Alamat blog

Apabila LanH Menjual Pantun

9/16/2008 02:34:00 PG |

Saudara LanH, menjual pantun di dalam blognya.

Puas sudah kutanam padi,
Lalang juga memenuhi ladang,
Puas sudah kutanam budi,
Emas juga dipandang orang. 

Sekali pandang, pantunnya itu seolah-olah memperkatakan, bagaimanapun bentuk matawang yang ada, Emas juga akhirnya yang bernilai.

Akan tetapi "Emas" yang dimaksudkannya ialah bukan emas, akan tetapi sesuatu yang tidak elok, tetapi tetap dikejar oleh manusia

Jemput baca penulisan berkualiti oleh LanH
Puas sudah kutanam budi...


Maka saya jawap pantun itu....

Walau lalang memenuhi ladang,
Tetap terus menanam padi
Jika emas dipandang orang,
Gunakan emas untuk berbudi.




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. Zubli Zainordin // 16 September 2008 3:02 PG  

    Lapar lah, kat mana ada orang jual pantun?

    Boleh beli ke? Saya ada emas 916!

    Cabutlah Lalang Tanamlah padi
    Suburnya Ladang Bukan Kepalang
    Emas dipandang tetap berbudi
    Pemimpin berganti negara gemilang

  2. Aapai // 17 September 2008 12:56 PTG  

    dari lalang jadikan padi

    keluaran hasil berkodi kodi

    bila gunakan emas untuk berbudi

    lama kelamaan tergadai harga diri

  3. Zubli Zainordin // 17 September 2008 1:37 PTG  

    Usah digadai harga diri
    Dengan emas mahupun padi
    Hidup mulia hiasilah diri
    Beras padu tempat diskusi