Alamat blog

Ini adalah sebahagian daripada tulisan Ustaz Zaharuddin pada catatan bertajuk Penciptaan Duit Kertas Moden, Hukum & Forex
Nilainya wang kertas fiat ini pula kebanyakkannya ditentukan oleh keyakinan manusia kepada kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung ‘floating' mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara.

Sebab itulah jika kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia sama sekali tidak menjadikannya kaya, malahan nilai matawangnya semakin menjatuh.

Biasanya apabila perang berlaku atau masalah ekonomi berlaku seperti di US dan Eropah di waktu ini, kerajaan melalui bank negara mereka akan mencetak lebih banyak wang kertas fiat bagi menghadapi urusan peperangan atau masalah kredit, apabila cetakannya begitu dahsyat sampai melebihi perkembangan sebenar ekonomi dalam negara tersebut, inflasi atau susut nilai matawang akan berlaku. Proses pertambahan jumlah wang kertas dalam pasaran dunia atau sesebuah negara ini dinamakan money supply.

Justeru, cetakan wang kertas dalam sesebuah negara MESTI dikawal oleh kerajaan sebaiknya, selaras dengan perkembangan industri dan perniagaan dalam negaranya, jika tidak jumlah wang kertas yang dihasilkan melebihi kadar pertumbuhan industi dan perniagan sesebuah negara itu, hasilnya nilai matawangnya akan jatuh merudum dan kuasa beli mengecut. Tatkala itu inflasi akan berlaku. Contoh mudahnya, jika dahulu RM 5 boleh membeli ayam sekilogram, selepas inflasi RM 5 hanya boleh membeli ½ kilo ayam.
 
Mari kita berfikir diluar kotak.
Apa terjadi kalau sesebuah negara kurang cetak duit?

Secara kebiasaan, orang ekonomi di dalam kotak, akan berkata bahawa pencetakan wang berlebihan dan pemberian kredit berleluasa akan mengakibatkan inflasi.

Ianya sebenarnya betul dalam konteks tertentu tetapi tidak semua.

Untuk matawang yang diapungkan sepenuhnya teori itu boleh digunakan.

Apa terjadi kalau M1,M2,M3 sesebuah matawang tidak bertambah langsung?
Itulah sesuatu yang perlu difikirkan kalau kita benar-benar nak menggunakan dinar emas dan sistem ekonomi Islam.

Kita ambil satu contoh negara X, dia sememangnya tidak mencetak matawangnya berlebihan, mengawan kredit cantik-cantik, nilai matawangnya akan stabil.

Harga ayam 5 matawang itu sekilo, akan tetap 5 matawang itu sekilo.

Tetapi, negara X itu nilai matawangnya akan kelihatan terlalu tinggi berbanding matawang lain. Maka eksport negara X itu akan menjadi mahal, dan akan berlaku kemelesetan keekomi di negara X kerana eksport berkurang.

Tidakkan ia sesuatu yang pelik?

Jadi negara yang guna wang fiat, akan terus mencetak duitnya supaya lebihkurang stabil dengan matawang yang berdagang dengannya.

Kita bolehlah memanggil aktiviti ini sebagai "Pesta merayakan inflasi bersama".

Sejarah telah menunjukkan kalau ada negara yang guna gold standard, ia akan lambat sedikit memulih ekonomi berbanding negara yang lari daripada gold standard.


Great Britain, Japan, and the Scandinavian countries left the gold standard in 1931. Other countries, such as Italy and the United States, remained on the gold standard into 1932 or 1933, while a few countries in the so-called "gold bloc", led by France and including Poland, Belgium and Switzerland, stayed on the standard until 1935-1936.

According to later analysis, the earliness with which a country left the gold standard reliably predicted its economic recovery. For example, Great Britain and Scandinavia, which left the gold standard in 1931, recovered much earlier than France and Belgium, which remained on gold much longer. 

Perkara yang lebih kurang sama boleh dilihat dalam konteks yang lain iaitu, negara yang memudahkan pinjaman akan pulih ekonomi dengan lebih cepat.

Memberi pinjaman daripada "thin air", serupalah dengan mencetak duit daripada "thin air". Kalau bukan bank kerajaan yang cetak, tetapi orang biasa yang mencetaknya, orang biasa itu akan ditangkap.

Kelakar juga sistem matawang fiat ini.

Kalau kita tengok balik sejarah, terdapat banyak negara kaya dan kuat ketenteraannya, tidak mahu menerima hakikat kemiskinan apabila emasnya berkurangan.

Amerika Syarikat dan Britain.

Kita lihat Britain, ketika perang dunia pertama, mereka menggantungkan penebusan emas bagi matawangnya.
Tak ada duit, ada hati nak berperang. Sudahlah dirompaknya bijih timah dan getah dari tanah air kita, itupun mereka tidak cukup emas untuk membenarkan rakyatnya menebus emas.

Ketika perang dunia kedua pula, Britain membeli senjata menggunakan emas daripada Amerika sehingga emasnya tinggal sedikit.

Amerika yang kehabisan duit akibat perang vietnam, sudah tidak mahu membenarkan emas ditebus lagi.

Ini apa cerita?

Sudah kehabisan emas, tidak mahu mengaku miskin, tetapi cetak lagi duit.

Teori ekonomi yang mengatakan jangan cetak duit banyak-banyak, sebenarnya telah diterbalikkan oleh Amerika dengan menjadikan sebagai "Cetaklah banyak manapun, asalkan permintaan ada".

Kita lihat senario hari ini.
Ya hari ini. (11 November 2008), setelah bailout 400 bilion dan 700 bilion, nilai USD naik sehingga menekan harga emas dan minyak kebawah.

Maksudnya, mereka dalam krisis kewangan, tetapi mereka ada lebihan wang 1.1 trilion USD dan dan nilainya lebih tinggi daripada sebelum ini. Kali ini Siapa pula akan kena baham.?

Berbalik kepada persoalan diluar kotak, Apa terjadi kalau sesebuah negara kurang cetak duit?

Ada tempat, inflasi disebabkan oleh cetakan wang berlebihan. Akan tetapi ada tempat, inflasi disebabkan oleh tukaran wang asing akibat daripada tambatan itu ini.

Pada 1998, Ringgit ditambat dengan USD, tetapi Amerika cetak duit, dapat duit yang dicetak, kita terima inflasi. Malaysia dapatkah duit yang Amerika cetak itu?

kemudian 2005, ditambah dengan beberapa matawang asing. Matawang lain dicetak lebih, adakah ringgit dicetak pada kadar yang sama?

Amerika mencetak duit dan menguasai dunia, Negara lain diajar pula supaya jangan cetak duit.

Saya bukan pro kepada matawang fiat, akan tetapi alang-alang bersilat dalam sistem ekonomi fiat, lebih baik fiat dalam keadaan banyak duit berbanding fiat dalam keadaan duit sedikit.

Mungkin sejarah 1979/1986 berulang.
Akibat daripada kenaikan mendadak harga komoditi 1979, kemudian berlakunya penurunan  harga komoditi melampau 1986.

Tahun ini juga harga komoditi naik kepada yang sepatutnya,tahun ini juga harga komoditi turun ke tahap diluar jangkaan.

Negara pencetak duit sahajalah yang mewah membeli komoditi yang murah daripada negara yang kaya sumber asli.

Amerika buat-buat risau kenaikan harga komoditi, kita juga tersungkur.

Malaysia dan Indonesia sebenarnya cukup kuat untuk mengeluarkan syarat "tiada emas, tiada minyak sawit".




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. Tanpa Nama // 12 November 2008 pada 2:01 PG  

    Bhai....

    Gua setuju ngan lu... memang kekadang tue cara nie ler yang terbaik..

    Bersilat perlu digelanggang yang sama... baru jadi...

  2. Tanpa Nama // 15 November 2008 pada 7:13 PG  

    Malaysia dan Indonesia sebenarnya cukup kuat untuk mengeluarkan syarat "tiada emas, tiada minyak sawit".


    macam nak buat sistem barter aje.
    tukar emas dengan minyak sawit
    atau emas hitam (petrol) dengan minyak sawit

    kalau gitu aku pun nak caj kadar belajar website dengan aku, 1 gm emas untuk satu hari, ok tak :D

  3. Tanpa Nama // 18 November 2008 pada 9:14 PG  

    Aku rasa anda konpius tentang hal ni, benda ni bukan hal yang semudah yg disangka.

    Contoh:
    Katalah harga ayam 5 ringgit dan ada 10 ekor ayam dalam satu negara itu. Katalah ada Rm100 sahaja duit yg telah dicetak.

    Kalau duit dicetak sebanyak 10% lagi semata-mata untuk membuatkan expot negara itu kompetitif (seperti dalam contoh anda di atas), anda mesti ingat yang supply and demand will say harga ayam dalam pasaran domestic pun akan naik sebanyak 10% (iaitu inflasi harga ayam). Too much money chasing the same amount of goods.