Alamat blog

Idaz dan kawannya "lina pencilbox" telah menyahut cabaran batak StreetSmart Mahkota Parade untuk mengatasi 64 mata.

Idaz ,
Cubaan pertama: 51 gagal
Cubaan kedua : 58 gagal
Cubaan ke 3 :69 seterusnya memecahkan rekod 64 mata saya.




 Saudari "lina pencilbox" pula telah mendapat 73 mata.





Maka saya pun gundah gelana, kerana rekod telah dipecahkan.
Tercabar sungguh kejantananku.

Maka, saya bersama Umar pergi ke Mahkota dengan alasan mengajaknya "main game".

Dengan bersungguh-sungguh, saya cuba kali pertama, terus dapat 73

Menyamai rekod lina pencilbox


Kemudian cuba lagi, dapat 66 mata sahaja. merosot, tetapi lebih baik daripada hari itu.
Kemudian cuba lagi, dapat 70 mata. belum boleh memecahkan rekod 73 lina pencilbox.

Rehat seketika, kemudian cuba lagi

 Akhirnya saat yang bahagia telah datang, rekod lina pencilbox telah lebur apabila saya mendapat 79.

hahaha




Street Smart berada di Mahkota Parade Melaka sehingga 23 November.
Maka anda semua ada lagi 2 hari untuk memecahkah rekod 79 saya.
Masuk percuma.

Melawat Melaka bererti Melawat Pusat Latihan F1.




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. Ida // 21 November 2008 10:23 PTG  

    uishhh.
    ni yg buat saya dan linapencilbox terasa tercabar.
    nak pegi main Batak lagi.
    tp weekend ni xfree,ada hal la pulak.

    hehee.
    kami aim 84 :p

  2. rohaizad // 22 November 2008 12:39 PG  

    Bilalah menatang batak ni nak sampai JB plak?

  3. chokilala // 22 November 2008 2:41 PG  

    aritu ada gi streetsmart ni. tapi time tu hari2 terakhir sblm cuti skola. ramai bdk skola. malu la plak nak terkinja2 memukul benda tu. kehkeh

  4. cencurut // 22 November 2008 11:17 PG  

    Bila plak benda nieh nak datang Kemaman, Terengganu... nak gak cabar diri nie... kot-kot boleh cecah 90 ker... hehehe

  5. Tanpa Nama // 22 November 2008 8:27 PTG  

    besungguh2 tunjuk hebat dpn pompuan.. huhuhu

    112413

  6. Ida // 23 November 2008 2:17 PG  

    rekod terbaru, cik linapencilbox dapat 85 mata.
    hihi ;)
    bukti ada di blog saya.

  7. cencurut // 24 November 2008 1:35 PTG  

    Batak ooo Batak... maih la datang kemaman....