Alamat blog

Mungkin ada yang tidak faham apa dimaksudkan oleh ulasan saya pada topik Sekolah seluruh Malaysia mulai guna OpenOffice.org mulai tahun depan

Langkah ini boleh diibaratkan sebagai Amerika yang membunuh rakyat iraq, dan memaksa "demokrasi".

Apa tujuan sumber terbuka?
Apa sumber terbuka?
Apa Perisian bebas?

Ramai yang tidak faham maksud Perisian Bebas.
Perisian Bebas, dalam bahasa Inggerisnya ialah Free Software.

Apabila tidak membaca takrifan "Free Software" oleh FSF, maka ramai yang menyangka ianya adalah perisian percuma.


Free software is a matter of liberty, not price. To understand the concept, you should think of free as in free speech, not as in free beer. 



Bebas dan percuma adalah dua perkara yang berbeza, namun ianya adalah "free" dalam Bahasa Inggeris.

Penterjemah Ubuntu telah tersalah terjemah "Perisian Bebas" kepada "Perisian Percuma".


Jika OpenOffice adalah Perisian Bebas. Sebarang paksaan supaya ia digunakan adalah terlalu bercanggah dengan prinsip perisian bebas.

Maka ia boleh diumpamakan  Amerika yang membunuh rakyat iraq, dan memaksa "demokrasi"

Ramai penyokong sumber terbuka, agak gembira jika OpenOffice digunakan di sekolah. Sesuatu yang tidak dapat dikecapi suatu ketika dahulu.

Namun, sekira ianya dipaksa, maka mana kebebasannya?

Saya lebih suka paksaan dalam bentuk spesifikasi, supaya wujud lebih kebebasan memilih perisian.

Secara demoktratiknya, format OpenDocument telah diundi oleh badan piawai seluruh dunia sebagai ISO/IEC 26300.

Kerajaan boleh paksa penggunaan spesifikasi piawai.

Namun, spesifikasi itu boleh juga digunakan oleh perisian lain, tidak semestinya sumber terbuka.

Sekiranya spesifikasi ISO/IEC 26300 itu diwajibkan, maka bolehlah wujud persaingan sihat dikalangan perisian-perisian, tidak kira samada perisian itu sumber terbuka atau tidak.

Sekiranya OpenOffice diwajibkan, mana ruang untuk perisian lain yang mengikut piawai untuk masuk.

Sumber terbuka atau perisian bebas tidak bermaksud Anti-Pengkomersilan. Perisian sumber terbuka boleh dijual kalau kena syaratnya. Baca lesen awam perisian itu.

Perisian OpenOffice.org bukanlah satu perisian yang terlalu sempurna untuk diwajibkan.
Penggunaan memori dan CPU amat tinggi terutama sekali untuk pengguna komputer cabuk.

Sekiranya hanya format OpenDocument diwajibkan. Komputer cabuk masih boleh digunakan kalau ada perisian yang menyokong ODF, tetapi menggunakan memori dan CPU yang rendah.

Kalau dibandingkan Abiword dengan OpenOffice.org Writer, mana yang guna memori lebih banyak?

Bandingkan Gnumeric dengan OpenOffice.org Calc.

Dari sudut bahasa, Abiword telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu hampir lengkap (99%). (lihat ms_MY)
OpenOffice.org Write bagaimana?

Gnumeric telah diterjemah sebanyak 28%. Bila-bila masa Kementerian Pendidikan boleh suruh sesiapa siapkan terjemahannya jika mahu.




Berpusing!!!!!!

14 komen

  1. Tanpa Nama // 16 Oktober 2008 pada 6:54 PG  

    hehe..baru aku paham maksud ko part Amerika yang membunuh rakyat iraq, dan memaksa "demokrasi" tuh...ingatkan ko cakap xguna kalau skolah pakai..tp pak menteri, setiausaha2 nyer dan org2 lain masih pakai windows & microsoft nyer product kt opis diorang...hehe

  2. sitopimerah@android:~$ // 16 Oktober 2008 pada 7:28 PG  

    Mampu mmg ada inisiatif untuk manggalakkan penggunaan sumber terbuka di dalam kerajaan. Tapi rasanya Micro$oft mmg dah beli pendidikan ni, apa maksud beli? maknanya mereka ni ada insentif untuk lesen Micro$oft Office tak silap RM1 atau free terus.

  3. Tanpa Nama // 16 Oktober 2008 pada 10:13 PG  

    saya masih guna windows ori utk laptop lama yang telah kojol dan laptop baru.

    tak guna sgt perisian bebas sekarang ni melainkan beberapa software sahaja.

    tapi suka pasaran bebas.

    p/s. menda tu stok penimbal...

    pakdi
    http://pakdi.my

  4. Tanpa Nama // 16 Oktober 2008 pada 11:43 PG  

    dulu pernah try open office tapi slow, heavy on resources and banyak bug.. so mow back to MS Office... mahal tapi puas hati guna...

    Tapi tak tau la Open Office sekarang ni... kalau dah sebagus Firefox... okay lahtu...

  5. Tanpa Nama // 16 Oktober 2008 pada 12:07 PTG  

    aku xtahu kat mana tapi pada tuliskan ni ada benda yg tak kena...aku baca sepintas lalu pun dah perasan ada sesuatu yg xkena..ia tidak menyalahi prinsip dan philosofi mana-mana, tetapi menyalahi beberapa unsur logik pengurusan dan keseragaman.. pertamanya aku stuju free software ialah perisian bebas.. tetapi kalau kita umpamakan free software ngn free kick dalam bola sepak yg bermaksud tendangan bebas, mengapa hanya menendang kearah gol lawan? siapa yg memaksa?

    aku bukan pro kerajaan...tapi demi keseragaman dan beberapa logik pengurusan sebab 2 keluar pekeliling supaya menggantikan Mic office kpd openoffice.org. bayangkan kalau kerajaan hanya menulis dalam pekeliling tu supaya guna ODF..tak ke haru pegawai kerajaan dan tentukan perisian mana yg nak diguna?

    kalau perisian bebas bermakna kebebasan memilih perisian mana nak diguna, aku rasa btul tetapi bagi kes pemilik komputer peribadi dan bukan organisasi.. bila masuk bab organisasi byk benda nak diseragamkan... kalau kita nak panggil penyeragaman tu paksaan, terpulang kpd tafsiran..

  6. Tanpa Nama // 16 Oktober 2008 pada 1:07 PTG  

    Mana-mana perisian komputer yang bagus dan berkualiti memang selalunya mahal tetapi berbaloi sebab selalunya sistemnya lebih mudah, cepat dan lancar. Ia memudah dan mempercepatkan segala kerja yang berkaitan dengan perisisan itu...

  7. Hasbullah Pit // 16 Oktober 2008 pada 1:14 PTG  

    Melayubuntu:

    Mana ada tulisan awak yang tidak kena.

    Yang nampak tidak kena ialah langkah MAMPU.

  8. Tanpa Nama // 16 Oktober 2008 pada 4:10 PTG  

    OpenOffice? Ofis/uni pernah dipaksa guna dlm sekitar 2003-2006. Semua comp/laptop diharamkan ada windows except 1 setiap pejabat.

    Lawaknya kami terpaksa buat kerja kat umah guna windows sblm convert ke OpenOffice. [nota: Tambah kerja yg x perlu]

    Red Hat Linux dipaksa install. Sakitnya nak prepare kerja xdak sapa tau kecuali hak dah rasa.

    Rasanya geng2 MAMPU hak dulu2 gak ni yg terlibat. Kos install & maintain walau "free software" bukan sikit! PROJEK! PROJEK! PROJEK!

    112413

  9. Tanpa Nama // 16 Oktober 2008 pada 6:05 PTG  

    Banyak juga bagusnya kerajaan memilih untuk menggunakan sumber terbuka.

    Sebelum ni duit kerajaan masuk pocket bill gates dan mat mat salleh. mat mat salleh ni mane beli kete proton, or belanje makan die kedai mak piah or satay samuri. duit kerajaan malaysia keluar lepas tu, berputar kat tempat diorang je.

    biar laa kerajaan buat project sumber terbuka. walaupun byk project and maintenance tinggi, tapi project project ni dpt kat org kita, yg staff nya jugak org org kita, yg makan kat kedai mak piah, yg beli kete proton, yg makan satay samuri.. so duit to pusing antara org kita utk tingkatkan ekonomi org kita.

    mari kita mulakan misi utk memastikan duit yg kita keluarkan tiap tiap bulan, at least 50% pergi pada org org kita. supaya duit tu berputar antara kita... ingat ingatlah bile kita pergi makan, belanja ujung minggu, service kete, isi petrol... kalau boleh biarlah kita putarkan duit sesama kita.

  10. Tanpa Nama // 16 Oktober 2008 pada 10:20 PTG  

    Susahlah guna oPenoffice ni..
    Kat opis ada PC guna openofice..
    Printing pun problem...
    Belum stabil agaknya

  11. LinuxMalaysia // 17 Oktober 2008 pada 3:15 PTG  

    Guna atau tidak sumber terbuka adalah hak masing-masing. Bila ada yang memberi ulasan susah hendak gunakan OpenOffice.org, saya hanya senyum, sebab jika dia kata dia gunakan Microsoft Office di pejabat lagi mudah. Soalan saya, kalau orang gomen yang komen, duit saper yang beli lesen tu? Duit rakyatkan.

    Berjuta-juta ringgit rakyat keluar ke negara lain hanya untuk lesen yang hanya atas kertas. Tiada pulangan modal semula.

    http://blog.harisfazillah.info/2008/08/kemerdekaan-dan-perisian-sumber-terbuka.html

    Dalam pelaksanaan sumber terbuka ia dalam situasi, ayam dan telur. Mana hendak mula dulu. Jika mahu orang gunakan secara sendiri maka dia perlu kenal dulu sumber terbuka dan dia perlu dilatih dengan sumber terbuka. Jika tidak jadi macam komen-komen diatas.

    Soal paksa tu, kekadang kena juga paksa. Contohnya jika ditanya saper yang bekerja di OSCC dia perlu gunakan OpenOffice.org. Semua perkara daripada laporan sehinggalah apa jua pun dalam OpenOffice.org. Bagi yang orang teknikal, pakai apa pun boleh, tapi membanding itu sering berlaku. Pengguna hanya mahu gunakan perkara yang sama dengan dirinya.

    http://blog.harisfazillah.info/2008/06/apabila-membuat-pilihan-dipersoalkan.html

    http://blog.harisfazillah.info/2008/07/apabila-membuat-pilihan-juga.html

  12. azwan082 // 17 Oktober 2008 pada 6:19 PTG  

    rejim perisian terbuka? tindakan menukar perisian di sekolah2 malaysia kpd openoffice.org bkn dibuat oleh open source community. itu keputusan kerajaan, so it's the government yg sbnrnya rejim yg memaksa penggunaan software tu. tindakan ni mgkn berkaitan dgn kos maintenance software2 proprietary sejak dulu lagi. mari kita lihat: office 2000, lesen + software utk sekolah2 di msia, mgkn mencecah ratusan ribu, kemudian office 2003, tiap kali software baru keluar, kerajaan kena byr ratus ribu (maybe juta) utk software + lesen ini. sekarang office 2007, dgn harga minyak naik, makanan naik, kerajaan mesti cari cara utk cut software cost.
    satu lagi kelemahan ms office, setiap version, format mesti berubah. tgklah office 2000, office 2003, office 2007. yg paling byk berubah, 2003 & 2007. mereka yg tak ada office 2007 tak boleh buka file .docx, kecuali install plugin tertentu yg beratus2 harganya atau menggunakan openoffice.org yg latest, 3.0. lgpun openoffice is free, so kerajaan boleh cut cost. ada saja org yg tau guna software ni, pastu tutorial utk penggunaan adalah free di internet. openoffice menggunakan ISO standard format, so kalo ada software lain yg menggunakan standard format, kita boleh bekerja bersama walau menggunakan software berlainan. namun, masalah sekarang ialah format ms word luas penggunaannya, walaupun ia bukan standard format. microsoft pula enggan memasukkan support utk open document format, kerana tak nak kehilangan market pengguna ms office.
    loading slow? byk bug. jgn risau, openoffice sng utk di-update kpd yg latest. version latest dah solve problem yg lepas2. yg menyebabkan ia slow ialah openoffice guna java runtime utk execute. codebase ms office dah dioptimize utk best performance pada windows (company yg sama), sbb itu ms word load lebih laju. Lagipun, saya telah menggunakan openoffice pada windows selama lebih setahun, banyak improvement yg telah dibuat pd part performance.
    oleh itu, cek balik tajuk tu. bkn open source community yg paksa, itu semua keputusan kerajaan.

  13. izhar firdaus // 17 Oktober 2008 pada 6:59 PTG  
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  14. izhar firdaus // 17 Oktober 2008 pada 7:02 PTG  

    seperti yang linuxmalaysia cakap tadi , keseragaman diperlukan untuk organisasi beroperasi dengan betul.

    Memaksa agensi kerajaan dan sekolah2 bertukar kepada OpenOffice mungkin disifatkan sebagai anti-kebebasan jika dilihat dari satu sudut, tapi bila dilihat dari sudut yang lain , ia memberikan kebebasan kepada pihak2 yang berkaitan dengan agensi2 dan sekolah2 tersebut.

    sebagai contoh: jika agensi2 kerajaan dan sekolah2 menggunakan Microsoft Office, semua pihak yang ingin berurusan dengan agensi2 dan sekolah2 tersebut terpaksa menggunakan Microsoft Office, jika tidak , document2 x dapat dibuka dgn betul . Pelajar2 juga terpaksa membeli Microsoft Office utk document2 dari sekolah mereka.

    Penyeragaman kepada OpenOffice pula ialah lebih mudah di terima oleh pengguna pengguna non-technical .. Kalau MAMPU hanya mengarahkan ODF - apakah yang pengguna2 non-technical akan cari? .. adakan mereka betul2 tahu software apa yg paling sesuai?.. Pengguna2 yang technical yang tahu bahawa ada software lain yang boleh digunakan, saya yakin tiada siapa akan menghalang mereka menggunakan software tersebut di agensi2 atau sekolah2.