Alamat blog

Saya membaca maklumbalas sheih (Kickdefella) apabila dikatakan Evil oleh PakLah.

Akan tetapi yang menghairankan ialah pemberhentian pekerja stesyen minyak dijadikan alasan.

Apapun, apa yang saya faham, perlaksanaan sistem layan diri sebenarnya telah diadakan sejak tahun 2001. Akan tetapi tidak dikuatkuasakan sangat oleh KPDN.

Yang nak sangat mengadakan sistem layan diri adalah PDAM, persatuan Pengusaha Stesyen Minyak yang terdiri pengusaha pelbagai jenama.

Apabila harga minyak dinaikkan menjadi RM 2.70, ramai yang mengeluh kerana peratusan komisyen menjadi terlalu rendah. Pekerja pula ramai. Bukan pengusaha yang nak sangat ramaikan pekerja , tetapi syarikat minyak yang paksarelakan pengusaha ramaikan pekerja berada di "forecourt".

Shell kata pada pengusaha shell, "Kau Tengok, PETRONAS boleh letak ramai orang, kau letak la ramai lagi".

PETRONAS pun kata macam tu, "Shell boleh letak ramai, kau letaklah lebih ramai"

Memang nampak macam "persaingan sihat", tapi bukan syarikat minyak yang bayar gaji, tetapi pengusaha yang bayar gaji.

Pada krisis kenaikan harga minyak yang lalu, apabila komisyen tidak dinaikkan serta merta PDAM minta macam-macam untuk kurangkan kos. Antaranya ialah mengurangkan waktu operasi, minta kurangkan caj kad kredit, dan sistem layan diri.

Tapi PDAM tak minta wajibkan pembuangan pekerja.

Amalan yang dicadangkan kepada pengusaha ialah tidak menggantikan pekerja yang berhenti, bukannya memberhentikan pekerja sedia ada.

Di Stesyen minyak kebiasaannya "turn over" pekerja adalah tinggi, kerja 2,3 bulan, ada yang tak sampai satu bulan.

Pekerja-pekerja yang macam itulah yang tidak digantikan dengan pekerja baru.

Sepatutnya tiada pengusaha yang memberhentikan pekerjanya hanya kerana sistem layan diri.

Sheih, Pengusaha mana yang berhentikan pekerjanya?
Beritahu saya.

Apabila komisyen dinaikkan sedikit, walaupun masalah caj kad kredit belum selesai, sepatutnya pengusaha boleh berasa lega sedikit dan tak perlu buang pekerja.

Di Merlimau, ketika harga minyak naik, cukup ramai pekerja yang mendapat tawaran belajar di IPTA, Alhamdulillah. Sampai tak cukup pekerja dibuatnya. Gantikan pula dengan yang baru, ada yang kerja tak sampai seminggu kerana sudah dapat kerja yang sesuai dengan kelulusannya.




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Tanpa Nama // 21 Ogos 2008 pada 7:50 PG  

    Baca juga entri dia...tapi memang tak faham kaitan bendera dgn pekerja stesen pam.

    p/s.. tak nak pasang bendera kt blog ke En.Sebol... Kak Jie akan pasang bendera setiap entri sehingga 31/8/2008.

  2. Tanpa Nama // 21 Ogos 2008 pada 12:36 PTG  

    Memang ini merupakan tindakan yang paling bodoh sekali yang pernah saya tengok selama ini. Tindakan membalikkan bendera hanya kerana PDAM? Haha. Tidak bersikap patriotik langsung. Bendera itu milik rakyat, bukan milik PDAM. Buat malu orang malaysia saja orang seperti sheih ini.

  3. Tanpa Nama // 21 Ogos 2008 pada 5:53 PTG  

    akoo sokong segala ape ko cakap. blogger yg terbalik bendera dgn alasan PDAM da silap acuan. kalo masuk court, ape benda dia nak bentang. nak suh oil n gas nye company saman dia orang? buat kije tanpa usul periksa? haaa. fikir dulu sblm tulis kan. salute ko!

    p/s: penyokong2 yg terbalik bendera plak ape alasan? hehe.

  4. Tanpa Nama // 22 Ogos 2008 pada 12:04 PG  

    Tuan Sebolku,
    Ini kerja terbalik bendera hanya berlaku di alam siber bukan di luar sana. Pedulikanlah, mau terbalikkah apakah. Lagipun ia bukanlah menghina, sebaliknya ia satu code atau mesej kecemasan. Tu yang di alam luar sana, apa punya manusia letak bendera di kereta sebagai pelapik bonnet? Yang bendera kecil tu banyak yang jatuh di atas jalan bersepah sepah bila hujan - kenapa tidak tegur. Sarkas betul!

  5. Cikli // 22 Ogos 2008 pada 4:29 PTG  

    Bendera PAS terbalikkan tujuh lapan kali pun tetap sama. Kelebihan bola ping pong.