Alamat blog

Sejak terdengarnya cerita Souq oleh Umar Vadillo, sehingga hari ini saya masih termimpi souq.
Teringin benar ingin merealisasikannya, namun tidak cukup segalanya.

Mahu tak mahu, perlu juga dimimpikan supaya satu hari boleh dijadikan realiti.

Atau mungkin perlu saya perlu menjelajah dunia dahulu?

Agak pelik apabila di Malaysia, ahli parti yang mendokong "Islam" seringkali terbawa-bawa budaya kawalan harga akan tetapi dalam versi yang lebih murah.

Bukankah PAS sepatutnya membawa cara perniagaan yang Islamik?

Jadi agak sukar untuk merealisasikan Souq melalui PAS, namun usaha perlu diadakan juga.

Apa itu Souq?

Menurut pemahaman sempit saya, yang baru membaca dan mendengar sedikit maklumat, Souq ialah Pasar dimana kawasan itu ditak dimiliki oleh sesiapa.

Souq umpama kemudahan awam, seperti masjid. Perlu disediakan oleh pihak pemerintah.

Kalau pemerintah tidak begitu islamik, maka bagi saya tugas itu perlu dipikul oleh parti politik yang membawa Islam, dalam konteks Malaysia ialah PAS.

Mengapa Souq?
Souq sifatnya tidak dimiliki peniaga, maka ia akan lebih bebas dari sudut lokasi. Tidaklah penyewa bazar bahagian belakang tidak mendapat pelanggan seperti sistem yang ada sekarang.

Apabila Souq adalah tidak dimiliki, maka peniaga akan kurang membayar "sewa" atau boleh dikecualikan terus.

Adalah logik kalau kemudahan berniaga diberikan secara percuma, maka sesiapa boleh berniaga.

Souq tanpa infra struktur boleh dilihat di Malaysia ketika ceramah Anwar Ibrahim, namun yang berniaga itu bukan orang tempatan.

Bayangkan satu situasi sebegini.

Di dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin, setiap pagi ahad, diadakan Souq.
Siapa mahu berniaga boleh berniaga secara percuma. Siapa datang awal, boleh booking kawasan strategik.

Penganjur hanya lukis garisan supaya setiap peniaga ada had kawasannya.

Juallah apa pun. Car Boot Sale di Shah Alam agak menyerupai Souk.
Souk tanpa Infra Struktur.
Jangan jual anak, ya.

Maka, sesiapa sahaja mudah untuk menjadi peniaga. Tidak perlu berhutang untuk mendapatkan lokasi perniagaan yang kononnya dianggap menarik, walhal tidak menarik.

Selain Souk yang memudahkan perniagaan tanpa modal tambahan "sewa", Masyarakat memerlukan pusat perniagaan untuk "tolak" barang.

Kini tiba masa ramai pekerja diVSSkan, termasuklah yang pandai berblog.

Hari ini ada duit, enam bulan lagi belum tentu.

Bayangkan kalau tiba situasi poket kering tatkala tiada pekerjaan.
Cari kerja belum dapat.

Adakah dia boleh dikatogorikan sebagai miskin? tatkala dirumah masih lagi banyak aset?
Sofa yang baru dibeli tahun lepas.
Meja Makan baru 6 bulan.
Gelang tangan baru, tetapi jarang digunakan.
Mesin Jahit yang jarang digunakan.
Baju Kurung yang melebihi bilangan penyangkut baju.
Pembesar Suara B&W

Semua itu boleh di"tolak" tetapi dimana?
Di dalam dunia maya, ada ebay dan lelong.com.my, tetapi bagi orang kampung?

Budaya lelong memang tidak pernah wujud dalam Masyarakat Melayu kampung.

Tidak mustahil untuk disekalikan dengan souq, kerana Sistem Pengucapan Awam (PA System) sudah ada.
"Kuda Babylon"
"6 setengah, 6 setengah"

 
Berbanding dengan sistem kapitalis yang membudayakan Pasaraya besar, ianya memberi kesan buruk kepada penduduk sekeliling dalam jangka masa tertentu. Mulanya kedai kecil akan tutup, dan seterusnya kedai


Baca

Cadangan komentar Berasiam untuk keluar dari belengu ekonomi 


antara yang menarik.

Sebaik sampai di Yathrib, antara tindakan pertama yang diambil oleh Rasululluah saw ialah mendirikan sebuah pasar baru bagi orang Islam, yang dijalankan menurut prinsip ajaran Islam. Baginda tidak mahu membiarkan orang Islam terus berurus niaga di pasar sedia ada yang dikuasai Yahudi. Kita harus mengambil iktibar daripada sejarah Hijrah itu.



Terdapat juga harapan terhadap PAS daripada iskandar

1. Adakah golongan cerdik pandai PAS ini telah berbincang dalam merangka satu sistem ekonomi yg berlandaskan islam??

Saudara Wanji pun pada masa yang lebih kurang sama juga menaruh harapan.

PAS PERLU CADANG DASAR EKONOMI ISLAM ????




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. Tanpa Nama // 4 Disember 2008 2:25 PTG  

    souq tu pasar.

    apa yang wa faham dari sirah Nabi saw itu adalah, wujudkan satu pasaran sendiri yang tidak bergantung kepada pasaran lain.

    ia tidak semestinya pasar retail semata-mata.

    ia tidak semestinya mesti ada struktur pasar tradisi.

    pasaraya macam tesco pun boleh.

    pasaran saham halal pun souq juga.

    maksudnya, PKNS sebagai contoh bina satu pasaraya macam Suria KLCC.

    tempatnya cukup strategik utk tarik orang ramai.

    pasar s. khadijah di kelantan boleh juga dikatakan souq.

    contohnya, macam mana bank halal boleh buat satu mekanisma biar tidak terikat dengan BLR.

    bank halal ini patut keluar dari sistem sedia ada sebab sistem sedia ada ini asasnya riba.

    itu yang wa faham pasal souq. ia adalah pasar. pasaran. market.

    pakdi
    http://pakdi.my

  2. cencurut // 4 Disember 2008 5:19 PTG  

    yes... ini la ulasan yang gua tunggu-tunggu dari pakdi.. hehehe...

    gua setuju dan sokong beratus peratus....... hehehe...