Alamat blog

Kain Songket yang dipakai oleh ShahRukh Khan dikatakan berharga RM 3,000. 
Diceritakan juga di blog Al Brangi bahawa ianya ditaja oleh

Menurut berita Mstar, Songket rasmi itu belum dipakai oleh mana-mana penerima datuk lagi.


Samping songket berharga RM3,000 bermotif bunga kesidang, berwarna hitam dan diikat stail Allahyarham P.Ramlee akan dipakai buat pertama kalinya oleh Datuk Shah Rukh Khan ketika menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) Sabtu ini di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 10 pagi.

Samping songket rasmi negeri Melaka bermotif bunga kesidang itu belum pernah dipakai oleh mana-mana penerima gelaran ‘Datuk’ lagi.

Ini disahkan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Datuk Kapt (B) Ab. Karim Sulaiman di sebuah sidang akhbar tengahari tadi di Pejabat Sovereign Wear Sdn Bhd, Sri Hartamas.

 Bagaimana harga songket yang baru dicipta, tidak pernah dipakai oleh penerima datuk, ditetapkan harga RM 3,000 ?
Harga RM 3000 itu harga yang ditawarkan oleh penjual, sekiranya tiada sesiapa yang mahu membelinya pada harga RM 3000, maka harganya tidak boleh dikatakan RM 3,000.



Kalau harga songket yang dikatakan berharga RM 300, atau RM 500 pernah dibeli, maka bolehlah dikatakan harganya sebegitu. Tetapi dalam kes songket yang dipakai oleh ShahRukh Khan itu, ianya tidak dijual kepada Shahrukh Khan, maka kita boleh kata Shahrukh khan memakai songket yang tiada harga.



Atau dalam erti kata lain, Shahrukh Khan guna songket subsidi.


Kita pergi ke negeri Perak melihat 2 baju batik yang sering dipakai oleh pemimpin PAS di sana.


Baju Batik hijau Ir Nizar dan Baju batik ungu kebiruan Cina Idham Idham Lim.


budaya nenek moyang yang cina islam warisi




  
Kedua baju batik ini sering dipakai oleh Ir Nizar dan Idham Lim. Saya agak pasti ianya baju batik yang dibeli sebelum terbentuknya kerajaan negeri perak, dan baju batik itu jugalah yang dipakai berulang-ulang.

Perempuan biasa, sering sibuk cakap "tak ada baju nak pakai" ketika baju kurung penuh dalam almari, namun 2 orang besar kerajaan negeri Perak ini, pakai baju batik yang sama berulang-ulang tanpa rasa malu.

Buat apa nak malu, saya pun pakai baju batik berulang-ulang, ada 2 helai, ungu dan biru laut.

Agaknya, kalau baju batik Ir Nizar atau Cina Islam Idham Lim dilelong, agaknya harganya akan meningkat kepada berapa?

Melebihi RM 3000 ? Mungkin ya.






Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Tanpa Nama // 7 Disember 2008 pada 3:54 PTG  

    Ha ha.. nak tergelak aku bila ko kata die pakai sampin subsidi.

  2. Gelombang Rakyat // 7 Disember 2008 pada 8:34 PTG  

    Kami pakai Baju-T sahaja sejak 5 Jun 2008.

  3. AJ // 9 Disember 2008 pada 11:59 PG  

    hahahaha nice post man :-)

  4. Muhammad Fahmi // 10 Disember 2008 pada 12:19 PTG  

    baju lama la best kalau pakai, kain akan jadi lebih lembut. nak best lagi kalau baju pagoda yg dah berlubang2 tu...