Alamat blog

Apa itu kaedah malas muat? saya curi dari istilah lazy load.

Kalau anda perhatikan, blog saya membunyai sidebar di sebelah kanan yang agak berselirat, tetapi tidak berselirat sangat.

Ada blog yang mempunyai sidebar di sebelah kiri dan kanan. Ada juga yang di sebelah kiri sahaja.

Terpulang pada "tuan tanah".

Saya memilih untuk mempunyai sidebar di sebelah kanan kerana saya mahu ia dimuatkan selepas kandungan dimuatkan.

Yang agak berat di kemudiankan.

Oleh itu pengguna yang mempunyai kelajuan internet perlahan masih boleh membaca kandungan utama blog tanpa perlu habis menunggu keseluruhan blog dimuatkan. Walaupun, ia berlatarbelakangkan kelabu, sebelum menjadi putih, ia tetap boleh dibaca.

Mana-mana wiget yang berat dan tidak berapa perlu, diletakkan di paling kiri dan paling bawah.

Baru-baru ini blogawati tersohor di Melaka, Puan Nur Aflah, telah bertanyakan adakah laman blognya lambat untuk dimuatkan.

ketika itu memang banyak flash.

Maka jawapan ringkas saya ialah "kurangkan flash".

Maka ia agak lebih laju sedikit. Namun masih boleh dipertingkatkan kalau menggunakan kaedah malas muat.

Wiget  yang ada flash duduk di kiri, wiget yang tidak berflash duduk di kanan.

Rujuk contoh:

Sila klik


Suapan RSS yang berasaskan HTML lebih laju untuk dimuatkan.
Kandungan blog boleh dibaca tanpa menunggu wiget berat yang telah diletakkan di sebelah kiri.




Berpusing!!!!!!

10 komen

  1. Chuckiesd // 10 Oktober 2008 pada 3:24 PTG  

    lau byk sgt ads punyer boleh sebabkan berat jugakk...susah jugak nak maintain blog ni kan..

  2. Tanpa Nama // 10 Oktober 2008 pada 3:28 PTG  

    info yg sgt berguna untuk aku. 'Kam sia' dari aku untuk otai Sebol krn rajin kongsi maklumat berblog.

    ABO
    albanjari online

  3. joe penang // 10 Oktober 2008 pada 5:03 PTG  

    soalan berkaitan rss feed

    - kalu kita guna reader cam Mozilla Thunderbird kita boleh tengok entry dalam plain atau pun full entry(lambat la nak view). Masalahnya ada sesetengah yg tak boleh view fully kalu guna format plain. Ada cara lain tak?

  4. Hasbullah Pit // 10 Oktober 2008 pada 5:25 PTG  

    joe penang.


    Masuk bab RSS pula.
    Kandungan RSS bergantung kepada penyedia RSS, ada yang nak kasi penuh ada yang kadi sikit, ada yang kasi tajuk dan pautan sahaja.

    Kebiasannya macam manapun dia akan ada pautan, maka kenalah pergi ke catatan blog itu di blog itu sendiri.

    Pernah cuba plugin rss untuk firefox,
    http://www.wizzrss.com/

    Yang itu direka untuk tengok di laman web terus.

  5. SalamMedia // 10 Oktober 2008 pada 6:08 PTG  

    Nak cepat? Article lame2, sile add "read more" kalau berjela2. Ini byk keje skit, tp berbaloi.

    Taktik kite same, bubuh sidebar kat belah kanan. Biar content die load. Satu lagi care, bubuh sidebar kt bawah.

    Lagi satu, takyah la bubuh widget2 yg kit gune sekali pastu tanak dah. membazir mase.

  6. Hasbullah Pit // 10 Oktober 2008 pada 6:25 PTG  

    Noktah Hitam,

    Nak sesuaikan Malas Muat dengan Malas Klik pun satu kerja juga.

    Ramai orang suka baca dari atas ke bawah tanpa klik klik.

  7. Tanpa Nama // 10 Oktober 2008 pada 9:39 PTG  

    terima kasih. baru ku tahu. tp kalau shoutbox tue dia berasaskan html ke java? kalo ikut tuan tanah, kena letak plg kanan? ke cane?

  8. Tanpa Nama // 10 Oktober 2008 pada 10:11 PTG  

    Salam..

    Maaf sebab lambat hantar komen. Sibuk beraya hari ni.

    Terima kasih En Sebol sebab banyak membantu. Saya akan cuba ubah kedudukan flash tu. Thanks again.

  9. Tanpa Nama // 11 Oktober 2008 pada 3:19 PG  

    dapat pelajaran baru nih! best! thanks!

  10. Tanpa Nama // 13 Oktober 2008 pada 4:17 PTG  

    emm, banyak juga ilmu dalam ni.. nice tips.. salah 1 cara utk cepat loading, buat read more, soleh ada ulah di blog ngn tranung dulu..

    2. jgn banyak gambar..
    3. test la speed loading blog disini http://myp4u.blogspot.com/2008/09/website-speed-test.html
    kalau beratnya lebih 100kb, maka lambat la loading blog anda td..

    ada salah silap harap betulkan..soleh masih newbie lg.. thanks..