Alamat blog

Akta DNS untuk Raja Petra?

8/28/2008 01:14:00 PTG | , ,

Bang Bakaq cukup bersemangat menentang akta DNA. Akta DNA itu, dikatakan untuk mengenakan Anwar. Saya belum kaji lagi Kandungan Akta DNA itu jadi saya tidak ulas apa-apa.

Kini Malaysia-today.net pula kena blok, tetapi hanya pada pengguna pelayan DNS tertentu.

Malaysia-today.net kena blok, Tak fasal-fasal , OpenDNS dapat publisiti. Saudara Sicksand juga turut mengiklankan OpenDNS ketika bercerita tentang pemblokan Laman Web Malaysia-today.net.


btw, i am using opendns.

Saudara Danesh juga memperagakan IP OpenDNS apabila menceritakan Laman Malaysia-today.net

openDNS (208.67.222.222 / 208.67.220.220) and other DNS servers got it right so use them to get onto Malaysia-Today .



Bagaimana kalau semua rakyat Malaysia menggunakan OpenDNS? Tak dapatlah SKMM atau pihak lain blok guna cara DNS.

Ketika sibuk dengan akta DNA, tak mustahil kalau pihak tertentu membentangkan Akta DNS, yang mewajibkan semua orang menggunakan pelayan DNS kebangsaan.

Kepada para pentadbir sistem atau separa pentadbir sistem (pengusaha kafe siber, penyedia perkhidmatan wifi), boleh letakkan IP OpenDNS supaya digunakan secara automatik secara DHCP oleh pengguna-pengguna anda.

OpenDNS home

208.67.222.222
208.67.220.220





Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Tanpa Nama // 28 Ogos 2008 pada 4:42 PTG  

    patutlah saya lihat woopra saya traffik banyak dari saudara sebol. terima kasih. harap2 tidak diblok pula opendns. cc saya pakai opendns.

  2. Tanpa Nama // 28 Ogos 2008 pada 11:08 PTG  

    takpayah opendns

    masuk sini http://mt.harapanmalaysia.com/

  3. Tanpa Nama // 29 Ogos 2008 pada 1:20 PTG  

    bukan payah pon diorang nak block dns ni...diorang set kt dns server diorang untuk resolve malaysia today pegi localhost atau satu IP yg xwujud...tros xleh masuk ler..aku penah jaga server maxis dulu...hehe

  4. Hasbullah Pit // 29 Ogos 2008 pada 2:14 PTG  

    1f34|-|1r3 :

    Zaman aku jaga server dulu, DNS ditetapkan secara manual , IP pun manual,

    jadi memang boleh ubah.

    Agak pelik juga , dia block guna dns tak blok guna routing atau apa2 yg melibatkan paket.