Alamat blog

Banyak reaksi terhadap diskaun 10% terhadap tol di beberapa lebuhraya.

Ada yang memperkatakan tentang keselamatan, ada yang memperkatakan tentang strategi pemasaran.

Kalau semua orang sudah kata, apa saya mahu kata lagi?
idea belum habis, jangan risau.

Di sini saya ingin memperkatakan tentang berapa banyakkan kuasa menteri.
Apabila lebihraya diswastakan, kerajaan telah terikat kepada perjanjian konsesi dan kemudiannya menteri kerjaraya sendiri telah mengakui sukar untuk menyuruh syarikat lebuh raya untuk memberikan diskaun.

Hanya PLUS dan ELITE sahaja yang memberikan diskaun , walaupun tidak berapa menarik diskaunnya, yang lainnya tidak memberikan diskaun langsung.

Menteri Kerja Raya sudah tiada kuasa untuk menyuruh syarikat lebuh raya untuk memberikan diskaun, yang dia dapat hanya 2 syarikat, itupun untuk selepas 12 malam.

Perkara sebegini berlaku, lebih kurang sama konsepnya dengan Menteri Besar Selangor yang susah untuk memberikan 20m³ air, sehingga KDEB terpaksa pula membayar kepada syarikat air.

Kalau Menteri Kerja Raya hanya cakap mulut untuk suruh berikan diskaun, Maka begitulah hasilnya.

Telah diumumkan juga bahawa perjanjian konsesi lebuh raya akan diumumkan kepada umum pada januari 2009, namun tidak semua syarikat lebuhraya ingin membenarkan perjanjian itu didedahkan kepada umum.

Mana kuasa menteri?




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. Letting the time pass me by // 20 November 2008 8:47 PG  

    menteri mana boleh tak de kuasa... atau pun, kuasa menteri tu orang lain sudah pegang kut..

    setahu saya, didalam banyak akta-akta kat malaysia, menteri semua memang banyak power dia..

    tetapi Msia nie memang dah jadi negara kapitalis, so semuanya berpaksikan duit-duit-duit....

  2. cencurut // 20 November 2008 10:04 PG  

    Bhai..

    Kuasa Menteri kat Malaysia nie cuma bila perlu sahaja..

    Seperti contoh;

    1. Clearkan nama depa dari kes jenayah.
    2. Sapu semua kontrak kerajaan.
    3. Sapu semua konsesi kerajaan.
    4. Tangkapkan sesapa yang depa tak suka bawah akta ISA.
    5. Masa pilihanraya bilamana depa guakan kuasa untuk memperkudakan Media..

    hehehe....

  3. Zainal A. Kasim // 20 November 2008 10:11 PG  

    Salam,

    Diskaun yang diberi adalah tidak ikhlas. Pengumuman yang dibuat adalah penyalahgunaan aktiviti "corporate Social Responsibility". Hanya untuk menunjukkan ada satu aktiviti di laksanakan oleh PLUS dan juga menteri.

    Berapa ramai yang memandu selepas jam 12 malam? Atau Kerajaan dan PLUS mahu menggalakkan pengguna memandu selepas 12 malam?

    A mockery of the system.

    http://c-bok.blogspot.com

  4. Jed Yoong // 21 November 2008 7:14 PG  

    ello

    highway contracts r not defence contracts so why OSA?
    unless they also built secret tunnels for national security purposes?
    but surely that would be under the defence budget or another contract..
    wat osa lah...
    at least something lah the toll 'cos then ppl can travel at that time if they so die die want to save 5 bucks on toll to Spore..

  5. Abu Alfateh // 21 November 2008 9:33 PTG  

    Salam Bro Sebol...

    Bila PLUS/ELITE beri diskaun 10% tol, org pandang negatif ...Bila Persatuan Kedai Makanan India Muslim turun harga roti canai pun ada orang peleceh....

    Emm...apa macam kalau PLUS/ELITE dan Persatuan tarik balik semua diskaun..orang kata buruk siku plak..

    Senang cerita tak payah guna highway & makan roti canai lah...Guna jer jalan biasa, 24 tak der tol...(Maaf bro, saya ni bukan reti sangat politik tibai kiri kanan depan belakang nie...)

  6. dakli // 22 November 2008 9:18 PTG  

    Kalau cakap tak berlapik ...
    Kena tanggung le sendiri..
    Nasib ko le Menteri..

  7. Hasbullah Pit // 22 November 2008 11:14 PTG  

    Abu Alfateh:

    Kalau tak salah saya, tulisan saya berkisar tentang persoalan mengapa hanya 2 sahaja syarikat yang ikut cakap menteri, bukannya mempersoalkan kenapa diskaun itu terlalu sedikit.

    Ia lebih berkisar pada kuasa menteri.
    Bukan kaedah diskaun yang banyak ditulis oleh blogawan lain.