Ulasan saya di catatan blog Dr Halimah yang mengatakan krisis Ekonomi Berlaku kerana mengejar Dinar dan Dirham, (tetapi dibaca sebagai dollar dan sterling).
Apabila Dr Halimah berkata:
Dinar dan dirham tak berdosa dan bersalah. Sebab dirham dan dinar dijadikan matlamat dan matlamat itu pula menghalalkan cara mendaptkannya, maka dek kerana nawaitu dah silap, natijahnya pun jadi tak betul. Ok ke response di atas. Contoh lain, makanan: hidup nak makan atauu makan nak hidup? salahke nak hidup? Hidup itu untuk apa pulak?
Saudara Sebol, banyak hadith tentang kehidupan dunia menyebut secara khusus dinar dan dirham. Tk.
Dan kemudian saya jawap.
Bagi saya jikalau semua orang mengejar emas dan perak, krisis ini tidak berlaku.
Krisis berlaku apabila mereka tetap mahu menguasai dunia walaupun tidak cukup emas dan perak, mahupun komoditi) untuk menguasai dunia.
Bagi saya "Pengejaran terhadap emas dan perak" adalah ubat kepada krisis ekonomi.
baca:
Dr Halimah.
Banyak Hadis yang berkata tentang emas dan perak, dinar dan Dirham , satu simbol kekayaan.
Namun apa yang terjadi sekarang ini sehingga menjadi krisis adalah disebabkan mereka (orang barat) meninggalkan fungsi emas dan perak sebagai matawang.
crime of 73, membunuh fungsi perak sebagai matawang,
goldstandard , mewujudkan emas yang kononnya ada.
bretton wood, menyebabkan emas hanya boleh ditebus oleh Amerika
Kemudian Nixon, hapuskan kaitan emas dengan dollar.
Kemudian, penawaran palsu terhadap emas dilakukan supaya merendahkan nilai emas, emas yang kononnya ada di centralbank USA telah di “pinjamkan” untuk memenuhi permintaan.
Emas ditekan, perak ditekan oleh USD.
Amerika membeli minyak murah selama lebih 20 tahun dari umat Islam kerana sebab itu.
Umat islam tidak nampak.
Dinar dan Dirhamlah akan jadi penyelamat pemanipulasian ekonomi oleh barat,
Bayangkan, mereka (Amerika) boleh menguasai dunia walau kehabisan emas?
Syarikat yang menagih bailout itu bukan tagih emas dan perak, mereka hanya dapat dollar yang tiada tetapi di adakan.
Kalau dunia guna emas dan perak kembali, Amerika tidak mampu nam sediakan emas dan perak untuk syarikaat yang dibailout itu.
mmaksudna selagi guna wang kertas, selagi itu syarikat amerika boleh hidup.
Mana adil?
Bila Asia krisis dulu, Syarikat Amerika boleh telan syarikat Asia, tetapi bila dia bermasalah, dicetakpula dollar untuk mereka.
Saudara Hasbullah. Memang benar, penyelamat krisis matawang ialah kembali kepada dinar dan emas. Saya setuju dengan konteks yang saudara gunakan. Konteks artikel saya ialah ramai manusia terutama umat Islam nak cepat kaya tanpa bekerja dengan melibatkan diri dengan skim cepat kaya. Di negara kita beratus juta RM dibekukan oleh BNM seperti swiss cash, skim saham internet dan berbagai lagi skim yang kononnya terlibat dengan minyak dan gas. Yang terlibat paling ramai ialah ustaz2, lebai dan ahli PAS.
Pemimpin negara Arab yang kaya dengan minyak lebih gemar melabur di negara barat, tidak memilih atau mengutamakan negara umat Islam. Pemimpin Arab banyak menderma ke yayasan negara barat seperti Yayasan Clinton (rujuk posting saya tentang Tok Arab dan Pak Mogul).
Pemimpin negara Islam lebih gemar membina tamaddun kebendaan seperti yang dilakukan di Putrajaya dan KL tetapi tamaddun ilmu serta pembentukan syahsiah muda mudi selaku pewaris dan generasi akan datang diabaikan.
RM, rupiah, rupees dan geneh diutamakan. Hadith nabi menyebut " hamba dinar dan dirham" kepada yang mengutamakan kehidupan duniawi.
Sekian, terima kasih. Wallahu'alam.