Sekiranya Najib Terlibat Dalam Tuduhan Liwat Anwar (Senaterdaliwar), maka Najib tersilap langkah.
Senaterdaliwar, Najib sekali lagi mengeluarkan kata-kata tentang dia berkait dengan Saiful. Dulu dia mengatakan saiful hanya datang untuk biasiswa, kini dia mengatakan Saiful ada datang berjumpanya sebelum laporan dibuat.
Senaterdaliwar, Bukankah ini dengan sendirinya membocorkan konspirasi
Najib dengan sengajanya mengatakan tindakan mengeluarkan akuan sumpah balasubramaniam adalah bertujuan untuk mengalihkan pandangan daripada isu utama iaitu tuduhan liwat ke atas Anwar.
Najib berkata
Isu utama, adakah kes liwat berlaku atau tidak? mungkin dia (Anwar) anggap saya di belakang tabir,"
Eh , Tunggu.
Najib sendiri mengatakan isu utama ialah isu tuduhan terhadap Anwar? Bukankah isu utama sepatutnya bagi Najib ialah permasalahan rakyat? Kenapa Isu tuduhan terhadap Anwar menjadi isu utama.
Senaterdaliwar, Maka dia sendiri memerangkap dirinya dengan mengatakan ianya "isu utama"
najib (DSNR) rasakan isu utama adalah Anwar sedangkan masalah rakyat yg menderita kesan kenaikan harga barang, hingga rakyat mengikat perut tidak di ambil kisah malah dianggap spt "lain-lain isu".
Satu lagi isunya sdr sebol dan rakan2 blogger yg lain, tempoh hari isteri DSNR menyatakan tuduhan raja petra bhw datin seri rosmah terlibat dgn kes bunuh altantuya bukan kes berat. Saya bukan nak sokong kenyataan raja petra tapi apakan daya bila keluarga pemimpin negara tak anggap kes bunuh bukan kes besar, sedangkan jenayah dinegara kita meningkat secara mendadak sepanjang 5 tahun gandingan pak lah - najib ini.