Alamat blog

Ulasan Saya di blog Teresa Kok. Detention is political

YB Teresa.

Selamat bebas dari Tahanan ISA. dan saya membantah penggunaan ISA terhadap YB.

Memandangkan YB tidak menafikan dakwaan ke 3 iaitu berkenaan Papan tanda Jawi.

Rakyat boleh menerima alasan pembaziran DBKL kerana ianya wang Rakyat.

Walaubagaimanapun, Bantahan terhadap pembaziran DBKL itu juga boleh dibuat dengan tidak mempersoalkan tulisan jawi yang ada pada Papan tanda itu.

Apabila tulisan jawi, warisan 700 tahun orang Melayu dipersoalkan pada bantahan itu, ia melibatkan sensitiviti kaum.

Oleh itu saya tetap menuntut YB Teresa untuk memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan mempersoalkan tulisan jawi walaupun ianya dilakukan untuk membantah pembaziran DBKL.

Sekian.




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Jed Yoong // 20 September 2008 2:58 PG  

    Maybe can ask Hatta Ramli or Khalid Samad for an explanation?
    Oh, Khalid has already explained on his blog.
    Hatta is also Teresa's good pal? Always seem them at protes2 one. Speculate only.

  2. Hasbullah Pit // 20 September 2008 3:52 PG  

    Khalid only knew about the issue after I've commented at previous post pointed to my blog post.


    His "Explaination" is actually a question.

    "Persoalannya mengapa DBKL setuju?" - Khalid

    When DBKL agreed?

    "richie" has explained this in Teresa Blog:-

    Papan tanda jalan yang sedia yang baru di buat tak sampai dua tahun diperbuat drp aluminium dan besi dan mudah dibaca sebab font dia besar. Kualiti dia memang bagus.

    Tanpa sebarang rundingan dgn penghuni, DBKL menukarnya dengan papan tanda baru plastic yang bermutu rendah. Tambah pula dengan tulisan Jawi, sudah kecil tulisan Rumi dan susah nak baca terutama waktu malam.

    Soalan pokoknya “Mengapa perlu tambah tulisan Jawi pada hal Bahasa Malaysia resmi adalah Rumi?”

    Berapa ramaikah penghuni Taman Seputeh yang fasih membaca Jawi? Tidakkah ini membazirkan wang rakyat.

    Lagipun, ini bukan isu semasa, dah selesai setahun lebih; Namun, isu ini diputarbelit oleh sesuatu pihak sebagai isu yang baru timbul.

    Papan tanda “Muhibbah” berbagai bahasa itu cuma untuk mengejek DBKL dan bukan cadangan yang serius. Cuma nak membayangkan - kalaulah nak tambah bahasa lain drp BM, gunalah bahasa yang ramai faham seperti Tamil, misalnya.



    but still, his explaination also questioning Jawi.

  3. beritamalaysiakini // 20 September 2008 8:34 PG  

    Isu Teressa Kok akan saman Kerajaan.

    Ia taktik sama semua pemimpin utama PR…Di Perak kena tangkap pun ugut nak saman, satu lagi ajaran songsang terbaru pembangkang malaysia PAKATAN RAKYAT..

    jika rakyat saman polis/bpr/jpj/ dan agensi penguatkuasa yang lain jika kena tangkap apa kes akan jadi ? lawyer juga yang akan untung samada menang atau tidak.

    Tentu Karpal Sing, Sivarasa dll akan senyum ke telinga jika perbuatan menyaman jadi amalan harian rakyat Malaysia. Dan tentu diutamakan saman ke atas kerajaan sebab kerajaan banyak duit !!!!! Yesss, duit rakyat..

    Bar Council lagi senyum gembira rasanya. Sebab ramai ahli akan semakin senang dengan bayaran guaman bagi ‘menyerang kerajaan dengan saman ‘ selepas sekian lama rakyat ‘disaman’ dengan berbagai saman saman yang berjuta ringgit semuanya - jumlah terkumpul.

    Bak kata Vincent Tan yang menang kes saman malunya tapi tak dapat duit walau habis berjuta : jika lu mahu saman cari orang boleh bayar saman. kalu tidak lu buang duit saja maaa..

    Nampaknya menyaman kerajaan memang sesuai dgn saranan vincent tan tadi. Teressa Kok menuju ke arah mengumpul kekayaan juta ringgit dengan menyaman kerajaan dan akhbar Utusan.

    Ohhh lupa Raja Saman siapa ? nak tahu kena cari siapa saman orang RM 100 juta sekali saman..Beberapa orang dah kena termasuk bekas kawan rapat beliau….

    Ramai akan kena saman dengan makhluk gila untuk jadi popular di malaysia ini jika anda mengguris perasaannya yang sedang ‘berangan angan ‘ menuju Putrajaya…

    dah jumpa ? terkejut kan ? bagaimana jadinya jika dah jadi PM nanti ? rasanya lebih keras dari saman barangkali tindakan beliau !

    Pepatah orang tua kita memang benar :

    Siapa paku dulang akan serpih. Siapa mengata orang pasti dia lebih ( teruk lagi )…

    Believe me and trust me..

    Salam.

    Penulis Cyber
    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

  4. Zubli Zainordin // 20 September 2008 9:07 PG  

    Semoga semua tahanan dibebaskan, tiada tahanan baru, dan I.S.A. dimansukhkan.

    Susulan samanan terpulanglah kepada yang telah dianiayai.

  5. tan cheng lock // 22 September 2008 2:03 PG  

    ape la salahnye tulisan jawi tu...tulisan jawi tu kan khazanah bangsa kite...semua bangsa dlm dunia ni syg pd penulisannye.bukan mudah nk dicipta...apele hasbullah pit ni...