Alamat blog

Ramai yang suka harga minyak turun, termasuklah Shahrir Samad.

“Saya memang seronok melihat harga minyak di pasaran dunia turun, walaupun dijangka adanya kekangan berikutan masalah Gustav dan politik di Eropah dan sebagainya.

“Saya tidak boleh ramal tapi harapannya macam yang lain. Tetapi alhamdulillah nampaknya harga minyak di paras yang stabil dan saya harap ia akan berterusan stabil dan menurun sedikit supaya kita dapat pula satu berita baik sebelum hari raya.

Kalau kita lihat dalam 2 bulan sebelum ini, semua harga komoditi turun, Minyak, Emas, itu ini.
Saham juga kebanyakan turun.

Hai, kalau semua turun apa yang naik?


Jawapannya ialah USD.
USD cuba bangkit dari kejatuhan berterusan sejak lebihkurang setahun yang lalu, Dan ini menyebabkan banyak harga turun.

Sampai bila dia hendak turun?
Mari lihat carta USD berbanding euro.


USd telah naik melebihi purata 200 harinya berbanding euro. Menunggu masa ia akan tergolek, paling kurang ia akan berada pada tahap warha hijau (purata 200 hari).

Sekiranya USD akan tergolek pada tahap purata 200 hari, ianya lebih kurang pada nilai ketika mac 2008.
Harga minyak dunia akan ikut lebih kurang sama pada harga minyak dunia ketika mac 2008 dulu.

Mana bagus, USD rendah atau tinggi?
Bagi orang yang duduk di tempurung matawang yang terikat dengan USD, mereka akan bergembira apabila USD naik.
Bagi mereka "harga minyak turun".
Itulah Pemikiran orang yang duduk dibawah tempurung rigggit. Tak kira penyokong BN atau Pakatan Rakyat. Lebih kurang sama.

Bagi saya, harga minyak dalam USD yang tinggi adalah baik untuk negara-negara pengeluar minyak.
Pengukuhan dollar sementara ini hanya akan memberi peluang mereka memenuhkan tangki mereka sahaja.
Bila Dollar Tinggi, mereka boleh beli minyak dalam keadaan "dirt cheap". Baca, Pak Arab kena Tipu lebih 20 tahun.
Kini Pak Arab kena tipu beberapa bulan lagi.

Anwar sibuk belanjawan defisit atau tidak. Katanya tidak perlu defisit.
Kalau harga minyak dunia tinggi, maka tak perlu defisit.
Bagi saya, ketika mewah tak perlu defisit, ketika sukar, barulah defisit lebih.

Adakalanya saya kelakar melihatkan langkah-langkah Kerajaan Malaysia. Suasana berubah mengikut bulan ke bulan. Mengapa?

Belanjawan negara dibuat mengikut kalendar bulan 1 hingga 12.
Tahun kewangan PETRONAS berakhir pada mac. Penyata keluar dalam bulan 6.

Kebiasaannya apa yang kita lihat, Kerajaan seolah-olah risau tak cukup duit berdasarkan perolehan kerajaan yang lalu. Ketika belum nampak lagi berapa PETRONAS nak bayar, cepat-cepat dia akan risau melihat subsidi yang banyak.
Akan tetapi selepas keuntungan diumumkan, maka akan berlaku pesta 1 bilion sana, 1 bilion sini, 2 bilion sana 2 bilion sini.

Kalau hujung tahun berlaku banjir, mengelupur nak korek duit daripada mana, kerana setiap jabatan dah habiskan peruntukan. Nasib baik ada tabung khas.

Saya lebih suka melihat harga minyak dunia berada di paras yang sepatutnya iaitu dalam anggaran 125-130 USD, Tetapi ringgit mesti kukuh. Barulah kita boleh beli Petrol RM 1.40 tanpa subsidi.

Sebenarnya membanding kan USD dengan Euro untuk melihat kenaikan dollar adalah tidak berapa tepat, kerana polisi Euro tidaklah ketat sehingga tidak diinflasikan langsung.

Mari lihat carta, USD berbanding DOllar Australia pada tempoh yang sama.


Bagi saya, Dolar Australia hampir adalah wang kertas yang paling hampir dengan emas, kerana dia tak cetak berleluasa, dia kawal kredit betul-betul. Nampak ketara Dollar dinaikkan sebegitu rupa berbanding Dollar Australia.

Jadi apa anda perlu buat?
Kalau ada duit, beli emas sekarang.




Berpusing!!!!!!

9 komen

  1. Zamz // 4 September 2008 pada 12:05 PG  

    cuma curious sikit lah bila kerajaan melihat harga minyak turun dan harga petrol boleh diturunkan

    padahal ringgit pun menyusut jugak...

  2. Hasbullah Pit // 4 September 2008 pada 12:16 PG  

    zamz:

    Mereka melihat ringgit "stabil" kerana sering membandingkan dengan USD dalam kebelakangan.

    Tidak lari antara lingkungan RM 3.2 - RM 3.3 bagi 1 USD.

    Tapi mereka tidak melihat ringgi begitu jatuh berbanding matawang asing lain.


    Lihat carta ini


    Mereka merasakan "ringgit naik" berbanding 5 tahun lepas, kalau dibandingkan dengan USD.

    Hakikatnya Ringgit jatuh 20% berbanding australia dalma tempoh yang sama.

    Belum kita lagi berapa % Ringgit jatuh berbanding autralia sejak 1997?

    Nadlique, boleh dapatkan maklumat?

  3. Tanpa Nama // 4 September 2008 pada 1:12 PG  

    fuh..ko mmg mantap bab2 finance n kewangan ni..ko kije ape sebenarnya? hehe

  4. Hasbullah Pit // 4 September 2008 pada 1:56 PG  

    |1f34|-|1r3

    Calon Menteri Kewangan Zimbabwe

    hehe

  5. perjuanganku // 4 September 2008 pada 12:03 PTG  

    kalu semua dah turun bagus le.. satu aje comfom naik barang sulit kau..

  6. Tanpa Nama // 4 September 2008 pada 4:16 PTG  

    Dahsyat jugak En Sebol cerita bab turun naik ni..

  7. Tanpa Nama // 5 September 2008 pada 8:08 PTG  

    Mata merah tengok pasaran saham turun gila. Ramai yang rugi besar.

  8. Tanpa Nama // 5 September 2008 pada 9:29 PTG  

    Hehe bagus-bagus, bro sebol, satu ulasan yang baik..Tapi seperti biasa seperti sebelum-sebelum ini, saya akan komen..Tapi tujuan saya ialah bukannya nak mengkritik pandangan bro sebol, tapi just nak share ilmu,hehe bleh ek ?


    Sebenanye betul ape yg bro sebol cakap, tapi actual costing sebenarnya memang kerajaan boleh berjimat sekiranya harga minyak dunia terus jatuh.sebagai contoh,time last harga minyak di Malaysia diumumkan naik, harga minyak adalah USD 140 per barrel.Dan USD/MYR pada masa itu 3.2700,jadi lebih kurang RM 497.80 per barrel..Sekarang nih harga minyak dunia USD 107 per barrel, dan USD/MYR 3.35(rate sebenar pada hari ini),jadi bersamaan dengan RM 358.45 per barrel.Oleh sebab itu,sebenarnya kerajaan memang bleh berjimat sekiranya harga minyak dunia terus berada di bawah USD 110 per barrel.


    Seperti cerita-cerita saya sebelum ini,BNM sememangnya bleh masuk campur biler-biler mase saje yang diorang suka untuk mengukuhkan ringgit,kerana BNM mempunyai reserve dollar yang besar.Sekiranya USDMYR jatuh dibawah 3.2 dan harga minyak dunia di bawah paras usd 110 per barrel,maka kerajaan dapat berjimat banyak untuk mengurankan pemberian subsidi.


    Walaubagaimanapun,fundamentalnya sudah betul,harga minyak jatuh,USD akan melonjak naik.Reasonnya,US adalah pengimport minyak terbesar di dunia.Mereka terpaksa menjual USD yang banyak ke dalam pasaran untuk membeli minyak dibawa ke negara mereka.Lambakan USD dalam pasaran boleh menyebabkan harga USD menyusut.Jadi apabila harga minyak jatuh,mereka tak perlu menjual USD terlalu banyak ke dalam pasaran.Sekiranya tanpa lebihan supply,dan permintaan yg tinggi terhadap USD, USD akan "Short" "kekurangan" dalam market dan ditekan untuk dijual dengan mahal.


    Mintak ampun yer bro sebol,Bahasa Malaysia saya tunggang langgang, campur BI plak tuh,nak cepat type.Jangan marah,hehe.

  9. Tanpa Nama // 5 September 2008 pada 9:48 PTG  

    Lihat carta ini

    Mereka merasakan "ringgit naik" berbanding 5 tahun lepas, kalau dibandingkan dengan USD.

    Hakikatnya Ringgit jatuh 20% berbanding australia dalma tempoh yang sama.

    Belum kita lagi berapa % Ringgit jatuh berbanding autralia sejak 1997?


    Menjawab kepada persoalan di atas,sebenanya semua currency diniagakan/dibandingkan dengan USD bukan ringgit sahaja.Sebagai contoh,sekiranya RHB bank nak beli SGD untuk dijual kepada customernya,dia tak bayar dengan ringgit,die kene bayar USD kepada Bank Singapore untuk membeli SGD.Dunia kita memang telah ditune semua perdagangan adalah dalam USD.


    Memang AUD/MYR semakin kukuh beberapa tahun lepas,tetapi bukan disebabkan ringgit susut nilai,tapi AUD yang semakin gagah.Reason dia saya dah penah explain kot dulu,interest rate AUD yang tinggi.Walauubagaimanpun,sekarang nih AUD telah mengalami kejatuhan yang amat ketara,sehinggakan AUD/MYR hanya bernilai 2.6 (rate sebenar) sekarang ini.

    Walaubagaimanapun,saya bukan nadlique,tapi saya ada bace blog die,menarik juga,sunguh teruja saya melihat semakin ramai orang melayu mula berminat dengan finance,dan sesiapa yang ada ilmu tu kongsi-kongsilah..