Sebelum Subsidi "Pembohongan Harga" dihapuskan....
7/17/2010 08:22:00 PTG | Matawang, Minyak, SubsidiMinyak "diselaraskan" 5 sen. Gula "diselaraskan" 25 sen.
Ramai pihak yang berkata memang tak patut kerajaan tanggung begitu banyak subsidi.
Memang benar!
Kita tak perlu subsidi untuk dibohongi.
Rakyat bukan mahu sangat barangan disubsidi supaya dibohongi harga sebenarnya.
Rakyat hanya mahukan barangan murah, samada murah disubsidi atau tidak. Itu tidak penting.
Namun, kerajaan mengsubsidi harga supaya harga sebenar dibohongi, setelah nilai kertas ringgit semakin lama, semakin jatuh berbanding nilai komoditi.
Kerajaan tidak perlu mendabik dada, kerana memberikan subsidi untuk membohongi harga sebenar sesuatu barangan yang dikawal.
Rakyat hanya mahu barangan murah berdasarkan pendapatan rakyat.
Mana yang rakyat mahukan?
Harga runcit petrol RM 1.40 tanpa subsidi, atau
harga runcit petrol, RM 1.85, tetapi berbilion subsidi masih ditanggung kerajaan?
Keperluan untuk pengsubsidian berlaku akibat taksubnya "pakar" ekonomi, dengan polisi nilai matawang rendah, kononnya menggalakkan eksport, Namun hasilnya berbilion subsidi terpaksa kebijakan pakar ekonopmi taqliq buta dengan teori itu.
Kalau boleh, rakyat mahukan gula RM 1.20 tanpa subsidi
harga minyak RM 1.40 tanpa subsidi.
ini semua boleh dilakukan jika kerajaan beusaha sedikit demi sedikit meningkatkan nilai ringgit (berbanding komoditi) sejak 12 tahun yang lalu.
Jika penukaran RM vs USD adalah 1USD = RM 2.00 ,
Cuba kira sendiri berapa harga minyak tanpa subsidi?
Berpusing!!!!!!
Apa yang hendak dibanggakan kalau 51% Jawap dalam B.Inggeris? ... Malaysiakini
12/31/2008 12:18:00 PTGBaca catatan saya di enjin blog yang baru.
Apa yang hendak dibanggakan kalau 51% Jawap dalam B.Inggeris? ... Malaysiakini
Dimaklumkan bahawa blog ini akan ditutup.
Betul.
Ianya akan ditutup.
Namun ia tidak bermaksud saya berhenti berblog.
Satu blog lain yang boleh diakses melalui alamat yang sama http://hasbullah.pit.my dan http://sebolku.blogspot.com akan diwujudkan. Alamat RSS juga kekal.
Jangan ubah mana-mana tandabuku anda.
Proses pemigrasian sedang dijalankan, Namun ianya tidak begitu sempurna.
Berpusing!!!!!!
Politik Positif Sofi Wahab Lahirkan Draf Manisfesto PAS 2012?
12/30/2008 09:10:00 PTG | .PAS, Babi, Melaka, Sofi WahabTahniah kepada Saudara Sofi Wahab yang mengemukakan beberapa cadangan kepada Kerajaan negeri Melaka berkenaan isu pencemaran babi di Masjid tanah. Ini boleh dipanggil sebagai politik positif.
Kepada pembaca, sila anggap isu ini sebagai isu pencemaran babi, bukannya isu perkauman.
Bagi saya PEWARIS dan GGMM melakukan melakukan kesilapan apabila cuba mengperkaumankan isu ini, walhal ia sebenarnya boleh diselesaikan tanpa unsur perkauman.
Apa itu politik positif apa itu politik negatif.
Politik negatif adalah apabila Sofi Wahab terus salahkan BN.
Politik positif adalah apabila Sofi Wahab salahkan BN tetapi mengemukakan cadangan.
Politik terlebih positif adalah, apabila Sofi Wahab mengemukakan cadangan, sekiranya PAS memerintah Melaka, berkata berikut akan dilaksanakan tanpa mengambil kira siapakan lawan politik PAS.
Sebagai orang bawahan dalam PAS, apa cadangan oleh saya tidak boleh dianggap sebagai "Cadangan PAS", akan tetapi bagi Sofi Wahab boleh, kerana dia Ketua Penerangan.
Jadi, Segala mak nenek cadangan Sofi Wahab supaya dilaksanakan oleh kerajaan Negeri semasa, sebenarnya boleh digubah dengan lebih positif.
Daripada cadangan Sofi Wahab, maka terbentuklah draf manifesto PAS 2012.
Ini draf sahaja, bukan betul-betul.
---mula---
1) Kerajaan PAS Melaka akan mengambil perhatian serius terhadap bantahan Pewaris yang menggesa supaya babi dipindahkan dari Masjid Tanah dan dalam masa mencari kawasan lain yang sesuai untuk penternak meneruskan penternakan mereka.
2) Kerajaan PAS Melaka dan agensi kerajaan akan mengeluarkan lesen dan permit di kawasan baru bagi membolehkan penternak meneruskan kegiatan penternakan mereka. Pada masa yang sama kerajaan negeri dan agensi kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.
3) Kerajaan PAS Melaka akan membayar pampasan kepada apa sahaja kerugian yang dialami oleh penternak dalam proses pemindahan kawasan penternakan tersebut. Ganti rugi itu meliputi prasana dan lain-lain.
4) Agensi kerajaan akan memberi tunjukajar dan khidmat nasihat kepada penternak untuk menjalankan kegiatan penternakan yang sistematik, teratur dan tidak mengotori alam sekitar.
5) Kerajaan PAS Melaka dan agensi terbabit mesti melaksanakan pemulihan alam sekitar di kawasan Paya Mengkuang dan sekitarnya yang terjejas akibat penternakan babi yang sudah berlarutan selama 50 tahun.
6) Sebelum sesuatu tindakan diambil, kerajaan PAS Melaka, agensi kerajaan dan penternak akan duduk semeja berunding bagi menyelesaikan isu ini secara baik demi menjaga kebajikan penduduk setempat dan penternak-penternak babi.
7) Kerajaan PAS Melaka akan mencari suatu kawasan alternatif untuk dijadikan kawasan penternakan babi khusus untuk bekalan negeri Melaka sahaja. Manakala bilangan babi mesti dihadkan untuk kegunaan penduduk Cina negeri Melaka sahaja.
8) Kerajaan PAS Melaka dan pihak keselamatan mesti memantau kegiatan pihak-pihak tertentu yang mengaitkan isu ini dengan perkauman yang sangat merbahaya.
Sekiranya PAS Melaka bermesyuarat betul-betul dan mengubahsuai dan meluluskan perkara di atas maka terbentuklah "Manifesto Penyelesaian Masalah Babi Melaka" 3 tahun lebih awal daripada PRU 13 .
Alangkah indahnya kalau PEWARIS dan GGMM memonoh bantuan PAS Melaka setahun lebih awal.
Mungkin ada diantara pembaca melihat catatan blog saya yang terdahulu sebagai satu yang negatif, namun bagi sesiapa yang berfikiran positif dan oportunis, ini adalah satu peluang untuk memperkasakan PAS.
Berpusing!!!!!!
Zaman berubah.
Kalau dulu Hudud boleh dipersendakan, kononnya ramai orang akan kena potong tangan.
Ada kartun di media masa yang menunjukkan orang ramai angkat tangan ramai-ramai sambil menunjukkan tangan dipotong.
Orang UMNO sekarang, seakan-akan menepis tohmahan "UMNO Tolak Hudud".
UMNO tidak mahu melaksanakannya tetapi kini tidak berapa berani nak kata "UMNO tolak hudud".
Kalau UMNO berani, masa kempen di Kuala Terengganu nanti, bawalah politik "UMNO Tolak Hudud".
Jadi, saya sendiri tak boleh katakan UMNO olak hudud kalau UMNO belum bermesyuarat samada mahu tolak hudud atau tidak.
Masih belum terlambat bagi UMNO mana-mana cawangan, atau sayap atau Bahagian untuk bermesyuarat untuk memutuskan bahawa "Kami UMNO Cawangan X tidak tolak Hudud".
Berpusing!!!!!!