Alamat blog

Terdapat satu catatan di waubebas, mengatakan supaya jangan salahkan kapitalis, tetapi salahkan peraturan.

Benda yang tiada di adakan, maka betulkan ianya tidak ikut peraturan,

Ketika musim krisis ekonomi ini, golongan sosialis kuat menghentam kapitalis. biarlah.

Ada juga pemimpin Malaysia yang salahlan liberisasi ekonomi sebagai punca. Dalam erti kata lain, "pengswastaan" yang salah.

Samada nasionalisasi atau tidak nasionalisasi. Kapitalis atau sosialis. Kesemua itu tidak pro kepada percetakan wang kertas berleluasa, dan pinjaman daripadan "thin air" terlalu dipermudahkan.

Pakdi tanya Mana dia Sistem Ekonomi Islam? 

Kalau setakat sebut sistem Islam lebih baik dari sistem Kapitalis, budak ngaji PASTI pun boleh sebut.
 Adakah ekonomi islam itu "sistem" atau peraturan?

Saya melihat akan ianya satu peraturan. Buatlah apapun sistem, tetapi ikut peraturan.

Peraturan Muamalat.

satu ialah satu
dua adalah dua.
Kalau tak mampu bayar pinjaman tidak boleh pinjam.
jual beli mesti jelas.

semua itu peraturan, dan tidak kelihatan sebagai sistem.

Dr Yusuf Qardhawi telah mengulas tentang Krisis ini.

Replace capitalism with Islamic financial system: cleric



Walaupun tajuk berita bercakap tentang sistem, tetapi kandungannya ialah tentang falsafah.


"The collapse of the capitalist system based on usury and paper and not on goods traded on the market is proof that it is in crisis and shows that Islamic economic philosophy is holding up,"

"The Western system has collapsed and we have a complete economic philosophy as well as spiritual strength," 

"All riches are ours... the Islamic nation has all or nearly all the oil and we have an economic philosophy that no one else has,"

"profit from the crisis to bring about the triumph of the (Islamic) nation, which holds the spiritual and material resources for victory."


Ayat pertama sudah jelas menyalahkan sistem kewangan yang tidak mengikut peraturan adalah punca krisis.

Wang kertas  dari thin air
Pinjaman dari thin air
pinjaman dari thin air itu boleh dijual beli.
Penilaian pinjaman berasaskan nilai pada kertas , tetapi nilai itu berubah-rubah.


Saya pernah mempersoalkan, bagaimana nilai pinjaman boleh sama kalau dinilaikan dalam ringgit yang boleh berubah.

Tetap akan timbul satu persoalan lain, bagaimana nak dapatkan nilai yang sama kalau nilai matawang yang digunakan untuk menilai hutang itu berubah?

Hutang Abu bernilai RM 20,000 pada 2001, ketika itu 66 dinar
Ahmad ingin membeli hutang itu RM 20,000 pada tahun ini, tapi nilai itu kini 50 dinar sahaja.

Ahmad patut beli hutang itu pada nilai 66 dinar atau pada nilai RM 20,000 ?

Memang pening kalau nak merealisasikan kewangan islam selagi masih menggunakan wang kertas.

Andaikata penggunaan wang emas direalisasikan, barulah boleh senang kira, Ahmad beli hutang Abu yang bernilai 66 dinar itu sebanyak 66 dinar juga.

Begitu juga pinjaman rumah secara islamik, menggunakan nilai yang diakadkan dalam ringgit.

Andai kata baki pinjaman rumah saya ialah RM 40,000 , tiba-tiba berlalu krisis inflasi seperti Zimbabwe pada matawang ringgit, dan RM 40,000 itu hanyalah harga sebuah basikal. Pasti bank akan rugi.
 
 Kalau Ustaz Zaharuddin tak jawap, saya tak taulah siapa lagi akan jawap.


Pinjaman zaman duit kertas ini agak pelik kerana wang yang dipinjamkan diambil daripada  "thin air".

Ada sesiapa sini pernah pinjam duit di bank , sebagai contoh RM 20,000  kemudian minta bank tunjukkan Mana dia emas bernilai RM 20,000 itu?

Fed boleh bail out 70 billion. Ron Paul agaknya terlupa nak tanya, "Boleh tunjukkan emas bernilai USD 70 bilion itu?"
Atau mungkin, dia cakap, bail out mesti dalam bentuk emas. Tercirit Fed cari emas bernilai 70 bilion.


Melayu ada sistem ekonomi kah?

Berdasarkan pantun Melayu.
 
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar 
Hutang budi dibawa mati

Tidak pula dinyatakan hutang emas itu boleh dibayar dengan emas atau hanya dengan pisang emas.

hehe




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Tanpa Nama // 14 Oktober 2008 pada 3:04 PTG  

    Terdapat perbezaan yang nyata jika nilai wang disandarkan dari sudut ekonomi dan perakaunan.

    Dari sudut ekonomi, memang benar nilai sebenar wang yang dipinjam pada tahun 2000 tak sama dengan tahun 2010.

    Tapi, dari sudut perakaunan, nilai itu tetap sama.

    Keputusannya, jangan gunakan lagi wang kertas. Kembali menggunakan dinar emas. Kalau nak belanjapun, rasa ragu sebab emas bertimbun depan mata dan berat pula untuk di bawa ke mana-mana.

    Akhirnya emas akan disimpan dalam bank dan si penyimpan boleh menggunakan kad debit untuk berbelanja. Tidak perlu lagi membawa wang kertas.

    Kalau nak beri angpow raya, bank boleh keluarkan kupon khas seperti 1 dinar yang hanya boleh ditunaikan di bank. Nilai itu disimpan dalam akaun budak tersebut. Kalau nak belanja, gunakan kad debit.

    Jadi, tiada lagi masalah untuk ibubapa mengawal perbelanjaan anak-anak. Kalau tidak, lepas dapat duit raya, terus shopping beli bunga api.

    Eee.. apa yang saya merepek ni..
    Sorry..

  2. Tanpa Nama // 14 Oktober 2008 pada 9:07 PTG  

    wah..panjagnye entry.. berpinau mata ceq nak ngabeskannya eh..

  3. Hasbullah Pit // 14 Oktober 2008 pada 9:14 PTG  

    nikillas:

    Kalau nak jimat masa, baca ayat pertaam dan ayat terakhir sahaja.

    ia akan jadi begini:-

    "Terdapat satu catatan di waubebas, mengatakan supaya jangan salahkan kapitalis, tetapi salahkan peraturan.

    Tidak pula dinyatakan hutang emas itu boleh dibayar dengan emas atau hanya dengan pisang emas."

  4. Letting the time pass me by // 15 Oktober 2008 pada 11:27 PTG  

    Rasanya dua-dua pun boleh bro.. nak bayar dengan emas atau pisang emas.. bayar dengan ikan haruan pun boleh, asalkan terdapat persetujuan nilai antara keduanya.

    Mungkin dalam sistem Islam, nilai inflasi dan nilai tukaran dinar akan dimasyhurkan oleh kerajaan, maka haruslah perniagaan dibuat berdasarkan nilai yang dimasyhurkan..

    Tetapi Islam juga mempunyai asa niaga yang kukuh... tiada unsur perjudian, khilaf dan sebagainya, yang mungkin berleluasa didalam sistem kapitalis..

    Wallhu'alam.....