Alamat blog

Saudara Kavi telah bertanya bukankah ia sepatutnya dipanggil Bahasa Malaysia? pada topik  Protes Selamatkan Bahasa Melayu & Anti PPSMI..


Ada 2 sebab kerana nama "Bahasa Melayu" adalah lebih tepat.

"Bahasa Melayu" adalah nama bahasa yang asal bagi Bahasa Melayu, "Bahasa Malaysia" adalah nama bahasa yang diberikan kepadanya hanya disebabkan politik. Ianya panggil Bahasa Malaysia, kononnya untuk perpaduan.

Mana mungkin bahawa warisan ratusan tahun yang lalu ditukar begitu sahaja.

Sebab kedua, ialah Malaysia tidak mempunyai hak untuk menukar bahasa yang digunakan oleh penutur bahasa melayu yang bukan warga negara Malaysia.

Di Singapura,Indonesia, Brunei , Patani agak ramai yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka dan mereka bukan Malaysia. Mereka terus menggunakan nama "Bahasa Melayu"  tanpa menukar nama bahasa kepada Bahasa Malaysia. Pembentukan Malaysia tiada kaitan dengan bahasa Melayu yang mereka gunakan.

Bayangkan satu situasi sebegini, sebahagian wilayah yang didominasikan penutur tamil telah keluar dari India untuk merdeka. Negara mereka itu ialah Tamilisia. Mereka mahu bahasa Tamil ditukar nama kepada Bahasa Tamilisia.

Perlukah penutur tamil di Malaysia perlu ikut nama bahasa baru itu?

Para bahasawan antarabangsa satu dunia bersependapat, nama bahasa perlu kekal pada nama asal.

Di Malaysia, mungkin kita boleh "paksa" untuk menggunakan nama "Bahasa Malaysia", akan tetapi, orang Jerman orang Sweden masih mengangap nama bahasa Melayu sebagai sesuatu yang diterjemahkan daripada "Malay".

Dari sudut istilah pula, orang Sweden memanggil Bahasa Melayu sebagai  "Malajiska", orang Jerman memanggilnya "Malaiisch", orang Poland pula memanggilnya "Malajski".

Menurut ISO 639, Bahasa Melayu kodnya ialah "ms" dan ianya "Malay". Orang ISO pasti tidak menerima penukaran nama Bahasa kepada Bahasa Malaysia kerana ia juga melibatkan orang bukan Malaysia.

Jika keseluruhan faktor politik dibuang, maka ianya Bahasa Melayu.

Nama "Bahasa Malaysia" dan "Bahasa Kebangsaan" hanya sesuai sebagai nama panggilan sahaja.

Disebabkan politik semasa yang seolah-olah "anti Melayu" , Adakah patut nama "Bahasa Melayu" juga tidak boleh digunakan?


Adakah segala yang berkaitan dengan "Melayu" dikira menyerupai UMNO?

Saudara Shen Yee Aun, orang kuat DAP, ini pesanan beliau:


Jangan risau. Bahasa Ibunda sama - sama kita angkat dan bergerak seiring maju dengan Bahasa Kebangsaan. Dengan mematarbatkan bahasa Kebangsaan tidak semestinya kita mesti meminggirkan bahasa lain di negara kita.

Sebelum ini rakyat kita terlalu dipolitikkan oleh pemimpin tertentu sehingga ramai bukan Melayu memandang serong atau takut kepada kebangkitan Bahasa Melayu.
Bahasa Kebangsaan Tunjang Kemegahan Negara 




Berpusing!!!!!!

9 komen

  1. Kavi // 17 Disember 2008 pada 9:37 PG  

    terima kasih untuk penjelasan.

    "a rose, by any other name, would smell just as sweet"

  2. ezza erisa // 17 Disember 2008 pada 10:34 PG  

    saya setuju...
    sangat keliru apabila digunakan term bahasa malaysia..

    bahasa melayu lebih tepat kerana bukan hanya orang malaysia bertutur dalam bahasa melayu.

  3. Cikli // 17 Disember 2008 pada 12:22 PTG  

    salam,

    saya tertarik hujah seorang cerdikiawan di radio ikim.fm tk lama dulu. katanya,

    katakan semasa merdeka malaysia mengambil english sebagai bahasa rasmi...adakah sekarang english di Malaysia akan dipanggil bahasa malaysia...demi perpaduan?

  4. Tanpa Nama // 17 Disember 2008 pada 2:16 PTG  

    Gua punya pandangan singkat ialah... Bahasa Melayu adalah satu bahasa "Lingua Franca" di Gugusan Kepulauan Melayu dan Indo-China.

    Ianya tidak melambangkan budaya serta kaum penuturnya namun ianya diklasifikasikan sebagai Bahasa Melayu kerana lokaliti penggunaannya lebih hampir pada gugusan kepulauan Melayu.

    errr... betu ker apa yang gua tuliskan nih?

  5. Tanpa Nama // 17 Disember 2008 pada 4:29 PTG  

    salam.

    sejak beratus tahun namanya adalah bahasa Melayu tetapi telah ditukar kepada bahasa Malaysia.dulu ditulis dengan huruf jawi tapi kini lebih cenderung menggunakan huruf rumi.

    bukan Melayu sepatutnya tidak patut takut dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia.orang melayu sebenarnya cukup kagum jika ada orang bukan Melayu yang fasih berbahasa Melayu @ Malaysia.orang bukan Melayu di Malaysia lebih bertuah dari mereka di Indonesia kerana orang Cina disana digesa dan dipaksa untuk berbahasa Indonesia dan berbudaya sama seperti orang Indonesia yang lain dan nama pun perlu ada ciri-ciri Indonesia.pernah dengar mana-mana rangkaian berbahasa Cina dan Tamil disana?tak pernah,bukan?.

  6. Unknown // 17 Disember 2008 pada 5:12 PTG  

    bagi saya tak kisah lah bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia janji yang penting ia perlu dihormati sebagai bahasa rasmi dinegara kita.tapi masalahnya sekarang orang Melayu kita sendiri khususnya yang golongan elit suka sangat guna bahasa Inggeris!!!

  7. aizam // 17 Disember 2008 pada 5:17 PTG  

    "Di Singapura,Indonesia, Brunei , Patani agak ramai yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka dan mereka bukan Malaysia"

    kat indonesia panggil bahasa indonesia rasaya..

    kenapa tidak sanggup mengorbankan istilah bahasa melayu dan ditukar kepada bahasa malaysia jika niat untuk menyatukan keseluruhan kaum dan menghilangkan sentimen perbezaan kaum?... ermmm.. pandangan saya tidak ada kaitan dengan anti-umno

    'melayu' menjerumus kepada satu bangsa tunggal.. 'malaysia' menjerumus kepada keseluruhan bangsa di dalam sebuah negara iaitu Malaysia.

  8. Hasbullah Pit // 17 Disember 2008 pada 5:23 PTG  

    Bahasa Melayu di Indonesia, bukanlah merjuk kepada bahasa indonesia, tetapi merujuk kepada bahasa melayu di kepuauan riau yang bunyinya tiada beza dengan di Johor

  9. Tanpa Nama // 18 Disember 2008 pada 10:54 PG  

    Sepatutnya isu bahasa Melayu tak perlu diungkit atas sebab faktor politik. Bahasa Melayu telah lama diguna pakai dan tiada masalah sebelum ini. Apa yang perlu ditakuti oleh bukan Melayu berkenaan bahasa Melayu. Bahasa Melayu harus dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan; bukan bermakna bahasa ibunda dipinggirkan...