Alamat blog

Sepersumbaiben

7/03/2008 06:31:00 PTG |

Hari itu, ada orang dituduh memfitnah Anwar Ibrahim meliwat, hari ini pula jangan sampai kita pula memfitnah orang lain.

Hati-hati.
Pengakuan sumpah itu hanya pengakuan sumpah Balasubramaniam a/l Perumal.

Untuk mengatakan ianya sahih, saya pun tak berani, yang hanya boleh dikatakan ialah "percaya" atau tidak.

Jangan sampai kita jadi menabur fitnah pula.

Akan tetapi kalau tetap mahu menceritakan kandungan perakuan sumpah itu, Oleh itu saya cipta 1 istilah.

Sepersumbaiben.

bermaksud "Sekiranya Perakuan Sumpah Balasubramaniam itu Benar"



Contoh ayat:


Sepersumbaiben, Tak sangka pula boleh kasi kawan bila sudah tak mahu lagi, agaknya kalau dia tak mahu lagi Rosmah, dia akan kasi Rosmah pada siapa?.



bermaksud.


Sekiranya Perakuan Sumpah Balasubramaniam itu Benar, Tak sangka pula boleh kasi kawan bila sudah tak mahu lagi, agaknya kalau dia tak mahu lagi Rosmah, dia akan kasi Rosmah pada siapa?




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. Tanpa Nama // 3 Julai 2008 pada 8:38 PTG  

    Lagi bagus kalau ada kata nama lain untuk "Sepersumbaiben". Payah nak sebut lar. Ini kesempatan yang boleh diambil oleh DBP.

    Apahalpun Sepersumbaiben menyambungkan titik-titik cerita konspirasi yang ditimbulkan sebelum ini.

    Saya pun hairan kenapa Sepersumbaiben baru ditimbulkan sekarang, tapi dapat jawabannya diblog haris ibrahim


    "When asked why he was only coming forward now and not earlier to disclose what he had just disclosed, Bala’s lawyer, Americk, explained that only after the prosecution closed its case did it became clear to Bala that the details that he had rendered to police whilst he was remanded and being investigated and which are now contained in the SD would not be made known to the trial court."

    http://harismibrahim.wordpress.com/2008/07/03/all-the-whores-and-the-uniten-man-could-not-put-poor-c4-ed-najib-together-again/

  2. rastom // 3 Julai 2008 pada 10:44 PTG  

    ikram, soal kenapa Sepersumbaiben timbul sekarang di dalam undang undang tidak boleh dijadikan alasan untuk penghakiman. "Kenapa sekarang" itu soal motif atau niat, tetapi di dalam penghakiman ia bergantung kepada fakta fakta kes. Jika kes bunuh faktanya adalah ADAKAH berlaku pembunuhan, OLEH siapa dan terhadap siapa. Butiran fakta itu yang penting sebagai pembuktian. Jika pembuktian dan fakta telah diselewengkandan telah berlaku miscarriage of justice, kes boleh di buka semula - tidak kira masa.

    Jika kes dibuka semula dengan memasukkan bukti bukti baru, penghakiman boleh berubah (dengan andaian proses penghakiman berlangsung tanpa campor tangan politik). Soalnya orang masih ragu dengan kebebasan kehakiman, walaupun Pak Lah berkali kali mengatakan sebaliknya. Akuan bersumpah Bala itu memang satu bala kerana ia sudah diumumkan kepada ramai. SAtu dunia sudah tahu dan kandungannya amatlah pekat dengan pelbagai pertuduhan yang mencemarkan nama baik TPM. Ia haruslah dihadapi melalui proses undang undang juga, tidak cukup dengan TPM hanya menafikannya diluar mahkamah.