Alamat blog

Zaman saya muda dahulu ada Peperiksaan Pernilaian Darjah 5.

Hari ini saya nak cadangkan supaya diadakan Peperiksaan Pernilaian Darjah 4, dan hapuskan UPSR.


Lupakan soal peperiksaan, kita fokus isu Mukhriz dan Isu Namewee.
Mukhriz dan Namewee lebih kurang senada, mempersoalkan kenapa pembelajaran dilakukan dalam banyak bahasa.

Mukhriz agak pelik kerana mempertahankan pembelajaran sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Mukhriz mahukan pembelajaran dalam satu bahasa sebagai alat perpaduan, saya sokong walaupun saya bukan UMNO.

Akan tetapi apa yang berlaku di Malaysia ialah sekolah rendah selama 6 tahun, sekolah menengah selama 5 tahun (atau 6 tahun).

Selama 5 tahun di sekolah menengahlah yang membolehkan pergaulan antara kaum dalam satu bahasa boleh dilakukan.

Ketika sekolah rendah, bersekolahlah dalam bahasa ibunda.

Akan tetapi, tempoh masa sekolah rendah 6 tahun, lebih lama daripada pembelajaran dalam bahasa Melayu iaitu 5 tahun.

Zaman sekarang pelajar bersekolah seawal 4 tahun. Maksudnya, sebelum UPSR, dia sudah bersekolah selama 9 tahun.

9 tahun bersekolah dalam bahasa ibunda, hanya 5 tahun bersekolah dalam Bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa perpaduan kaum.

Kita masuk semula soal peperiksaan.

Ketika saya mendapat 5A ketika peperiksaan pernilaian darjah 5, saya tidak terlalu tertekan seperti pelajar darjah 6 sekarang yang ingin mengambil UPSR.

Kasihan saya lihat pelajar 6 tahun yang terpaksa kelas tambahan untuk UPSR, kemudian diadakan pula teknik menjawap soalan UPSR dianjurkan oleh Puteri UMNO dan Nisa' .

Zaman saya dulu, tak pernah rasanya diadakan sesi khas untuk belajar jawap soalan.

Teringin pula saya untuk mendalami ilmu teknik menjawap soalan UPSR, kerana ilmu itu panduan hidup dan perlu dibawa mati.

Agaknya mungkin saya sedikit bodoh kerana tidak pernah belajar teknik menjawap soalan UPSR.

Bayangkan, pelajar yang mengambil UPSR, belajar selama 6 tahun disekolah rendah, masih lagi tidak cukup masa untuk belajar, dan perlu belajar tambahan "Teknik menjawap soalan UPSR" anjuran sayap parti politik.

Saya dulu, belajar selama 5 tahun, secara tidak tertekan, boleh main kejar-kejar, kumpul pelekat World Cup 1986. Hanya 3 gambar sahaja lagi untuk buku pelekat World Cup saya penuh.

Kemudian darjah 6, saya belajar tanpa tekanan. Tiada peperiksaan besar, hanya memenuhkan buku rekod sahaja.

Disebabkan pelajar darjah enam zaman sekarang tidak cukup masa belajar, apa kata kalau dipendekkan lagi masa belajar untuk peperiksaan.

Memperkenalkan Peperiksaan Pernilaian Darjah 4.

Kenapa darjah 4?

Pelajar sudah cukup lama belajar, darjah 4 sesuai untuk menilai mereka, mereka perlukan "pernilaian" sahaja, bukan perlumbaan bilangan pelajar yang pendapat 4A. Bukan pesta memperagakan keputusan anak kepada ibubapa lain.

Kalau darjah 4 diadakan peperiksaan pernilaian, selepas itu sudah boleh ke sekolah menengah atau "pra sekolah menengah".

Kalau pelajar sudah belajar sejak 4 tahun, maka peperiksaan pernilaian darjah 4 itu sudah cukup membuatkan pelajar itu belajar selama 7 tahun.

Kira semula 4,5,6,7,8,9,10   , Ya 7 tahun.

Kalau pelajar belajar sejak umur 5 tahun, dia sudah belajar selama 6 tahun.

Jadi, adalah dicadangkan, pembelajaran dalam bahasa Ibunda cukup setakat darjah 4 sahaja, dan kemudian bersekolah dalam sekolah berbahasa melayu, bergaul diantara kaum.

Sekiranya sekolah rendah hanya sehingga darjah 4, (umur 10 tahun), tempoh masa bersekolah menengah, bergaul antara kaum akan meningkat daripada 5 tahun menjadi 7 tahun.




Berpusing!!!!!!

8 komen

  1. cencurut // 3 Disember 2008 11:01 PG  

    Bhai... gua setuju ngan cadangan lu nie...

    memang betul.. masa gua amik Penilaian Darjah Lima (5) dulu dalam tahun 1982.. hehehe... takder tertekan pon... enjoy jer...

    Siap boleh lagi kumpul pelekat MILO untuk buku World Cup kat Russia yang kita tak dapat pergi tue... Ader gambar Soh Chin Aun, Mokhtar Dahari, James Wong dan lain-lain lagie... hehehe

    hehehe... masa dulu skolah ok jer... masa exam gua sengaja bawak dadu.. walaupun gua tak gunakan dadu tue untuk menjawap soalan... sajer jer golek2kan dadu tue atas meja.. kasi gangu konsentrasi kengkawan lain... cikgu pon tak marah aih..

    lagi pon meja aku dulu kat bucu depa sekali.. mengadap dinding... hehehe..

    Dapat gak 5A zaman tue... walaupon tak ramai belajar.. hehehe... kalo nak kata soalan senang.. ader ramai gak yang dapat 5E masa tue...

    masa tue.. markah lulus adalah 50 markah.. dan bukannya macam sekarang ada yang 30 markah pon dah kira lulus... (gua tau la.. wife dan abang gua cikgu gak)... menteri takleh nak tipu gua...

  2. kekwa66 // 3 Disember 2008 12:59 PTG  

    Sebenarnya, isu perpaduan ni, bukan setakat ubah sistem pendidikan je boleh tangani. Yg penting ahli2 politik yg mempunyai kepentingan diri tu jangan ungkit2 jangan api2kan...tak payah mereka buka mulut, rakyat sendiri tau bagaimana nak bergaul. tengok masa world cup tu..tak kira di warung mamak ke, kopitiam ke, cafe ke..penuh dengan peminat yg berbilang kaum, mereka sama2 menjerit, menyokong dan berpelukan apabila pasukan yang disokong menang. Itu tandanya perpaduan..tak payah pak-pak menteri ajar!

  3. Tanpa Nama // 3 Disember 2008 1:03 PTG  

    Ya, cadangan Mukhriz patut dilihat secara rasional.

    Kenapa ada yang melenting kalau cadangan itu bagus ?

    Adakah Mukhriz telah mencabut topeng perkauman sesetengah pihak?

    p.s. PR patut letak DAP sebagai calon di KT. amacam ? kata tembok perkauman sudah pecah.

    Pakdi
    http://pakdi.my

  4. Mankanan // 3 Disember 2008 5:21 PTG  

    Penilaian Darjah 4? Impossible...impossible to be done!.. Jangan mengarutlah Pak Sebol...

  5. Aboo // 4 Disember 2008 7:41 PG  

    Bro Bol..

    UPSR masa darjah 4..Ok bagus!

    Sekolah 1 aliran...Ni susah!Confirm...Banayk mulut2 yg tak setuju...

    Gua rasa,utk masa sekarang...ada baiknya ajar saja bahasa Cina & India di sekolah Melayu...Senang,tak kacau orang!

    Perpaduan...Selagi mana bahasa pertuturan boleh difahami,masih ada harapan utk perpaduan...Tak kiralah berbelas bahasa pun!

    Ops...Kalau Cina Pekak,Melayu Pekak sembang dgn India Pekak,bahasa apa diorang pakai?!Wooo..Bahasa isyarat bukan english...bukan spanish...bkn tagalog,jauh sekali bukan bahasa Melayu.

    2008...Kita kena ikut,belom masa utk ajak diorang ikut kita...Takde rugi apa2nya punnn...!

    So..Sekolah,buat je sekolah 1 sesi dulu. Sekolah 1 aliran tunggu dulu...On hold!

    Haaa, bro...Link kat Beraspadu satu...Penat tulis nih!


    Roger!

  6. ducky // 4 Disember 2008 10:30 PG  

    Sebab itu the 80s di panggil the good ole days oleh generasi kita, pagi main bola, petang main bola, malam tengok tv, lepas tu tidur ! Sekarang kerja ada, bini ada, anak ada, rumah ada, kereta ada, ok pah.

  7. Hasbullah Pit // 4 Disember 2008 1:05 PTG  

    Ducky:

    Sesi persekolahan esoknya boleh digunakan untuk membincangkan cerita yang ditonton semalam, kerana hampir semua orang tonton cerita yang sama akibat daripada stesyen TV yang terhad.

  8. Yanaam // 5 Disember 2008 9:41 PG  

    Teringat saya, dulu ada peperiksaan penilaian darjah 3, selain penilaian darjah 5.

    Beriya-iya pergi periksa dengan pensel 2B. Tapi keputusannya tak diumum. Senyap je. Macam main-main je. :)

    Darjah 1 - 3 lebih kepada kemahiran 3M. Darjah 4 ke atas barulah ke arah memahami dan mengingati ilmu.