Alamat blog


Sempena hari kemerdekaan ini, mari kita sedekahkah Al Fatiha kepada Bapa Kemerdekaan kita iaitu Dr Burhanudin Al Helmy.

Akan menjadi acara tahunan bagi blog ini untuk menonton video 10 tahun sebelum merdeka.

SILA KLIK SINI


Sebagai tambahan, mari dengar lagu oleh black.




Memang sedih mendengar lagu itu, kalau benar anda menghayati perjuangan kemerdekaannya.

Paling menyedihkan apabila Saudara Mujahid menceritakan tentang Dr Burhanudin Al-Helmy yang mencerita "dibunuh" UMNO pada satu ceramah di Kampugn Sebatu sepentas dengan Saudara Damian Yeo.

Mujahid kata Dr Burhanudin Al-Helmy dulu ketika ditahan ISA, dia terlalu malu untuk kencing, walaupun disediakan tandas, tetapi ia agak terbuka sehingga dia tahan untuk kencing. Akhirnya setelah keluar, dia sakit akibat terpejara. Dan meninggal dunia atas sebab itu.

Dialah Bapa Kemerdekaan kita. Kenapa UMNO buat macam itu kepada dia?

Mungkin orang UMNO akan kata

"Aku tak mahu ambil tahu, apa yang awak tahu dan faham tentang perjuangan Dr Burhanudin Al-Helmy".

Menurut Ali Bukhari Amir, Dr Burhanudin Al-Helmy bapa kepada perpaduan Melayu (salinan),

Jadi saya isytihar, saya pun tidak tahu. Bagaimanapun, Allah membangkitkan seorang putera Melayu berdarah campuran Arab dan lain-lain bangsa dalam tubuhnya yang dinamakan sebagai Dr Burhanuddin al-Hulaimy sebagai insan pertama menyeru ke arah perpaduan Melayu itu di Persekutuan Tanah Melayu dan Onn Jaafar itu orang kedua.

Jadi, PKMM adalah parti pertama melalui al-Hulaimy yang menyeru ke arah perpaduan 'baka-baka' Melayu dan Umno adalah parti kedua melalui Dato' Onn Jaafar yang menyeru hal yang sama di Persekutuan tatkala mereka mula tuntut merdeka daripada Empayar British.

Hujah dan bukti saya bersandarkan novel Tulang-tulang Berserakan karya Sasterawan Negara Usman Awang yang mana beliau menukilkan sendiri pantun itu ketika beliau menghadiri rapat umum PKMM pada tahun 1945.

Di atas robohan kota Melaka
Kita bangunkan jiwa merdeka
Bersatulah Melayu segenap baka
Membela hak keadilan pusaka.

Umno yang ditubuhkan pada 1946 hanyalah 'penciplak' idea al-Hulaimy melalui pantun kemerdekaan yang menyeru ke arah perpaduan seluruh 'baka-baka' Melayu itu.




Akan tetapi takrifan melayu dia tidak boleh difahami oleh orang UMNO.

Dr Burhanuddin Al-Helmy mahu mentakrifkan semua rakyat Tanah Melayu sebagai melayu, dia sendiri berkata,

Dalam buku Falsafah Kebangsaan Melayu (1954) beliau telah menulis:
"Kita hendak mendirikan negara kebangsaan Melayu di atas dasar kebangsaan, menurut keadilan dan kemanusiaan yang luas dan sama berhak dan adil, bukan sekali-kali kebangsaan yang sempit, jauh sejauh-jauhnya dari berbau perkauman dan perasaan kolot dan kuno."

Pada Perlembagaan Rakyat yang juga dipersetujui oleh Tan Cheng Lock, Semua Rakyat Malaya adalah melayu. Ali, Ah Kau, Ramasamy semuanya melayu. Satu Bangsa, Satu Bahasa, etnik/kaum dan agama lain-lain.

Orang UMNO tahun 2008 boleh faham apa yang Dr Burhanuddin Helmy nak sampaikan pada tahun 1954? Mungkin tahun 2054 baru mereka faham.

Almaklumlah sikap "Aku tak mahu ambil tahu, apa yang awak tahu dan faham tentang..." masih berleluasa.

Apa yang Dr Burhanuddin Helmy Maksudkan sebagai "kebangsaan" adalah "nasional" bukannya "perkuaman" atau "racial".

"Bangsa Malaysia" yang sering dilaungkan oleh blogawan tempatan itu samalah dengan"Bangsa Melayu" takrifan Dr Burhanudin Helmy.

Cuba bezanya, pendokong "Bangsa Malaysia" menulis blog dalam Bahasa Penjajah, tak menggambarkan "Bangsa Malaysia". Bangsa Malaysia, Bahasa Malaysia.
Saya ungkapkan dengan tegas.

"Jangan bicara tentang Bangsa Malaysia kalau tidak Berbahasa Malaysia".

Bangsa Melayu , Bahasa Melayu. Bukan cerita tentang etnik melayu, tetapi sebagai orang yang berbahasa Melayu duduk di Tanah Melayu. Itu yang Dr. Burhanuddin Helmy mahukan.



















Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. hashim habeed // 31 Ogos 2008 12:39 PTG  

    Tadi saya sempat menonton Astro Prima Rancangan GAme Show Teksi Tunai compliation soalan soalan bertema Malaysia.

    Amat malang sekali bila hos Bob Lokman bertanya soalan kepada salah seorang peserta berbangsa Melayu " Siapakah Perdana Menteri sebelum Tun mahadir. Pemuda tersebut dengan kawannya terkial kial mencari jawapan akhirnya terpaksa menelipon kawan untuk mendapat jawapan.
    Sedangkan anak saya yang darjah 1 boleh mengingati semua nama PM sehingga sekarang.
    Bukan niat saya mengatakan anak saya pandai jauh sekali riak, Tetapi sebagai seorang Rakyat Malaysia Apakah ertinya MERDEKA sekiranya kita sendiri tidak mengetahui sejarah bekas pemimpin Malaysia. Jauh sekali mengingati nama nama seperti Tun Dr Ismail, Burhanudin Helmi, Onn Jaffar dll yang nama mereka tidak begitu glamour di media atau akhbar.,,

  2. Hasbullah Pit // 31 Ogos 2008 12:49 PTG  

    Kalau aku masuk teksi tunai, aku pun kena guna talian hayat kalau dia tanya Siapa Bapa Kemerdekaan.

    "Nak jawap Burhanudin Helmy atau Tunku, kalau Jawap Burhanudin Helmy, tak menang 10,000"