Alamat blog

Apa salah GLOKAL?

11/22/2008 10:54:00 PTG

Terus terang saya menyukai "glokal" , gabungan global dan lokal (tempatan).

Apabila Georgetown dan Melaka diiktiraf sebagai sebagai Warisan Dunia, kita gembira. Ianya adalah mirip konsep glokal, dimana sesuatu yang lokal diglobalkan.

Google telah sedia membantu pengguna berbahasa melayu untuk menyediakan antaramuka Bahasa Melayu dalam banyka aplikasi webnya.

Segala apa, yang tempatan, apabila diglobalkan, maka bolehlah disebut sebagai glokal.
Belacan yang dieksport ke merata dunia pun dikira glokal.

Kedai batik di serata dunia pun boleh dikatakan glokal.

Tetapi apa yang berlaku ialah apabila Najib yang sebut glokal, maka glokal itu menjadi sesuatu yang hina.

Segala tindak tanduk yang buruk oleh Najib atau yang berkaitan dengannya dianggap glokal.

Mengapa?

Benci Najib, benci glokal?

Mengapa mesti apabila Anak Najib berkepit dengan perempuan, maka ianya perlu dipanggil Anak Melayu Glokal?

Glokalisasi itu memang wujud, iaitu globalisasi dan lokalisasi.
Berfikir secara global, lakukannya secara lokal.

Glokalisasi itu bukan Najib yang cipta.










Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Jed Yoong // 23 November 2008 4:44 PG  

    I think it's unethical to bring kiddies in. Will the children pay for the sins of the father?

  2. Tawel Sensei // 23 November 2008 5:23 PG  

    Saya juga menyokong istilah glokal. Hehe :D

    Tapi biasalah tu kematangan politik orang kita. Eksiden di jalan pun kadang-kadang ada orang salahkan UMNO.

  3. Tanpa Nama // 23 November 2008 6:34 PG  

    I have to agree. ppl say love is blind. Panau di muka nampak mcm bunga badan.

    Any good food if it's mixed with dirty stuff is considered spoiled. so, kalau dah ke tahap semua yg disentuh jadi hina. What makes him?

    112413

  4. cencurut // 23 November 2008 9:48 PTG  

    Arwah Opah dengan Atuk gua tak pernah pon dengar perkataan ni? Sapa yang cipta?

    Apa kat DBP? Takkan senyap jer?