Alamat blog

Kelakar Juga Shahrir Samad

8/02/2008 02:25:00 PG | , ,

Dulu semasa dia nak umumkan "pengstrukturan subsidi" , saya mati-mati kena ingatkan ianya akan dilakukan pada bulan 8. Puas saya menunggu pengumuman, akan tetapi rupanya harga minyak dinaikkan pada pengumuman itu.

Andai kata Shahrir Samad betul-betul tahan sampai bulan 8 baru nak diapungkan (atau apung-30sen), harga minyak tidak sampai RM 2.70.

Kita dah jimat beberapa bulan bertikam lidah, berdemonstrasi, berdebat dan lain-lain.

Kerajaan berjimat duit subsidi dalam beberapa bulan ini? (ketika harga tetap RM 2.70)

Yang bayar rebet itu bukan kos tambahan? tampalan subsidi sana sini itu bukan kos tambahan?
Kerajaan persekutuan tidak berjimat pun atas kenaikan ke paras RM 2.70.
Hanya pembaziran tenaga manusia.

Saya sudah kata, ada beberapa perkara harus dilakukan sebelum pengapungan.




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. Tanpa Nama // 2 Ogos 2008 pada 8:01 PG  

    Nak buat bagaimana. Tak ada 'political will' pada tempat yang sepatutnya. Asik-asik lewat,lewat.
    Saya pun seperti bro sebol, sedar tentang kelebihan jika RM ditambat pada emas. Selain daripada 'political will' dan untuk menjaga 'kepentingan' pengeksport Malaysia, tak berapa pasti, punca-punca lain kenapa langkah tersebut tidak diambil. Mungkinkah Malaysia terlalu miskin untuk menambahkan rizab emas? Apa yang pasti, rakyat Malaysia menanggung azab kesan penurunan nilai matawang.

  2. Tanpa Nama // 2 Ogos 2008 pada 8:46 PTG  

    dulu shahril samad nampak lebih geliga dari sekarang.

    sayang sekali