, namun ia jelas nampak berasal dari Sang Saka Merah Putih.
Begitu juga bendera Singapura, berasal dari Sang Saka Merah Putih.
Dan juga bendera Melaka, mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih.
Mengapa Bendera Malaysia tidak langsung mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih?
Apa yang dibanggakan sangan dengan jalur menyerupai Amerika itu?
Maka, hari ini, saya merasakan perlu Malaysia menukar bendera Negara kita kepada bendera yang menggambarkan Sang Saka Merah Putih.
Oleh kerana, Indonesia sudah ambil "Sang Saka Merah Putih" yang tidak diubahsuai, maka Malaysia terpaksa "mengkotori" Sang Saka Merah Putih untuk dijadikan Bendera Malaysia yang baru.
Walaupun saya tidak menterbalikkan bendera seperti blogawan Amin Iskandar, Sama amat setuju cadangan dia supaya bendera Malaysia dicipta semula.d) Bendera Malaysia dicipta semula. Malulah orang kata bendera Malaysia macam bendera Amerika Syarikat (Di Afghanistan, sewaktu menyertai dua misi pemantauan pilihanraya pada tahun 2004 dan 2005, rakyat Malaysia diharamkan untuk membawa bendera kerana dikhuatiri akan diserang oleh puak Taliban oleh kerana bendera Malaysia mirip bendera Amerika Syarikat)
Saya pula nak tambah syarat, "MESTI" ada unsur Sang Saka Merah Putih.
Maka Bendera Malaysia yang baru mungkin begini?Sang Saka Merah Putih Malaysia?
Berpusing!!!!!!
Apa Yang Pemuda UMNO Tedong Tahu Fasal Datuk Onn?
8/23/2008 02:27:00 PTG | Datuk Onn, IMP, Kontrak Sosial, PAS, politik, UMNOBersungguh-sungguh Pemuda UMNO Kampung Tedong menyiarkan Sumpah Melayu sambil dihiasi Datuk Onn sebagai Latar Belakang.
Sumpah tersebut dilafazkan ketika dia masih lagi UMNO. Ketika itu dia masih lagi mempercayai bahawa dengan UMNO boleh berjuang.
Namun Datuk Onn Keluar UMNO, kerana dia mahu membuka UMNO kepada bukan melayu.
Kerana apa?
Orang UMNO peringkat kampung hanya tahu langkah itu sebagai "pengkianatan kepada bangsa", memang sampai 2008 ini pun pemikiranmereka setakat itu.
Walhal Datuk Onn tidak setuju benar dengan Tunku yang mahu memberikan kerakyatan murahan kepada pendatang asing. Datuk Onn ingin membuka UMNO kepada bukan melayu kerana mahu mengawal kerakyatan. Orang UMNO zaman milenium baru ini yang duduk di Kampung Tedong mana faham.
Hasilnya, Datuk Onn keluar UMNO, tubuhkan IMP, kemudian orang IMP sendiri diludah oleh orang UMNO, Itu sebelum merdeka.
Tetapi ludahan orang UMNO terhadap orang IMP itu tiada ertinya.
IMP mahu merdekakan Malaya tanpa memberi kerakyatan kepada pendatang Asing, UMNO pula memberikanl kerakyatan murahan sebanyak 1 juta dengan harapan mereka dapat mengundi perikatan.
IMP dan PAS pada awalnya memang tak bersetuju dengan langkah Tunku dan UMNO memberikan kerakyatan murahan.
Oh! Kenapa perlu berikan kerakyatan terus? Mengapa tidak berikan penduduk tetap sahaja dulu, dan sedikit demi sedikit diberikan kerakyatan apabila mereka terbukti setia kepada Negara.
Kerakyatan boleh diberikan kemudian, letak sahaja syarat selepas 3 atau 4 generasi.
Hakikatnya, Perikatan mahukan undi daripada "kaum pendatang" yang telah diberikan kerakyatan itu.
Kemudian UMNO cuba menutup kesalahan mereka dengan mengadakan kontrak sosial, kontrak sosial itu hanya diantara pemimpin perikatan.
Mengapa UMNO begitu beria tidak mahu orang membincangkan kontrak sosial?
Mereka tidak mahu orang melayu tahu yang mereka yang memberikan kerakyatan murahan. Itu kesalahan utama mereka. Mereka tidak mahu orang kampung tahu, pemimpin PAS Dr Burhanudin Helmi menentang pemberian kerakyatan murahan diberikan oleh UMNO.
Takut orang Melayu beralih kepada PAS?
Kini, Kerakyatan telah diberi, maka layanlah mereka sebagai rakyat Malaysia. Kalau tak mahu layan sebagai rakyat Malaysia, kenapa dulu berikan kerakyatan murahan?
Kalau tak mahu beri layanan sebagai rakyat Malaysia, kenapa tidak berikan sahaja taraf penduduk tetap?
Berpusing!!!!!!
Penarik Beca Dihentam di Melaka Ketika Dia Ditahan di KL
8/16/2008 05:12:00 PG | Melaka, Nasharudin Mat Isa, PAS, Penarik Beca, politikDi sini saya nak ceritakan perasaan saya ketika malam kedua Bang Bakaq tidur dilokap.
Sebagai blogger yang rapat dengan bang bakaq di dunia siber , saya begitu ambil berat kes penangkapan beliau. Saya sendiri ke KL untuk tunggu suarakan bantahan, walaupun yang hadir hanya dalam lingkungan berbelas orang.
Ceritanya bantahan itu boleh dibaca di
- Bakaq's Arrest - Bloggers Gathering at Bukit Perdana. Mahaguru58
- Berita Abang Bakaq Nora
- Penarik Beca direman sehari lagi…. Amin iskandar
- Pak Bakaq remanded for another night :( Nat
Diantara yang hadir tadi ialah, Rahmat Haron, Nora, Nathaniel Tan, Bernard Khoo, Wae Joe, Zain, Hasbullah Pit, Irwan, Mahaguru 58, Munirah dan ramai lagi.
Pada malamnya, di Paya Dalam di adakan ceramah oleh Nasharudin Mat Isa, dia nak beri "Penjelasan".
Sila baca di blog Mutaligat.
Saya dengar ceramah "penjelasan" itu baik-baik, dia menafikan dia jumpa Najib di London. Banyak juga dia nafikan.
Tapi 2 perkara dia tak nafikan, iaitu "main-main telefon" dan "Perjumpaan dengan Hizbul Muslimin", mungkin 2 perkara itu tidak diketahui ramai, kerana tak baca Penarik beca.
Siapa yang harus saya percaya?
Yang tidak sedap didengar adalah ucapan tentang ingin mengambil tindakan mahkamah kepada penyebar maklumat palsu.
Terus saya terbayang Bang Bakaq, yang ketika itu dalam tahanan, saya baru balik dari solidariti untuk Penarik Beca. Bayangkan apa perasaan saya ketika itu? Macam mana agaknya Bang Bakaq nak hadapi 1 malam lagi di lokap?
Mahu percaya isi kandungan ceramah atau tidak?
Bukankah, ceramah PAS patut menyuarakan bantahan kepada penangkapan Blogger PAS, tapi dia pula dihentam.
Suatu ketika dahulu, ketika Nat di tangkap, ramai orang PKR bersuara menentangnya. Akan tetapi apabila Blogger PAS ditangkap, Keadaan tidak sebegitu.
Pemimpin PAS ada juga membantah penahanan Penarik Beca, seperti Khairul Faizi dan Mahfuz.
Tetapi ia tidak berlaku di Melaka. Mengapa?
Berpusing!!!!!!
Saya tak pandai sangat PHP, ketika dulu saya lebih sukakan perl+CGI berbanding PHP, agak konservatif bunyinya.
Unit K-Ekonomi Negeri Melaka akan mengadakan pertandinga pengaturcaraan PHP.
Rujuk : http://veryimportantprogrammer.com/
http://blog.harisfazillah.info/2008/08/vip-very-important-programmer-php.html
Dan baru-baru ini, "SAMEON" minta saya promosikannya di blog saya.
Maka inilah promosi yang saya buat.
Adakah saya akan menyertainya?
Otak sudah berkarat, akan tetapi rasanya nak pula masuk bertanding.
Hadiah boleh tahan juga.
1st Place :
- RM 1000
- 2 (two) Zend Studio for Eclipse
- 1 Training Coupon (training.org.my)
- Goodies
2nd Place :
RM 750 + 2 (two) Zend PHP Certification Bundle
- Goodies
3rd Place :
RM 500
- 1 (one) Zend Framework Book
- Goodies
4th, 5th and 6th places :
RM 100
- Goodies
Masa agak suntuk, tidak pasti samada nak buat pasukan "Lajnah ICT PAS Melaka" untuk masuk bertanding, Kalau "Unit IT UMNO Melaka" masuk baru buku bertemu ruas.
Lupakanlah dulu Permatang Pauh, Mari kita bersilat di Padang yang sama rata.
Berpusing!!!!!!
Saya terpanggil untuk menjawap pemintaan pendapat oleh pemikir di catatan blognya (jemput kilk)
Adakah Dewan Muslimat PAS juga ada sikap begitu sehingga perlu menubuhkan Dewan Muslimat PAS Muda?
Tidak cukup dengan unit Amal Nisa'?
Macam mana saya nak jawap? Ini hal orang Perempuan.
Suatu ketika dahulu, ketika saya mula mengenali Muslimat, Muslimat yang saya kenali itu muda belia, baru sahaja menamatkan ijazahnya di Idaho. Semua kawan-kawannya yang Muslimat ramai yang muda belia.
Saya labelkan dia sebagai Muslimat[0].
Muslimat[0], telah berjaya meracuni fikiran kawan sepejabat saya untuk menyertainya. Muslimat[1].
Dunia siber ketika itu cukup kecil, rupanya, kawan siber saya yang lain adalah seorang Muslimat PAS , seorang pakar keselamatan IT tersohor, Muslimat[3].
Ketika sekembalinya Muslimat[0] ke Tanah air, dia pernah bekerja dengan Muslimat[4].
Dipendekkan cerita, ketika peringkat awal, Musilmat yang saya kenali (Muslimat[0..4]) semuanya muda belia. Zaman itu belum ada lagi Puteri UMNO.
Muslimat[0..4] secara kebetulan bergiat aktif dengan sumber terbuka.
Jadi pada pandangan saya ketika itu, Muslimat adalah golongan muda yang celik IT.
Rupanya tanggapan saya itu salah.
Tetapi berbeza pula dengan keadaan realiti Muslimat di Negeri Melaka yang ramai makcik-makcik.
Di Negeri Selangor, ada Muslimat Makcik yang celik IT, itu kes terpinggir.
Apabila Muslimat Melaka mencadangkan supaya diwujudkan Puteri PAS, maka bagi saya ia menunjukkan betapa bermasalahnya Muslimat melaka untuk mendekati golongan muda. Puan Emy kerja kuat agaknya.
Kalau Puteri PAS diwujudkan hanya sebagai jentera parti dan tidak berpolitik seperti Puteri UMNO. saya rasa baik tidak perlu ada. Walaubagaimanapun ia agak perlu untuk menarik sokongan wanita muda.
Sekiranya Puteri PAS diwujudkan, ianya seperti menggalakkan politik berjentera dan politik tagih sokongan.
Saya tidak minat sangat "politik berjentera", rajin buat kerja tapi tak mahu bersuara.
Apabila Munirah Bahari dihentam teruk apabila mengatakan Baju Sekolah seksi, Mana suara garang Muslimat PAS Melaka? Kasihan dia sampai cuti berblog selama 3 bulan.
Maafkan saya kalau tulisan ini kelihatan seperti menghentam Muslimat PAS Melaka. Akan tetapi saya pernah menyuarakan cadangan kepada Ketua Muslimat PAS Jasin supaya mempromosi penyusuan Ibu sebagai satu langkah mengatasi gejala sosial.
Itu politik saya, politik pembentukan Manusia.
Berpusing!!!!!!
Saya sering mendapat idea memblog ketika memandu kereta.
Tapi 80% idea hilang sebaik sahaja keluar dari kereta.
Tadi ketika memandu, untuk pergi mesyuarat membela nasib orang kaya, saya terfikir akan penyelesaian masalah "body snatching".
Pemuda PAS perlu memainkan peranan untuk menelesaikannya walaupun sebelum ini tidak mendapat banyak input tentang "body snathing".
Saya membayangkan, Khairul Faizi, sebagai ketua Lajnah Perpaduan Kaum Pemuda PAS, mengorak langkah dengan mengambil input daripada mangsa "body snatching", untuk dikumpulkan dan dibawa kepada peringkat tertinggi untuk mendapatkan penyelesaian.
Saya juga membayangkan bahawa Damian Yeo, selaku rakan Pakatan Rakyatku, dan ahli Majlis Peguam, dapat mengumpulkan kes-kes terdahulu, untuk diberikan kepada Pemuda PAS.
Rupanya, di harakah, Salahudin telah mencadangkan perkara yang lebih kurang sama.
Sehubungan itu, Salahuddin menyatakan kesediaan untuk menjadi perantara bagi membolehkan dialog dan perbincangan dilangsungkan antara Majlis Peguam (dan pihak-pihak lain) dengan tokoh ulama, mufti dan cendekiawan Islam khusus bagi membincangkan perkara-perkara sensitif berhubung Islam dan ajarannya.
"Majlis Peguam boleh menyenaraikan isu-isu yang mereka perlukan penjelasan yang mungkin dianggap sensitif tetapi masih boleh dibincangkan secara akademik dan tertutup," jelas Salahuddin
Jadi apa yang saya bayangkan ketika memandu tadi boleh direlalisasikan.
Berpusing!!!!!!
Masalah Yang Ada sebelum Forum "Memeluk Islam" Perlu Diselesaikan
8/11/2008 11:34:00 PTG | islam, Majlis Peguam, Majlis Syura, PASNak tau apa pandangan saya tentang Forum Memeluk Islam oleh Majlis Peguam?
Bagi saya, Forum Memeluk Islam itu hanya satu langkah yang tidak tepat untuk menangani "masalah" yang ada.
Saya tidak menafikan terdapat beberapa masalah, ada yang boleh diselesaikan, ada yang tidak boleh diselesaikan. Cubaan untuk menyelesaikan masalah berkaitan pemelukan agama Islam oleh Majlis yang diketuai oleh bukan Islam memang menimbulkan rasa tidak senang umat Islam.
Jed Yoong telah menggariskan beberapa permasalah yang timbul sebelum Forum Memeluk Islam.
Sila baca.
Majlis Peguam bukan sahaja-sahaja membuat forum "Memeluk Islam" kerana sebab suka-suka.
Saya pendokong Undang-Undang Syariah tapi Ilmu tak banyak.
Tidak dinafikan terdapat kekeliruan antara dua sistem menyebabkan "masalah".
Ramai pembaca blog umat Islam tidak pernah tahu akan adanya permasalahan sebegitu.
Mungkin disebabkan terlalu lama duduk dibawah tempurung Tranungkite.
Masalah "body Snacthing" telah lama ada. Istilah Body Snatching itu bukan saya yang reka, tetapi para blogger bukan Islam yang menggunakan istilah sebegitu.
Ia merujuk kepada, situasi secara tiba-tiba Mayat seseorang bukan Islam diambil oleh jabatan Agama Islam kerana dia dikatakan telah memeluk Islam.
Bukan Islam menyalahkan "Islam Hadhari" sebagai punca berlakunya perkara sebegitu, orang PAS pula menyalahkan "Islam Hadhari" berlakunya maksiat.
Memang sudah menjadi tanggungjawap umat Islam untuk menyempurnakan jenazah umat Islam. Persoalan timbul ialah mengapa apabila sudah meninggal dunia baru tahu dia Islam? Tidakkah ada cara lain?
Kerana sebab itu, sebaik sahaja selepas pilihanraya, Paklah mengumumkan sesiapa yang memeluk Islam perlu memberitahu kepada umum. Saya tentang langkah itu kerana ia akan membahayakan nyawa saudara baru itu.
Namun apa penyelesaiannya?
Yang tidak sedap didengar, ialah apabila berlakunya seseorang bukan islam itu meninggal dunia, rupanya dia Islam, tetapi harta pusakanya jatuh hanya kepada anaknya yang beragama Islam jika ada.
Akhirnya, ia dianggap sebagai satu tektik bagi seseorang untuk membolot harta pusaka.
Salah seorang adik beradik masuk islam, pakat dengan bapa supaya masuk islam, kemudian bolot harta kerana hanya dia seorang sahaja yang islam.
Sebab itulah orang bukan islam beria sangat supaya sesiapa yang masuk islam dimaklumkan kepada umum. Tetapi apabila diumumkan kepada umum, lain pula masalahnya. Nyawa saudara baru itu yang akan terancam.
Saya tidak mahu Agama Islam dijadikan sebagai tektik bagi membolot harta.
Terdapat satu kes dahulu dimana seorang ibu kepada saudara baru tidak dapat mendapatkan harta anaknya yang memeluk islam tetapi gagal kerana dia bukan islam. Mahaguru58 mencadangkan kepada JAWI supaya memulangkan wang Insuran anaknya itu keada ibunya.
Dalam kes ini , si ibu adalah "mangsa" proses memeluk islam.
Kalau bab harta pusaka ini, sebenarnya ada penyelesaiannya.
Saudara baru hanya perlu diberitahu tentang perlunya membuat wasiat jika ingin memberi harta kepada ahli keluarga yang bukan islam.
Tentang makluman memeluk islam, bagi saya, tidak perlu memaklumkan kepada semua orang atas sebab keselamatan. Akan tetapi perlu juga beberapa bukan islam dimaklumkan tentang keislamannya, cukup sekadar kawan rapat yang bukan islam mengetahuinya.
Saya nak tulis panjang-panjang takut salah.
Walaubagaimanapun, saya mencadangkan pakar undang-undang syariah, atau Majlis Syura mengkaji persoalan yang ditulis oleh Jed Yoong itu. Ia boleh diumpamakan sebagai ringkasan kepada permasalahan yang ada.
Atau mungkin perlu diadakan pertemuan antara "mangsa" pemelukan Islam bertemankan Peguamnya berjumpa dengan Ulama-ulama PAS. Itu mungkin penyelesaian terbaik.
Berpusing!!!!!!
Anda boleh meletakkan wiget "Jadual Melaka" untuk mendapatkan aktiviti terkini PAS Negeri Melaka, atau aktiviti negeri Melaka yang lain.
Ada 2 versi
Versi ringkas:
Sila salin tepekkan HTML ini di blog anda.
Outputnya sebegini:
Rupa parasnya bergantung pada CSS blog masing-masing
Versi serabut:
(salin tepek di blog anda)
Outputnya sebegini:
Terpulanglah bagi anda yang mana satu pilihan hati.
Berpusing!!!!!!
Terasa cemburu pula apabila blogger Kelantan sudah dahulu mempunyai RSS khas untuk aktiviti negeri mereka.
Walhal saya sudah lama merancang untuk adakan 1 blog khas dimana rssnya digunakan sebagai senarai aktiviti PAS Melaka. Ianya dilakukan pada malam yang sama selepas perbincangan.
Akan tetapi bila saya jemput blogger PAS Melaka sedia ada, seorang pun tak mahu terima "invitation" :(
Pagi ni saya hantar lagi sekali jemputan.
Berpusing!!!!!!
Kalau dikira dengan bilangan peserta, ianya agak ramai.
Kalau dikira daripada kepuasan peserta, mungkin Ya mungkin tidak.
Bagi sesiapa yang belum tahu berblog, mungkin ianya satu platform yang memuaskan.
Bayar RM 5 dapat 2 buku, dapat belajar.
Bagi siapa yang sudah ada blog, mungkin bagi dirinya ingin tertanya-tanya, siapa lagi yang sudah ada blog, saya nak kenal.
Mungkin siapa yang sudah ada blog ingin kan sesuatu yang lebih.
Mungkin itu pengisian babak ke 2 Seminar Blogger PAS Melaka.
Yang paling mengembirakan saya ialah kehadiran Prof Hamirdin, datang dari jauh, terus balik kampung.
Perbezaan orang yang cintakan ilmu dengan tidak, ialah kesanggupan untuk datang dari jauh untuk sesuatu majlis ilmu.
Saya banyak meluangkan masa untuk menunjuk ajar Fauzi, yang saya harapkan akan menjadi blogger tersohor, berdasarkan satu tulisannya yang menyentuh nasib pekerja.
Jemput baca:
Berpusing!!!!!!
Seminar Bloggers PAS Melaka akan di adakan:
Tarikh: 3 Ogos 2008 , 8:30 pagi
Tempat: Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, (Semabok).
Antara acara yang diadakan ialah penerangan tentang penulisan, dan penerangan tentang "blog".
Sasaran Hadirin:
- Seseorang yang belum mempunyai blog, supaya boleh belajar membuat blog.
- Seseorang yang sudah mempunyai blog, untuk meningkatkan kemahiran berblog sambil mempromosikan blognya.
- Seseorang yang (atau akan) mengendali blog sesuatu Dewan atau kawasan atau cawangan.
- Seseorang yang mempunyai bakat penulisan tetapi tak tau bagaimana nak mula berblog.
- Pemuda PAS Johor yang menyahut seruan Ketua Pemudanya "Satu Pemuda Satu Blog"
- Blogger Tersohor yang ingin berkenal-kenalan dengan blogger semi-tersohor.
- Blogger yang berideologi "Chatbox tak perlu ada" yang nak berdebat dengan blogger berideologi "Chatbox mesti ada"
- Anda yang membaca catatan ini.
Insentif Tambahan:
Semua blog blogger yang hadir DAN blog yang dibuat ketika seminar itu akan automatik diserapkan ke ruangan "Beras Padu Sementara" di Beras Terpilih.
Peta:
View Larger Map
Sebarang persoalan, sila ajukan diruangan Ulasan catatan ini.
Berpusing!!!!!!
Diberitakan bahawa PAS tidak mahu muzakarah, akan tetapi mahukan muqabalah.
Kemudian timbul persoalan apa itu muqabalah.
Terus terang saya tak tau maksudnya, tapi saya pernah nampak perkataan itu.
Dalam buku "Great Muslim Mathematician" tulisan "Mohaini Mohammad"
Kitab Al Jabr W'al Muqabala adalah kitab matematik yang terulung sekali, bapa kepada segala kitab matematik dalam dunia ini. Kitab itu ditulis oleh Bapa Matematik (Ilmu Hisab) yang dikenali sebagai Al-Khwarizmi.
"Al-Khwarizmi" itu hanya gelaran sahaja, berdasarkan nama tempat kelahirannya. Tempat "Khwarizm" itu sekarang dikenali sebagai "Khiva".
Nama sebenarnya ialah Muhammad ibnu Musa. Di tambah dengan gelaran, maka jadilah Muhammad ibnu Musa Al-Khwarizmi.
Orang putih menggelarkannya "algorithm".
Kitab itu bermaksud "The Book of Restoring and Balancing"
Ramai orang keliru menjangkakan bahawa algebra, berasal dari seseorang yang bernama Al Jabar, akan tetapi ia sebenarnya berdasarkan nama buku, dan bukannya nama orang.
Jadi apa itu muqabalah?
Pemulihan? pengimbangan?
Apa kaitan dengan muzakarah atau perbincangan?
Adakah PAS dan UMNO duduk semeja berbincang soal matematik?
Ada sesiapa tahu maksud muqabalah yang diperkatakan itu?
Berpusing!!!!!!
Antara PAS dan Pas, mana satu betul?
Antara PETRONAS dengan Petronas mana satu betul?
Ramai di antara kita menulis "Pas" dan "Petronas", sebenarnya salah.
PAS dan PETRONAS kedua-duanya adalah akronim, iaitu singkatan kepada beberapa perkataan, Maka ia perlu ditulis dengan huruf besar.
Di dalam laman Rasmi PAS dan PETRONAS, kedua-duanya menulis PAS dan PETRONAS dengan huruf besar.
Tiada siapa nak marah kalau tulis Pas, Petronas, Dap, Umno, Pkr tetapi ia menggambarkan tahap keprofesionalan seorang penulis blog atau berita.
Oleh itu, kepada wartawan akhbar yang baru nak meningkat naik, sila tulis PAS sebagai "PAS" dan bukannya "Pas".
Kepada bloggers PAS, adalah dicadangkan supaya tajuk catatan blog tidak ditulis dalam tulisan besar, kerana ia akan menenggelamkan "PAS".
Berpusing!!!!!!
Baru baru ini sibuk diperkatakan oleh timbalan menteri tertentu (lupa nama) tentang perlunya penggunaan Nuklear untuk menjana tenaga, disebabkan oleh "kenaikan" harga bahanapi.
Akan tetapi, rasanya sudah berbuih saya perkatakan, gunakan Ladang Kincir!!!
Malah saya juga pernah persoalkan kenapa naikkan tarif kalau belum cuba Kincir Angin?
Kalau tarif naik kerana harga angin naik, lainlah cerita.
Namun ia mungkin jadi realiti di Kelantan.....
baca:Selain kuasa matahari, kerajaan Kelantan juga sedang merancang menggunakan kincir angin sebagai alternatif kedua untuk mendapatkan tenaga elektrik.
Kerajaan juga sedang merancang untuk membina bandar yang akan menggunakan kuasa matahari dan kuasa kincir angin sepenuhnya dan bandar ini juga akan menjadi salah satu dari tarikan pelancong.
Husam: Kuasa matahari, kincir angin hadapi krisis minyak
Di Negara Jerman 20% sumber tenaga elektrik dijana oleh angin.
Ada sesiapa nak kata jangan politikkan angin?
Berpusing!!!!!!