Alamat blog

Pilihanraya Permatang Pauh, berlaku ketika Beras Padu baru dihidupkan semula.
Maka terpaksalah saya melihat gelagat blogawan mengemaskini blog masing-masing seberapa pantas yang boleh.

Awal pagi, Mutaligat sudah menceritakan tentang pengundi datang awal, dan Perayu undi main ejek-ejek.
Kemudian dia menceritakan tentang topeng Anwar yang tidak dibenakan pakai.

Tidak lama selepas itu Puan Emy pula membuat catatan dengan gambar kanak-kanak sedang main basikal memakai topeng Anwar.

Topeng Anwar tidak dibenarkan dipakai kerana takut kanak kanak hilang sehingga sukar dijumpaikah?

Kemudian ramai lagi yang menceritakan tentang Anwar sudah mengundi, ramai juga menceritakan tentang hujan sudah turun. Tidak ketinggalan yang menceritakan tentang daftar pemilih yang berbeza.

Kemudian Puan Emy membalas dengan "penjelasan"nya.

Mutaligat menceritakan tentang Perayu Undi BN yang longlai.

Selepas cerita hujan turun, maka ramai-ramai blogawan di Permatang Pauh mencerita kan tentang hujan sudah berhenti.

Kemudian Ada cerita pasal Bas, berapa banyak bas?
7?

Bila sudah hampir malam, Eyesdotcom yang mengatakan majoriti setakat ini adalah 10k.

Penat saya cuba buat ringkasan.

Walaubagaimanapun Pemenang bagi kategori Catatan Blog Terbanyak ketika PRK Permatang Pauh ialah Tukar Tiub. Lihatlah bagaimana dia mengatasi pencabar - pencabarnya :-



sebol@ubuntu-sebol:~$ lynx --source http://localhost/ | grep tukartiub| wc
25 404 12856
sebol@ubuntu-sebol:~$ lynx --source http://localhost/ | grep mi1| wc
18 377 11432
sebol@ubuntu-sebol:~$ lynx --source http://localhost/ | grep edyesdotcom| wc
17 319 10899
sebol@ubuntu-sebol:~$ lynx --source http://localhost/ | grep zul4kulim| wc
13 230 7012
sebol@ubuntu-sebol:~$ lynx --source http://localhost/ | grep mutaligat| wc
7 251 4960
sebol@ubuntu-sebol:~$ lynx --source http://localhost/ | grep emy| wc
6 168 4124




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. Tanpa Nama // 27 Ogos 2008 pada 3:23 PG  

    fuh..ko host beras padu kt umah ke aper ni? hehe...

  2. Tanpa Nama // 27 Ogos 2008 pada 7:16 PG  

    nak hos beras padu gak boleh?

  3. Hasbullah Pit // 27 Ogos 2008 pada 8:39 PG  

    |1f34|-|1r3

    Haah Kat rumah.
    PC yang aku pakai ni

  4. Tanpa Nama // 27 Ogos 2008 pada 9:22 PG  

    Blog tukar tiub tu, dari pagi asik refresh je...

    updatenya mmg terkini.

  5. Tanpa Nama // 28 Ogos 2008 pada 7:01 PG  

    owh. beras padu tue mcm latest artikel ek? cam best je. kalo wordpress nk guna plugin ape ek? ade ide x bro?

  6. aizam // 28 Ogos 2008 pada 11:33 PG  

    bang saya tak berapa faham tentang 'Trackback' boleh terangkan sket tak tentang apa itu trackback dan sy dapat tahu ia ada kaitan dengan SEO (Search engine optimizing)

  7. merapuman // 28 Ogos 2008 pada 12:40 PTG  

    adakah beras padu dan beras terpilih tu kau gunakan kaedah yang sama?