Alamat blog

Telah diberitakan bahawa "The Fed" akhirnya bersetuju untuk "bail out" Fannie dan Freddie, 2 firma pinjaman yang sedang mengalami kegagalan demi kepentingan rakyat Amerika. Ianya sebanyak 200 bilion USD.

Di Amerika, bail out bukanlah satu proses dimana suatu dana diambil daripada sumber tertentu untuk diberikan kepada firma yang menerimanya. Mereka mewujudkan duit daripada tiada ke ada. Dalam erti kata lain, duit USD 200 bilion itu diambil daripada /dev/null.

Untuk orang kampung, dipendekkan cerita, Amerika cetak duit lebih.

Bail out yang begitu banyak  akan meningkatkan M3 Dollar Amerika.

Kalau siapa yang pernah baca blog ini, dia akan faham, kenaikan M3 Dollar Amerika akan menyebabkan kenaikan harga minyak dunia.Akan tetapi kenaikan itu bukanlah serta merta, kerana Amerika akan membiarkan satu situasi diamana duitnya banyak dan harga murah. baca: Pak Arab kena tipu lebih 20 tahun,

Lihat carta M3 USD berbanding harga minyak dunia.

 

Ramai yang berasa lega apabila harga minyak dunai dibawah USD 110. Namun bagi saya kelegaan itu adalah sementara kerana harga yang sepatutnya ialah 120,  itu pun pada sebelum bail out 200 bilion itu.

Ya, dia akan "sideway" atau "stabil" untuk sekian waktu, akan tetapi ia akan berada pada harga yang sepatutnya jua.

Apabila meningkatnya M3 USD, lambat laun nilai USD akan jatuh sedikit demi sedikit.

Sepatutnya, kalau dasar matawang kita baik, harga minyak dalam ringgit tidak akan naik apabila USD merosot.
Akan tetapi apa yang berlaku sekarang ialah, setiap kali M3 Dollar Amerika meningkat, kesannya harga minyak dalam ringgit juga meningkat.

Kalau harga minyak dalam ringgit hendak dikekalkan menggunakan "pengsubsidian", maka secara tidak langsung "Setiap kali Amerika mencetak duit, jumlah subsidi akan meningkat".

Sekiranya subsidi dihapuskan atau dikekalkan pada kadar 30 sen mengikut cara Shahrir Samad, maka harga minyak akan naik.

Harga barang lain akan naik, bukan hanya disebabkan harga minyka naik akan tetapi penurunan nilai ringgit yang sering mengikut USD, akibat daripada bail out Freddie dan Fannie itu.

Jadi apa kesudahannya?

Cara BN dan Cara Pakatan Rakyat kedua-duanya tidak dipersetujui oleh saya.
Orang-orang Pakatan Rakyat sering menyalahkn Harga minyak sebagai punca kenaikan harga barang, dan kemudian mempersoalkan kenapa harga barang tidak turun apabila harga minyak tidak turun.

Orang-orang BN, terlalu akur dengan "harga global" nya. walhal "harga global" yang diperhatikannya itu hanya dalam USD:


Walhal orang di Australia begitu bijak mengawal matawang sehingga hampir tidak menerima kesan kenaikan harga minyak.

Sudah cerita harga minyak, Harga emas apa halnya pula?
Apabila Bail Out itu berlaku, maka harga emas dalam USD yang sepatutnya akan meningkat.
Anggaran saya, Harga emas yang sepatutnya adalah dalam lingkungan USD 1200 tapi kini baru 800 lebih atau dalam erti kata lain Harga Tengah Cantik.




Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. Tanpa Nama // 9 September 2008 pada 5:30 PG  

    Wahhh...

    Dasat analisa lu Bro...

    Tak ter-imagine guaa...


    ROger

  2. Tanpa Nama // 9 September 2008 pada 1:19 PTG  

    Saya ingat penganalisa ekonomi mana tadi. Rupanya En Sebol rupanya. Dahsyatlah En Sebol kerana boleh merungkai fakta-fakta ekonomi. Kalau macam ni, boleh jadi penganalisa ekonomi je, tak payah jadi blogger dah...

  3. rastom // 9 September 2008 pada 1:55 PTG  

    akhirnya emas juga dipandang orang.....

  4. Tanpa Nama // 9 September 2008 pada 3:09 PTG  

    Have not really studied the situation in depth.

    But I generally agree that bad forex management contributed to imported inflation as oil is priced in USD.

    Someone in the oil + gas industry told me that in Euro, the hike is not so drastic.

    Happy Day + Selamat Berpuasa!

  5. ctkini // 9 September 2008 pada 11:31 PTG  

    bukan org-org Pakatan Rakyat saje.. bonda pon gitu pasal mmg dah trend dia. dok gitu? pasal management tu bab lain. laymen tgk input-output aje hak dlm black-box tu bior pomen betulkan. cheers

  6. Tanpa Nama // 19 September 2008 pada 10:58 PTG  

    money that existed from non productive sector (such as bond, securities etc) eventually becomes bubbles till then exploded into pieces.. the crises at the moment is not a sudden but accumulated effects from the financial system we are using today..