Alamat blog


Saya baru pulang dari Putrajaya, selepas berjumpa dengan Shahrir Samad, di atas tiker persatuan (bukan tiket PAS).

Jadi nak utarakan permasalahan rakyat susah sikit, kerana persatuan nak "berterima kasih" ke atas komisyen. Jadi saya diam sahajalah dalam sesi persatuan dengan Shahrir Samad.

Jadi selepas tamatnya perbincangan persatuan dengan shahrir samad, maka bolehlah saya bawa agenda rakyat kepada dia.

Saya katakan kepada dia,kenapa tidak selesaikan masalah kenaikan harga minyak pada puncanya?
Shahrir kata: apa puncanya?
sebol: Nilai Matawang.
Pada mulanya dia mengatakan memang ringgit meningkat tidak lagi terikat dengan 3.80

Saya pun menerangkan bahawa ringgit memang dibawah nilai. Nilai ringgit yang kita hanya 40% daripada nilai ringgit kita sebelum krisis 1998. Itu punca utama kenaikan harga minyak.

Dia bersetuju juga nilai riggit sepatutnya pada kadar kurang dari RM 250 1 USD.
Tapi dia kata ada polisi yang mahukan nilai ringgit rendah supaya barangan eksport murah.

Saya pun balas balik, bila nilai ringgit rendah, bahan mentah jadi mahal, serupa juga.

Saya bagitau dia, sekarang masa terbaik untuk lakukan sesuatu pada nilai matawang.
Saya tak nyatakan sebab kepada dia kerana dia ada hal lain.

Sebabnya ialah , sekarang masanya nilai dollar agak tinggi dan harga komoditi agak rendah (buat seketika), jadi kalau nak tambat sebahagian ringgit kepada emas, sekarang inilah masa yang sesuai.

Jadi, Shahrir Samad adalah menteri KPDN yang kedua yang saya telah maklumkan bahawa punca kenaikan harga minyak adalah nilai matawang. Sebelum ini saya sudah beritahu Shafie Afdal.


Mahu terima tak mahu terima, saya dah utarakan cadangan penyelesaian masalah rakyat ke peringkat tertinggi.

Populis atau tidak? cadangan menilai semula ringgit adalah cadangan yang paling tak populis.

Tapi hasilnya akan menjadi begitu populis kalau harga minyak tanpa subsidi berada di bawah RM 2.00.
Kalau nilai Ringgit berada pada tahap 1USD = RM 2.30, bukankah harga minyak akan berada pada lingkungan RM 1.50?

Kepada Datuk Shahrir, sila usahakan supaya nilai matawang dikaji semula, tekan sedikit Kementerian Kewangan dan Bank Negara.




Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. Jie // 14 Ogos 2008 pada 9:05 PTG  

    bagus ni...

    PRU13 kita org undi encik sebol
    tak payah tunggu yg ke-13 kot, mana tau ada lagi pilihanraya kecil

  2. Tanpa Nama // 14 Ogos 2008 pada 10:12 PTG  

    Ini baru muqabalah!

    Sokong sebol, sokong kujie. :)

  3. Tanpa Nama // 15 Ogos 2008 pada 12:05 PG  

    hey good job.
    anyway, i agree that the fuel price appears to have jumped so dramatically cos of the link to the USD.
    a pal from the oil + gas industry told me that the price increases in EURO is much less.
    USD is falling, falling, falling...
    i will be at the muktamar tomorrow. hope to catch you there. =)

  4. Tanpa Nama // 15 Ogos 2008 pada 3:56 PG  

    rakyat malaysia vs pengeksport = 0-1

    Rakyat berkorban untuk kerajaan, rakyat juga berkorban agar masyarakat dunia mendapat barangan buatan tempatan dengan harga yang murah.

  5. Tanpa Nama // 15 Ogos 2008 pada 11:56 PG  

    Mungkin cadangan saudara sebol ni ada baiknya dan logiknya. Tapi saya rasa masih ada lagi faktor-faktor lain yang menyebabkan cadangan saudara tidak diterima atau sekurang-kurangnya akan dipertimbangkan.

  6. Tanpa Nama // 19 Ogos 2008 pada 5:28 PTG  

    bulla aka dassayev.....
    aku setuju dgn cadangan hang
    tu , tp mslhnya kt pny pemimpin
    & konco² dia tu yg patut
    diturunkan skali....

    toyol