Alamat blog

Kalau anda ingin mengkaitkan Ali Rustam dengan Mumbai, mudah sahaja, kaitkan dengan Shah Rukh Khan.

Bagaimana pula hendak mengkaitkan Lim Guan Eng dengan Mumbai? Apa yang Lim Guan Eng sudah buat dengan Mumbai?

Sejak kecil saya hanya mendengar "bombay", entah bagaimana, nama itu hilang tanpa saya sedari.

Kemudian nama Mumbai muncul, agak popular bandar Mumbai, rupanya Mumbai adalah nama baru bagi Bombay.

Hari ini di CNN , BBC, Slashdot tidak lagi kedengaran nama Bombay,

Bombay telah ditukarnama menjadi Mumbai pada 1995, iaitu 13 tahun yang lalu. Bagi saya ini satu kejayaan yang agak baik.

Di Malaysia, "Pulau Pinang" dan "Melaka" walaupun nama rasminya "Pulau Pinang" dan "Melaka" dikenali oleh dunia sebagai "Penang" dan "Malacca". Berbanding Mumbai, ia dipanggil Bombay ketika nama rasminya "Bombay", Bombay akan tenggelam setelah nama rasminya ialah Mumbai.

Di Malaysia "Pulau Pinang" dan "Melaka" sudah lama menjadi nama rasmi bagi dua negeri tersebut. Tidak dinafikan "Penang" dan "Malacca" tidak perlu dihapuskan terus kerana ianya bahan sejarah.

Apabila Pulau Pinang dan Melaka diangkat oleh UNESCO sebagai Heritage City, adakah "Melaka" yang diangkat atau "Malacca" ? "Pulau Pinang" atau "Penang".

Setelah diselidik rupanya "Melaka" dan "George Town" adalah tapak warisan UNESCO.

Melaka adalah nama asal bagi Melaka dan George Town adalah nama asal bagi George Town.
Manakala Pulau Pinang adalah nama asal bagi Pulau Pinang.

Suatu ketika dahulu, Ali Rustam pernah mengatakan bahawa "Melaka" perlu digunakan termasuk untuk merujuk kepada Negeri Melaka dan Bandar Melaka walaupun dalam Bahasa Inggeris.

Saya menyokong saranan itu secara bulat-bulat walaupun saya pembangkang.

Akan tetapi ianya tidak berlaku. Media tempatan berbahasa Inggeris pula yang menggunakan "Malacca". Bukti: cari "Malacca" di http://news.google.com .

Malacca masih lagi dirujuk sebagai nama rasmi bagi negeri Melaka.

Sekiranya gelaran datuk diberikan kepada Shah Rukh Khan untuk mempromosi "Melaka", mengapa Malacca pula yang dipromosikannya?

Lihat bagaimana Media barat, begitu cepat menyesuaikan diri dengan penukaran nama Bombay ke Mumbai, akan tetapi kenapa media tempatan cukup liat untuk menggunakan "Melaka" dan "Pulau Pinang"?

Inggeris telah menjajah India jauh lebih lama daripada Tanah Melayu tetapi mereka lebih cepat merdeka, dan lebih merdeka.

Di negeri Melaka, cukup sukar untuk mencari kemeja-T yang menggunakan nama "Melaka" di gerai-gerai cenderahati.

Ayuh Ali Rustam dan Lim Guan Eng, gunakan nama rasmi Negeri sendiri di serata dunia.
Berlainan parti politik, agama, kaum tidak menghalang untuk menjadi lebih merdeka.




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Tanpa Nama // 1 November 2008 9:22 PG  

    http://www.youtube.com/watch?v=xzZ-lCeeFAU

    Tod

  2. armouris // 1 November 2008 11:21 PG  

    pemerintah dulu mempopularkan malacca dan penang..pemerintah sekarang pening kepala nak martabatkan balik nama melayu...

    pemerintah sekarang mempopularkan melaka sentral, kl sentral, city center, precint etc...pemerintah akan datang akan pening kepala nak martabatkan balik nama melayu...

    2 kali 5....

    -----------------------
    info-jariah.blogspot.com
    info-kesihatan-anda.blogspot.com
    our-health-info.blogspot.com

  3. rastom // 2 November 2008 12:43 PG  

    terimakasih Mahathir.

  4. NOBISHA // 2 November 2008 10:50 PG  

    saya setuju nama melaka di gunakan, begitu juga dengan pulau pinang, bukan penang. hasbullah pit adalah hasbullah pit sama ada di melaka atau di new york! tak ker gitu?

  5. fandi // 3 November 2008 9:28 PG  

    perlunya istiqamah dalam nama / jenama untuk lebih diingati. atau mudah di google. sokong!