Alamat blog

Ketika hangatnya isu penentangan fatwa "pengkid" oleh segolongan manusia, penentangan itu usahah dilihat sebagai penentangan penganut agama yang bukan islam, akan tetapi penganut ideologi liberalisme.

Kavi telah membuat ulasan penafian bahawa penganut hindu tidak membantah fatwa pengkid itu.


saya beragama Hindu... bagi saya, saya langsung tiada kena-mengena dengan apa-apa hukum bagi umat Islam kerana ia tidak melibatkan agama saya. Maka saya pun tidak mempersoalkan apa-apa.

saya harap saudara-saudari faham bahawa bukan semua orang yang beragama bukan Islam menentang atau mempersoalkan fatwa. Hanya segelintir daripada mereka yang terlibat dalam demonstrasi tersebut. Mungkin mereka ingin menyuarakan pendapat dari segi pandangan kebebasan wanita. Namun begitu, saya tidak pasti apakah tujuan utama mereka.

Saya harap para pengulas tidak "generalise" yang semua umat bukan Islam ingin sibuk mencampuri hal ehwal Islam. Bukan semua orang bersifat begitu. Tetapi saya faham yang setitik nila boleh merosakkan susu sebelanga.
Memang saya tidak menganggap semua orang bukan islam itu sebagai menentang fatwa.

Dan sememangnya penentang fatwa itu melabelkan diri mereka sebagai mewakili agama tertentu.

Bukannya persatuan Kristian Bandar X, atau Organisasi Hindu Negeri Y yang membantah fatwa itu.

Pembantah fatwa itu tidak mewakili agama.

Mereka mewakili apa?

Jika dilihat apa yang dikatakan oleh Ivy, mereka mempersoalkan kenapa ada agama yang hendak mengawal itu dan ini.

Jika dilihat pendemonstrasi ala "pom pom girl", juga bercakap soal kebebasan individu.

Ideologi Liberalisme yang betul-betul taksub kepada kebebasan individu sehingga menjangkaui ketuhanan.

Bagi umat Islam, telah diajar untuk tidak mencampuri agama lain.
Begitu juga penganut agama bukan islam, tidak sentuh agama Islam.

Sama-sama faham.

Akan tetapi, apa yang terjadi sekarang ialah bukan ketegangan antara agama, tetapi ketegangan antara agama dengan ideologi.

ideologi liberalisme, feminisme telah dianggap oleh sebahagian manusia sebagai lebih tinggi dari agama.

Bagi penganut liberisme, mereka tidak rela agama mengawal "hak individu", bagi mereka hak individu dituntut oleh semua individu dalam muka bumi ini.

Penganut liberalisme tidak pula berkata, "Untukku ideologiku Untukmu agamamu" sebagaimana "untuk ku agamaku untuk mu agamamu".

Ianya tidak berlaku.

Penganut liberalisme yang percaya kepada kebebasan individu, tidak pula percaya kepada kebebasan individu untuk melaksanakan apa yang dituntut oleh agama yang dianuti individu.

Tidakkah ia agak pelik?

Tidak semua manusia dalam dunia ini percaya kepada kebebasan mutlak sebagai "segalanya".

Pornografi itu kebebasan juga, budak-budak tak boleh dewasa boleh?
Kebebasan bersuara itu perlu tetapi ada batasnya. Mengfitnah, menghina secara keterlaluan juga adalah kebebasan bersuara.

Adakah kebebasan itu akan menbuatkan dunia ini lebih baik.

Ya kebebasan diperlukan untuk membuatkan dunia ini lebih baik, tetapi bukan kebebasan adalah matlamat nombor 1.

Kebebasan bersuara diperlukan untuk saling imbang mengimbangi, agar satu pihak tidak dijatuhkan sehingga tak dapat bersuara. Tetapi liberalisme bukan tuhan.




Berpusing!!!!!!

9 komen

  1. azraai // 15 November 2008 1:55 PG  

    Dalam liberalisma ada ke tuhan?

  2. mawardi // 15 November 2008 3:20 PG  

    Liberisme atau liberalisme? Saya keliru. Hehe.

    Masalah orang liberal persoal fatwa ni kerana mereka ni fikir fatwa tu mengongkong dan mengawal manusia against their will. Sebenarnya nak jadi pengkid boleh saja. Jadilah pengkid dalam bilik, jangan keluar dari rumah, mempengaruhi orang lain atau menimbulkan fitnah. Orang pun tak sibuk nak buat fatwa.

    Tapi kalau fatwa keluar pasal pengkid pun, mana ada pegawai agama nak tangkap? Fatwa cuma untuk menjernihkan keadaan saja.

    Bebal sungguh manusia sekarang.

  3. Jed Yoong // 15 November 2008 8:33 PG  

    azalina macam mana?
    rupa macam pengkid sebab rambut pendek...taekwondo....
    hey are martial arts haram in islam?
    strictly speaking some churches discourage it 'cos of the meditation, spirtuality.
    i am not sure of meditation is allowed in islam.
    in christianity, you can "meditate" but on God's word and not to achieve some "blank" mind or a state of nothingness.
    ;)
    happee weekend.
    too much race + religion for me!

  4. Kavi // 15 November 2008 12:24 PTG  

    saya setuju dengan Jed Yoong...

    sudah bayak sangat isu bangsa dan agama...

    nasib baik politik belum masuk lagi....

    kita semua manusia je.... tak payah nak cekik sesama sendiri...

  5. Tanpa Nama // 15 November 2008 7:40 PTG  

    yang berdemo tu sume xcun, tu psl dorang sebuk2 nk expose diri..

  6. Tanpa Nama // 15 November 2008 9:42 PTG  

    Apa nak heran...

    PR kan sokong sgt berdemonstrasi ni...

  7. cencurut // 16 November 2008 9:05 PG  

    hehehe... kadang2 tue... kalau takder isu camnie.. tak nampak belang seseorang tue...

    gua kalau nak citer bab nie.. dua tiga bulan tak abis.. jadi untuk menyenangkan semua orang... gua rasa la... apa-apa isu yang berkaitan ngan agama nih.. jangan la diperkecohkan...

    gua salahkan media seperti TV3 sebab diorang yang meng"JOM HEBOH"kan isu nie..

    kalau TV3 tak meng"JOM HEBOH"kan isu nie.. gua rasa benda nie tak jadi panas camnie...

    rasanya TV3 patut dikenakan tindakan dibawah AKTA HASUTAN... hehehe

  8. dakli // 16 November 2008 11:13 PG  

    Betul2.. TV3 yang bawak isu ni ke antarabangsa..
    Kalau tak berapa kerat je orang tau.. dan ilang ditelan angin je...
    TV3 ke ISA..

  9. Mankanan // 17 November 2008 11:22 PG  

    Itulah susahnya bila orang bangsa lain dengan sesuka hati mencampuri urusan dalam agama Islam. Mereka seolah-olah diberi laluan untuk berbuat demikian. Siapa yang beri laluan? Anwarlah...