Alamat blog

Daripada catatan lama saya tentang "Mekanisme Pengesanan Pautan", ianya lebih kepada mengenalpasti siapa yang membuat pautan kepada sesuatu catatan,

Pengguna blogger beruntung kerana blogger.com menyediakan linkback.

Walaubagaimanapun, sekiranya pengguna blogger membuat pautan ke wordpress (yang menggunakan Trackback), blogger tidak boleh ping ke wordpress, melainkan guna cara manual yang saya pun belum jumpa.

Cara tambahan untuk mengesan siapa yang membuat pautan ke blog anda (termasuk wordpress) ialah menggunakan jentera carian.

1. Masuk blogsearch.google.com kemudian cari "link:hamirdin.blogspot.com"

Cara diatas hanyalah untuk mengesan pautan daripada catatan blog.
Adakalanya pengunjung masuk daripada pautan yang dibuat diluar kandungan blog, sebagai contoh dari pautan di bar tepi, pautan di laman web lain.

Kita hanya dapat tahu apabila orang masuk.

Ada banyak cara untuk mengesannya, tak dapat nak diterangkan semuanya kecuali cara yang saya suka guna atas sebab mudah.

Extreme-tracking

Sejak 10 tahun yang lalu saya peminat extreme-dm.com sekarang ini sudah jadi extremetracking.com
tutorialnya ada di sini

Statistic Installation Manual




Zaman sudah berubah, ramai orang sudah gunakan google-analytic, tapi saya tetap sukakan extremetracking.

Google analytic lebih terperinci, boleh kesan daripada mana orang masuk bagi setiap catatan.

Zaman berubah lagi, pengguna lebih sukakan sesuatu yang pantas, maka feedjit menjadi penyelesaiannya.
Masuk sahaja di feedjit.com untuk mendapatkannya. (klik pada Add it di LIVE TRAFIC FEED")
Feedjit live traffic lebih sesuai untuk trafik semasa sahaja. Kelebihannya kita boleh nampak daripada mana seseorang itu terus ke halaman mana. ATAU dari laman kita yang mana satu dia klik ke laman lain.

Ada beberapa aplikasi yang bukan khusus untuk statistik, tetapi boleh menyiarkan statistik.

Mybloglog.

Mybloglog sebenarnya bukan untuk statistik tetapi ia mempunyai ciri statistik, dimana setiap hari, selepas pukul 5 petang, kita boleh lihat daripada laman mana orang masuk pada sesuatu hari.
Laman mana yang paling popular hari ini (daripada 5 petang semalam hingga 5 petang hari ini)

Sekiranya anda telah mempunyai akaun mybloglog dan telah menambah laman blog di situ, Klik "statistics" dan boleh dapat statistik harian. Maklumat ringkas berikut disediakan.
Pada tempoh itu:
1. daripada mana ramai orang masuk,
2. laman mana paling popular, dan
3. kemana orang klik.




Agensi pengiklanan seperti Nuffnang juga menyediakan statistik,







Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. Tanpa Nama // 18 Ogos 2008 pada 8:06 PG  

    Encikkk....

    Unfortunately we closed down our sales in Malaysia. - Extreme-tracking

    Rasanya hampir 6 bulan telah ditutup untuk pengguna baru dari Malaysia.

  2. Tanpa Nama // 18 Ogos 2008 pada 9:23 PG  

    boleh guna proksi luar negara

  3. Tanpa Nama // 18 Ogos 2008 pada 11:44 PG  

    blog ak tk ramai mane

    pakai nuff je

  4. emy // 18 Ogos 2008 pada 12:29 PTG  

    haaa...bab mybloglog ni saya memang tak paham..dah ada akaun tapi camana ntah nak buat pada blog..ala macam ada ramai muka2 pengunjung kita tu... saya pernah buat tapi jadi lain... pls ajar in detail sdra sebol.. tq

  5. Hasbullah Pit // 18 Ogos 2008 pada 12:34 PTG  

    Puan emy:

    Untuk kes awak sudah hampir OK. cuma...


    1. Tak letak suapan RSS dia mybloglog.
    sila masukkan ni
    http://emysamsudin.blogspot.com/feeds/posts/default

    2. Tak letak wiget mybloglog di blog, memanglah dia tak boleh paparkan statistik.

    kalau nak letak, jangan letak yang versi baru, ia berat.
    letakkan versi lama.

  6. Tanpa Nama // 19 Ogos 2008 pada 2:28 PG  

    pasal live traffic feed tuh...

    tak penah lagi jumpa yang leh detect ip secara tepat kalau guna router, tambah lagi... sekarang ramai je guna wireless network... lagi lah...
    setakat trace dari laman mana... tu leh saja samada taip terus address, atau datang dari blog sesiapa....

    kalau komen, pakai haloscan pun bagus... sekurangnya ada no ip, dan buleh dipadam, edit juga...

  7. Hasbullah Pit // 19 Ogos 2008 pada 7:47 PG  

    Tanpanama:

    Tutorial ini lebih kepada daripada laman mana dia masuk, berbanding lokasi fizikal.

    memang sukar nak tahu kalau dia duduk dibelakang proksi, atau apabila dia guna telefon sony ericsson, dia akan kelihatan seperti dari norway,

    Tapi kalau seseorang itu masuk dari blog penarik beca (contoh), tak kisahlah daripada mana lokasi fizikalnya, kita tetap boleh tahu dia masuk dari blog penarik beca.