Alamat blog

Sajak untuk Bang Bakaq

8/08/2008 11:19:00 PG | ,

Sajak untuk Bang Bakaq / Pak Bakaq / Penarik Beca oleh "Tanpanama" yang komen di sini.



Pak Beca! Pak Bakaq Penarik Beca!
Apa postingmu?
Kamu tak tahu di mana harus bermula.
Mereka sumbat kamu ke dalam liang lahat yang gelap.
Tanpa hidayah.Tanpa terang cahaya. Tanpa alamat.
Ada haba. Tak ada angin. Tak ada jendela.Tak ada jamban.
Terpenjara.Tersiksa.
Terpelosok dengan hanyir darah luka penjenayah
Malam nanti,tidor di tilam konkrit,kawanmu beratus-ratus nyamuk helikopter.
mengacau mimpi memeluk isteri tercinta
Tak tahu kapan tong besi akan terbuka.


Pak beca! Pak Bakaq beca!
Apa postingmu hari ini?
- Ketika haus aku minum dari ludah bangsa.
Sambil bercanggung aku mengharungi waktu bebas dari dari siaran media
Aku dipeluk oleh jembalang tidak berupa.
Tidak serupa manusia.Tidak bernama.
Aku mengaji di sini. mengasuh memupuk memujuk jiwaku yang meronta.

Pak beca! Pak Bakaq Penarik Beca!

Di setiap simpang meradang anjing dan musang.
Kamu terkurung dalam kotak kaca
Para pengadu meludahi kamu dari mimbar putrajaya.
Mulut kamu digam .
Kamu dikutuk dan disalahkan.
Tanpa belas kasihan.

Pak beca! Pak Bakaq Penarik beca!
Nasi bungkus ikan masin togey rebus
disorong dengan sepatu ke depanmu.
Pak Bakaq beca, apa postingmu?
-Kebenaran adalah bulan.
Keadilan adalah bingtang.
Ketaqwaan menjadi Alam.
Dan perjuangan adalah keberanian berkorban.




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Tanpa Nama // 8 Ogos 2008 pada 12:14 PTG  

    Sebol,salam Jumaat.Tak sangka sdra ada kat Bkt Perdana ritu.Tidak boleh pekena ayap kopi kat Bank Negara.JSK ni just beside kantor tempat saya bertugaas. Seingat saya hujan melebat semalam.Tentang Bakaq my senior kat Sek Men King Edward V11,Taiping.Budak hostel.Memang popular juga dia masa sekolah dulu.Disamping seorang pemain ragbi yg digeruni beliau juga se org pelajar yg sering menang dlm sayembara utk majalah "The Edwardian".Student from 19972-1976.Karya nya dr genre puisi,cerpen dan rencana terpampang setiap tahun.Di zaman nya KE V11 mencatat sejarah mengalahkan KOlej Vajiravud dr Bangkok.Pada tahun yg sama menjuarai sukan ragbi dlm MSSM.Seingat saya beliau pernah aktif dlm PAS di masa Ustaz Nahkaei Ahmad.Teman2 beliau tika itu ialah sdra Malik Hussin,Redhuan Daniel Onn dan Wan Azman.Saya terimbau kegigihan mereka memperkenalkan CCC dlm PAS.Program mereka di Chinese Assembly Hall next to DBP pernah mendapat liputan Asiaweek masa tu.Tujuan saya catatkan beberapa perkara diatas supaya aktivis PAS masakini jgn meremehkan khidmat dan sumbangan mereka yg dulu. Rio.

  2. Tanpa Nama // 8 Ogos 2008 pada 1:19 PTG  

    Saya yakin Pak Bakaq ditangkap ada sebabnya. Pihak polis takkan tangkap beliau jika tiada sebab. Dalam mana-mana negara pun kalau kita menghina polis, memang kita akan diambil tindakan, lebih-lebih lagi jika ianya berupa hasutan... So, biarkan pihak yang berkuasa menjalankan siasatan terhadap beliau...

  3. Tanpa Nama // 8 Ogos 2008 pada 2:37 PTG  

    Dengar cerita Pak Bakaq ditangkap disebabkan dalam blog beliau ada lambang polis yang diubahsuai. Beliau juga menuduh polis ada hubungan dengan genster. Ni kes berat ni.. Jangan buat tuduhan tanpa bukti dan asas yang kukuh.. Nanti memakan diri...

  4. jebatsari // 9 Ogos 2008 pada 12:13 PG  

    kecuali perkataan luda, sajak itu - walapun intipatinya bagus sekali, sungguh mengecewakan dari sudut estetika.