Alamat blog

Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan

UMNO Tolak Hudud atau Tidak?

12/30/2008 01:09:00 PTG | ,

Zaman berubah.

Kalau dulu Hudud boleh dipersendakan, kononnya ramai orang akan kena potong tangan.

Ada kartun di media masa yang menunjukkan orang ramai angkat tangan ramai-ramai sambil menunjukkan tangan dipotong.

Orang UMNO sekarang, seakan-akan menepis tohmahan "UMNO Tolak Hudud".

UMNO tidak mahu melaksanakannya tetapi kini tidak berapa berani nak kata "UMNO tolak hudud".

Kalau UMNO berani, masa kempen di Kuala Terengganu nanti, bawalah politik "UMNO Tolak Hudud".


Jadi, saya sendiri tak boleh katakan UMNO olak hudud kalau UMNO belum bermesyuarat samada mahu tolak hudud atau tidak.

Masih belum terlambat bagi UMNO mana-mana cawangan, atau sayap atau Bahagian untuk bermesyuarat untuk memutuskan bahawa "Kami UMNO Cawangan X tidak tolak Hudud".




Berpusing!!!!!!

Selalunya, sifat dengki sering dikaitkan dengan Melayu. Ya saya akui.

Banyak kes dimana orang melayu memusuhi musuhnya menggunakan kaedah dengki-mendengki dan ugut mengugut.

Ada juga kes dimana apabila seseorang melayu memusuhi melayu, dia akan mengarahkan ahli keluarganya supaya membenci ahli keluarga musuhnya itu.

Ini realiti.

Akan tetapi, Jed telah menulis tentang wujudnya Cina yang kuat mendengki sambil menggambarkan orang melayu kurang mendengki.

This handful of anti-Jed Yoong cybertroopers hate me ‘cos my family was rich.   And because my family benefited from Barisan.  Of cos, this people just see one side of the story.  Without Barisan contracts, there won’t be jobs, with no jobs, people will be poor, complain and probably join parties like the DAP.  These Chinese are the worst.  They are so dengki, just ‘cos they weren’t good enough to get the contracts.  They think those who did are all corrupt.  And what does PAkatan do when they are in power? 


Even when I wrote the most vile things about UMNO or PAS, I never receive such horrible comments on my blog, via email, chat, etc.  I wonder why they bother, just to vent?  I guess that’s a bit like me. But the hatred is unbelievable.

Agak menghairankan.

Adakah dengki mendengki hanya sesuai untuk sesama kaum masing-masing?

Adakah etnik India juga dengki mendengki sesama sendiri berbanding kaum lain?

Adakah budaya mendengki yang dikongsi semua kaum menjadi satu simbol integrasi kaum?



Untuk persoalan Jed, mengapa dia kurang dihentam oleh UMNO dan PAS, mungkin kerana kurangnya pengunjung Melayu yang membaca blog Jed. Sekiranya ada ramai pengunjung Melayu, pengunjung itu ialah jenis yang minda terbuka, kalau tidak masakan mereka datang membaca penulisan Jed yang hentam kiri-kanan.

Saya tidak nafikan cukup ramai pembaca Melayu yang sukakan "cerita-indah", orang PAS baca Harakah/Tranungkite blog PAS, orang UMNO baca Utusan dan blog UMNO.

Jika Jed ingin mengetahui betapa dengkinya Melayu sesama melayu, cuda daftar Tranungkite/MYKMU menggunakan nama gelaran seperti melayu, hantar artikel dalam BM.




Berpusing!!!!!!

Pada 1985, 23 tahun yang lalu,  di Negeri Melaka, ketika hari keputeraan TYT.
1 gelaran Datuk Seri dan hanya 3 gelaran Datuk dikurniakan.

Itu pun yang menerima Gelaran Datuk Seri itu adalah Perdana Menteri yang Pertama, Tunku Abdul Rahman.

klik untuk besarkan.
 


Berbanding dengan tahun ini  78 Datuk dikurniakan dan tahun lepas 80 orang Datuk.
Jumlah keseluruhan penerima anugerah ialah 178 pada tahun 1995, berbanding 758 pada 2008, dan 1183 pada 2007.

Berapa agaknya kadar inflasi gelaran Datuk?
Kalau pada 1985, hanya 4 orang dapat gelaran Datuk ke atas, tahun ini 78 orang.
Maka inflasi gelaran Datuk adalah 1950 %.

Nilai "Datuk" Negeri Melaka kini hanya  5.1% daripada nilai Datuk pada tahun 1985. Kemerosotan nilai sebanyak 94.9%.
Susut nilai yang agak tinggi.

Kalau dahulu, semua penerima pingat boleh disenaraikan dalam akhbar.

DSM, Darjah Seri Melaka,tanpa gelaran Datuk pun dipaparkan muka di akhbar.
.

Harap maaf gambar tidak jelas. Tangan goyang.




Berpusing!!!!!!

Pening memikirkan soal huruf Ga. Visi terlalu tinggi berbanding keupayaan diri.

Ini semua kerana secara tiba-tiba saya teragak untuk tanya Zul samada Ubuntu sudah menyokong jadi atau tidak.

Jangan pening-pening, Hari ini Robert Kubica naik podium. Tahniah.



Namun Robert Kubica tetap tidak mahu meletakkan keris di bendera negaranya seperti yang telah ditunjukkan oleh UMNO Merlimau.



Mungkin dia tak mahu meletakkan keris pada bendera negaranya kerana tak mahu lagu kebangsaannya jadi begini.



Berjumba Kita Berlumba
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Polski

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
DiPandang Mulia Dan Indah
" BERLUMBA , BERSETIA , BERKHIDMAT "
Cogan Katanya
Kubica Terus Mara
Untuk Rakyat Poland




Berpusing!!!!!!

Ini bukan cerita Shah Rukh Khan dapat datuk.

Diberitakan di Utusan Malaysia bahawa 758 orang memperolehi pingat pada hari keputeraan TYT Melaka.

Sekali pandang, sudah rasa cukup banyak.758 orang.
Sebenarnya tahun lepas 1183 orang mendapat pingat pada tahun lepas.

Baca baik-baik perenggan ini

Saadon berkata jumlah keseluruhan penerima yang berkurangan pada tahun ini berbanding 1,183 orang pada tahun lepas disebabkan Kod Etika Pemilihan Umno yang tidak membenarkan anggota parti itu dianugerahkan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri.
Jika ditolakkan 1183-758 = 425

Maksudnya ada lebih kurang 425 ahli UMNO tidak dapat pingat tahun ini.

Daripada 758 orang itu, tolak Shahrukh Khan dan pemimpin MCA MIC Gerakan. Ada banyak lagi baki orang Melayu yang profesional yang bukan ahli UMNO.

Baca semula perenggan tadi, dan anda boleh lihat bahawa Kod Etika UMNO dikaitkan dengan penganugerahan pingat.

Nampak sangat UMNO memberitahu kepada dunia mereka menguasai institusi TYT tanpa rasa segan silu.

Kod Etika Pemilihan UMNO adalah hal UMNO. Itu UMNO punya fasal.

Mengapa etika pemilihan UMNO dijadikan kretiria pengurniaan pingat?

Etika MCA MIC Gerakan tidak diambil kira?
Mereka juga akan adakan pemilihan pucuk pimpinan juga. Tetapi adakah MCA MIC Gerakan melarang ahlinya daripada menerima pingat?

Tidak beretika sangatkah penerima pingat?

Etika mana yang hendak dijaga? Etika penerima pingat atau pemberi pingat?

Sekiranya pengurniaan pingat dibuat tanpa ada unsur unsur yang tidak elok, apa perlu dikaitkan dengan Etika Pemilihan UMNO.




Berpusing!!!!!!

Ada orang kata, Hari Raya, lupakan perbalahan akibat perbezaan fahaman politik.

Namun, lain pula jadinya di Negeri Melaka, dimana puak yang kononnya sefahaman dalam politik.

Walaupun sama parti, banner aku mesti di atas banner engkau, maka aku hempap banner engkau.

Lihat tanda merah pada imej,:-

(klik untuk besarkan)

Banner siapakah yang dihempap oleh banner Ali Parlimen Jasin Itu?

Mari kita lihat Banner siapa yang dihempap oleh Baner Ucapan Hari Raya Ahmad Hamzah itu?
Setelah di selak, rupanya Banner Ucapan Hari Raya Ali Rustam yang kena hempap.

 (klik untuk besarkan)

Kasihan Sungguh Ali Rustam.

Dengan Ini saya lancarkan kempen "Jangan Tindih Banner Ali Rustam"

Apa yang terjadi pada UMNO Melaka?
Sudahkah Bendera UMNO diterbalikkan, kini Ali Rustam ditindih




Berpusing!!!!!!

Menurut Malaysiakini, Khairy Jamaludin seolah-olah membantah penangguhan pemilihan UMNO.

"Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, ...bagi mereka yang akan bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan ketua Pemuda, ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen.
  
"Tempoh kempen akan menjadi lebih panjang dan ia bukan senang. Bayangkan kempen pilihanraya dua minggu pun tidak mudah, inikan pula enam bulan.

"(Maknanya) dalam tempoh enam bulan itulah kita kena berkempen," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Menteri Besar Teregganu Datuk Ahmad Said  di Kemaman hari ini.

 Pada masa yang lebih kurang sama, Najib pula mengatakan ianya "Bijaksana".

"Keputusan itu dibuat dengan penuh bijaksana selepas mendengar pandangan pemimpin dan ahli akar umbi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara hari ini.

Kalau menantu sudah tidak mahukan tambahan masa  sebagai penyelamat jawatan PM PakLah, siapa pula yang dalang melobi supaya ianya ditangguhkan?

Syarikat katering? Syarikat percetakan kertas undi?

Adakah kerana bulan disember, banyak peruntukan sudah dihabiskan, maka susha untuk memuaskan "akar umbi"?

Ali Rustam dan Muhyidin pula mengatakan ianya bagus  untuk "Akar Umbi".

"Keputusan ini mengambil kira sentimen, pandangan akar umbi," 
 
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata,  keputusan MT untuk meneruskan mesyuarat perwakilan bahagian mulai 9 Oktober depan adalah satu keputusan yang baik dan melegakan semua pihak, terutama di peringkat akar umb
Adakah golongan pendesak dalaman UMNO yang mahukan ianya dilewatkan agar PakLah kelihatan seperti tamak dan berat nak melepaskan jawatan?

Kalau Khairy sudah yakin mahu bersilat di dunia politik tanpa tongkat dari mertuanya, maka biarkanlah dia bersilat.

p/s: Bila agaknya Ali Rustam nak siasat siapa yang terbalikkan bendera UMNO?




Berpusing!!!!!!

UMNO memang kini dalam keadaan "Kecemasan" atau "Distress".
Bukan saya kata, tetapi mereka yang menyatakan sendiri:-



Sheih Kickdefella sudah dikenakan tindakan atas akta hasutan kerana menterbalikkan bendera Malaysia.

Apabila bendera UMNO diterbalikkan , siapa agaknya akan dikenakan akta hasutan?


Mari kita lihat UMNO Cawangan manakah yang memberontak itu.


Agaknya apa punca berlakunya kecemasan itu?
Disebabkan oleh penangguhan pemilihan parti?

Adakah mereka merancang untuk menterbalikkan bendera UMNO di litar F1 Singapura sebagai bantahan terhadap Robert Kubica yang tidak mahu meletakkan keris di bendera negaranya?




Berpusing!!!!!!

Menurut Malaysiakini, Ahmad Said di gantung keahlian UMNOnya selama 3 tahun.

Adakah itu hukuman bagi rakyat Malaysia yang mengapi-apikan perkauman?
Apakah hukuman sekiranya seseorang yang mengapi-apikan perkauman itu bukanlah terdiri dari ahli parti politik?

Sekiranya Ahmad Ismail keluar UMNO sekalipun, dia masih lagi bebas untuk meng api-apikan perkauman.


Sekiranya Abu, bukan nama sebenar, seorang yang bukan ahli UMNO, mengapi-apikan perkauman, apa hukuman yang dia akan terima?


Dari sudut lain.
Apabila Mahahtir keluar UMNO, Ezam masuk.
Bila Mahathir Masuk, Ahmad Ismail digantung.




Berpusing!!!!!!

Pelik melihat telatah UMNO PUlau Pinang, Dikatakan sudah mengenali Koh Tsu Koon selama 18 tahun, tetapi tetap bekerjasama.

Entah apa yang tidak disukakan sangat tetapi masih boleh berkawan 18 tahun. Memang di luar tabie

Mengapa tidak mengoyak gambar Koh ketika dia Ketua Menteri? Kenapa selepas kedua-dua tumbang bersama baru nak koyak?
Takut tidak dapat habuan? Kerana faktor perut?
Kalau UMNO Pulau pinang bijak berpolitik, sudah lama mereka acah2 nak tubuhkan parti baru atau sebagainya. Tetapi masih lagi duduk di dalam UMNO/BN.

Agaknya siapa yang keluar dahulu daripada BN?
Gerakan atau UMNO Pulau Pinang?

Mungkin UMNO Pulau pinang mahu menjadi Perhungungan Negeri UMNO yang pertama keluar dari BN.

Atau mungkin kedua-dua keluar dari BN membentuk 1 parti tidak berasaskan kaum yang terbaik di Malaysia?
Positifnya pandanganku.



P/s: UMNO PUlau Pinang tak perlu mengoyakkan gambar Koh kalau sekadar nak menggantikan gambarnya dengan Gambar Lim 'Umar' Guan Eng.




Berpusing!!!!!!

Selama saya hidup di dunia ini, tidak pernah kedengaran Parti politik di Amerika mencadangkan pengagihan bantuan kemiskinan melalui parti politik yang memerintah.

Agaknya, Kalau Bush arahkan Republican untuk mengagihkan bantuan kemiskinan supaya McCain dapat mengatasi Obama, adakah rakyat Amerika akan "terhutang budi" kepada Republican?

Suasana berbeza berlaku di Negeri Melaka, dimana secara terang-terangan Ali Rustam mengarahkan supaya bantuan kemiskinan diagihkan melalui partinya.

Sila baca Berita di Akhbar Tanpa RSS, Melaka Hari Ini

Saudara Saudara boleh lihat bagaimana dia berkata, sekejap "Kerajaan" sekejap "UMNO".

Boleh lihat sendiri dengan jelas bagaimana cacamerbanya Parti Pemerintah yang sering melaungkan "Pakatan Rakyat Tak pandai memerintah".


"Perkara asas itu adalah seperti membela rakyat di semua peringkat, termasuk membela kemiskinan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam bajet 2009, baru-baru ini.

"Dalam Bajet 2009, mereka yang pendapatan kurang RM720 boleh memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ini selaras dengan saranan yang telah dibuat oleh UMNO di peringkat Cawangan, Bahagian dan Badan Perhubungan Negeri.

"Perkara berkenaan telahpun dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi (MT) supaya membela nasib golongan miskin ini sepatutnya menjadi keutamaan Kerajaan.

"Alhamdulillah, nampaknya perkara itu telahpun diterima oleh Kerajaan dan telah pun dimasukkan ke dalam Bajet 2009 yang diumumkan baru-baru ini," jelasnya.

Lihatlah bagaimana Majlis Tertinggi UMNO boleh memutuskan supaya pengagihan Dana Kerajaan (Yang juga tidak terdiri daripada UMNO sahaja) adalah diagihkan melalui UMNO.

Ada wakil kaum India dan Cina dalam Majlis Tertinggi UMNO?

Memang dilihat hasratnya murni untuk membantu orang miskin, akan tetapi apabila UMNO dijadikan sebagai sebahagian ejen mengagihan. Apa pula nasib kaum India?

Memang akan ada orang UMNO yang mengatakan mereka tidak melilih parti atau jenis fahaman politik. Tetapi siapa boleh percaya?

Kalau hendak mengatakan semua UMNO memilih bulu ketika mengagihkan bantuan, bohong namanya. Ada yang tidak memilih bulu, ada yang memlilih bulu.

(gigiku patah lagi ketika mengunyah karipap)

Jadi adakah anda menyokong dasar pengagihan bantuan kemiskinan melalui parti politik?
Dunia akan mentertawakan Amerika kalau McCain melakukannya. Akan tetapi tidak di Malaysia.


Di Malaysia, rakyat sudah biasa, Wakil rakyat tugasnya ialah agihkan bantuan.
Kena baik dengan dia. Kena baik dengan JKKK.

Nanti tak dapat bantuan.

Itu mentaliti orang Melayu.

PAS, PKR DAP?
Tak perlu tiru UMNO menagih undi dengan menjadikan "pekerja parti" sebagai alat menagih undi walaupun itu cara yang berkesan. Sebaliknya membentuk dasar supaya pengagihan dilakukan dengan lebih telus dan adil oleh jentera kerajaan dan bukannya parti politik.

Mana satu anda percaya boleh mengagihkan UMNO atau orang lain yang bebas?

Melihat akan carta organisasi Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka, semua Melayu, adakah anda yakin bantuan boleh sampai kepada orang india di Estet Merlimau.

Sekiranya Bantuan kepada golongan miskin India diagihkan melalui parti politik, Parti politik Mana yang agihkan untuk India Merlimau? PPP atau MIC?




Berpusing!!!!!!

Tahun lepas saya sudah mencadangkan bahawa Malaysia perlu mempunyai lagu kebangsaan yang baru.

Mari kita lihat Indonesia.



Itu bukan sekadar bendera Indonesia, tetapi ianya bendera "Sang saka merah Putih".
Sang Saka Merah putih bukan sahaja Bendera Indonesia, Ia juga bendera kita.
Bendera Nusantara, Malaysia Indonesia, selatan Filifina, Selatan Thai.

PKMM kata, Sang Saka Merah Putih itu jangan dikotori, dengan meletakkan keris padanya.
Menjadi Bendera UMNO.




Namun Bendera PAS juga Sang Saka Merah Putih dikotori, Namun ia tetap berasal dari sang saka merah putih.


Nampaknya UMNO dan PAS sama-sama mengkotori Sang Saka Merah Putih, namun ia jelas nampak berasal dari Sang Saka Merah Putih.

Begitu juga bendera Singapura, berasal dari Sang Saka Merah Putih.



Dan juga bendera Melaka, mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih.


Mengapa Bendera Malaysia tidak langsung mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih?
Apa yang dibanggakan sangan dengan jalur menyerupai Amerika itu?

Maka, hari ini, saya merasakan perlu Malaysia menukar bendera Negara kita kepada bendera yang menggambarkan Sang Saka Merah Putih.

Oleh kerana, Indonesia sudah ambil "Sang Saka Merah Putih" yang tidak diubahsuai, maka Malaysia terpaksa "mengkotori" Sang Saka Merah Putih untuk dijadikan Bendera Malaysia yang baru.


Walaupun saya tidak menterbalikkan bendera seperti blogawan Amin Iskandar, Sama amat setuju cadangan dia supaya bendera Malaysia dicipta semula.

d) Bendera Malaysia dicipta semula. Malulah orang kata bendera Malaysia macam bendera Amerika Syarikat (Di Afghanistan, sewaktu menyertai dua misi pemantauan pilihanraya pada tahun 2004 dan 2005, rakyat Malaysia diharamkan untuk membawa bendera kerana dikhuatiri akan diserang oleh puak Taliban oleh kerana bendera Malaysia mirip bendera Amerika Syarikat)




Saya pula nak tambah syarat, "MESTI" ada unsur Sang Saka Merah Putih.
Maka Bendera Malaysia yang baru mungkin begini?


Sang Saka Merah Putih Malaysia?




Berpusing!!!!!!

Lihat cekupan skrin kekotak borak di laman blog Mutaligat.




Bila ahli politik UMNO Kampung mula masuk ke alam siber, itulah jadinya.
Segala hujah yang sesuai untuk penyokong UMNO kampung Tedong dan Sempang mula keluar ke alam siber.

Mari kita mengiakannya.

Ya lah, kalau tiada UMNO dan Barisan Nasional, tiada Menara Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur dibuat mengunakan duit UMNO, bukan duit kerajaan persekutuan atau duit kerajaan Negeri.

Kalau UMNO tak ada yang sokong, maka tak adalah Menara Kuala Lumpur.

Putrajaya bukan dibuat menggunakan duit PETRONAS, tapi dibuat oleh duit UMNO, duit yuran ahli dia yang dia kumpul ramai-ramai, maka jadilah putra jaya.

Kerana itu kita kena sokong UMNO, kalau UMNO kalah, nanti dia angkat semua bangunan di Putrajaya itu bawa balik ke cawangan-cawangan UMNO.

Eh, Rupanya Lebuhraya pun dibuat menggunakan duit UMNO, kalau UMNO kalah, nanti dia angkat lebuhraya itu bawa balik simpan dibelakang rumah Pengerusi JKKK.

Keretapi?
Jaringan keretapi kerajaan British yang buat, Kerajaan BN tambah sedikit sahaja.
Kita patut bersyukur kerana UMNO telah berjaya membuatkan British tak bawa balik rel keretapi ke negara mereka.




Berpusing!!!!!!

Bersungguh-sungguh Pemuda UMNO Kampung Tedong menyiarkan Sumpah Melayu sambil dihiasi Datuk Onn sebagai Latar Belakang.



Sumpah tersebut dilafazkan ketika dia masih lagi UMNO. Ketika itu dia masih lagi mempercayai bahawa dengan UMNO boleh berjuang.

Namun Datuk Onn Keluar UMNO, kerana dia mahu membuka UMNO kepada bukan melayu.

Kerana apa?

Orang UMNO peringkat kampung hanya tahu langkah itu sebagai "pengkianatan kepada bangsa", memang sampai 2008 ini pun pemikiranmereka setakat itu.

Walhal Datuk Onn tidak setuju benar dengan Tunku yang mahu memberikan kerakyatan murahan kepada pendatang asing. Datuk Onn ingin membuka UMNO kepada bukan melayu kerana mahu mengawal kerakyatan. Orang UMNO zaman milenium baru ini yang duduk di Kampung Tedong mana faham.

Hasilnya, Datuk Onn keluar UMNO, tubuhkan IMP, kemudian orang IMP sendiri diludah oleh orang UMNO, Itu sebelum merdeka.

Tetapi ludahan orang UMNO terhadap orang IMP itu tiada ertinya.
IMP mahu merdekakan Malaya tanpa memberi kerakyatan kepada pendatang Asing, UMNO pula memberikanl kerakyatan murahan sebanyak 1 juta dengan harapan mereka dapat mengundi perikatan.

IMP dan PAS pada awalnya memang tak bersetuju dengan langkah Tunku dan UMNO memberikan kerakyatan murahan.

Oh! Kenapa perlu berikan kerakyatan terus? Mengapa tidak berikan penduduk tetap sahaja dulu, dan sedikit demi sedikit diberikan kerakyatan apabila mereka terbukti setia kepada Negara.
Kerakyatan boleh diberikan kemudian, letak sahaja syarat selepas 3 atau 4 generasi.

Hakikatnya, Perikatan mahukan undi daripada "kaum pendatang" yang telah diberikan kerakyatan itu.

Kemudian UMNO cuba menutup kesalahan mereka dengan mengadakan kontrak sosial, kontrak sosial itu hanya diantara pemimpin perikatan.

Mengapa UMNO begitu beria tidak mahu orang membincangkan kontrak sosial?
Mereka tidak mahu orang melayu tahu yang mereka yang memberikan kerakyatan murahan. Itu kesalahan utama mereka. Mereka tidak mahu orang kampung tahu, pemimpin PAS Dr Burhanudin Helmi menentang pemberian kerakyatan murahan diberikan oleh UMNO.

Takut orang Melayu beralih kepada PAS?

Kini, Kerakyatan telah diberi, maka layanlah mereka sebagai rakyat Malaysia. Kalau tak mahu layan sebagai rakyat Malaysia, kenapa dulu berikan kerakyatan murahan?
Kalau tak mahu beri layanan sebagai rakyat Malaysia, kenapa tidak berikan sahaja taraf penduduk tetap?




Berpusing!!!!!!

Diberitakan bahawa puteri UMNO diraba ketika berlakunya penamaan calon di Permatang Pauh semalam.

Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad mendakwa, sekumpulan lelaki yang memakai baju-T PKR serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa ahli Puteri Umno semasa melalui belakang mereka.

Apabila ahli Puteri memarahi mereka, kumpulan lelaki itu telah meludah ke arah mereka menyebabkan ahli Puteri terbabit melaporkan insiden itu kepada polis yang membawa masuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mententeramkan keadaan, katanya.

"Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri Umno itu tak gentleman langsung. Mereka (lelaki) sepatutnya kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh," katanya.


Laporan Polis itu sekadar cakap mulut atau laporan bertulis?

Ketika Puteri UMNO diraba oleh orang UMNO di Muar dahulu, ada salinan laporan polis.

Kali ini belum timbul lagi salinan laporan polis.
Nak tahu juga "sekumpulan orang yang memakai baju T PKR" itu pekerja parti dari parti yang mana satu?




Berpusing!!!!!!

Diberitakan bahawa PAS tidak mahu muzakarah, akan tetapi mahukan muqabalah.

Kemudian timbul persoalan apa itu muqabalah.

Terus terang saya tak tau maksudnya, tapi saya pernah nampak perkataan itu.

Dalam buku "Great Muslim Mathematician" tulisan "Mohaini Mohammad"

Kitab Al Jabr W'al Muqabala adalah kitab matematik yang terulung sekali, bapa kepada segala kitab matematik dalam dunia ini. Kitab itu ditulis oleh Bapa Matematik (Ilmu Hisab) yang dikenali sebagai Al-Khwarizmi.

"Al-Khwarizmi" itu hanya gelaran sahaja, berdasarkan nama tempat kelahirannya. Tempat "Khwarizm" itu sekarang dikenali sebagai "Khiva".
Nama sebenarnya ialah Muhammad ibnu Musa. Di tambah dengan gelaran, maka jadilah Muhammad ibnu Musa Al-Khwarizmi.

Orang putih menggelarkannya "algorithm".

Kitab itu bermaksud "The Book of Restoring and Balancing"

Ramai orang keliru menjangkakan bahawa algebra, berasal dari seseorang yang bernama Al Jabar, akan tetapi ia sebenarnya berdasarkan nama buku, dan bukannya nama orang.

Jadi apa itu muqabalah?
Pemulihan? pengimbangan?

Apa kaitan dengan muzakarah atau perbincangan?

Adakah PAS dan UMNO duduk semeja berbincang soal matematik?

Ada sesiapa tahu maksud muqabalah yang diperkatakan itu?




Berpusing!!!!!!

Buletin Utama tadi menceritakan bagaimana Cuepac mendedahkan terdapat lebih 40,000 pekerja kerajaan yang berstatus kontrak. Kontrak boleh untuk tidak disambung atau ditamatkan, walaupun ada diantara mereka sudah bertahun-tahun kerja.

Itu bukan cerita utama, Cerita utama ialah Nasib beberapa pekerja ADUN UMNO yang ditamatkan kontrak hanya kerana ADUN baru tidak memerlukannya.

Ianya terjadi pada P.A. ADUN di Negeri Melaka dimana ADUN telah bertukar atau Kawansan DUN telah ditawan DAP.

Di Negeri Melaka ada Japeru, dimana 1 ADUN akan menggunakan Japerun untuk melaksanakan kerja-kerja ADUNnya.

Setiausaha Japerun juga ada yang tidak disambungkan kontraknya akibat pertukaran ADUN.

Maka, ramailah P.A. ADUN dan Setiausaha Japerun yang mengganggur di Negeri Melaka ini.

P.A ADUN umpama pemegang diary merah (Anwar Ibrahim) bagi seseorang ADUN.

Politik politik juga, tapi kalau ditamatkan kontrak, kemudian terpaksa menempuh saat kenaikan harga minyak tanpa pekerjaan.

Seorang bekas P.A ADUN yang menganggur telah berjumpa saya menceritakan masalah ini.

Bayangkan seorang P.A. ADUN telah berkhidmat dengan beberapa ADUN, semudah itu kontraknya tidak disambung kerana ADUN baru tak mahu walaupun telah dicadangkan oleh ADUN lama.

Terdapat juga P.A ADUN yang pernah menjawat jawatan setiausaha Puteri UMNO Bahagian tertentu selama beberapa tahun.

Apabila ditanya, siapa yang membayar gajinya, dia menjawap gaji dibayar oleh kerajaan negeri, namun ia sebagai kontrak. Dia juga menceritakan bahawa tiada peruntukan gaji PA untuk ADUN bukan BN.

Dia ada sijil "Berjoging Bersama Ali Rustam", gambar Ali Rustam memenuhi sijil itu.

Yang menghairankan, Ali Rustam begitu berbangga dengan data yang dibekalkan oleh State Implementation Directorate (versi BM) mengatakan pengangguran ditahap minimum. Maka Bersilatlah Saudara Adly menyanggahnya dengan mengatakan DSAR patut bimbang dengan banyaknya siswazah menganggur.

Bagi saya pula, saya cukup tidak percaya kalau penganggur bukan siswazah hanya 1600 orang.

Siapa nak percaya statistik pengangguran Negeri Melaka, kalau Bekas P.A ADUN UMNO pun sudah minta kerja dengan orang PAS?

Kembali ke Cerita Bekas P.A ADUN UMNO, saya tanya dia, kalau DAP ambil dia bekerja untuk macam mana? Dia jawap OK, asalkan ada kerja. Tapi dia masih lagi Puteri UMNO.

Hello, Ini soal periuk nasi.

Kalau mengikut Ali Rustam, siapa sahaja yang bekerja dengan pembangkang, mahu dipecatnnya dari parti dan digelar optunis.

Nampak gayanya, untuk PRU 13, terpaksalah tambah di Manifesto "Bersedia mengambil bekas P.A. ADUN BN bekerja"




Berpusing!!!!!!

Dulu Faisal Tehrani sibuk menceritakan tentang Dewan Pengawal Fasal 5.
Rupanya UMNO yang memerlukan Pengawal Fasal 20 Perlembagaan UMNO.


Catatan berikut ditujukan kepada Ali Rustam (klik) oleh Pengawal Fasal 20 Perlembagaan UMNO (iskandarjohan).



nampaknya Datuk sendiri juga telah melanggar perlemvbagaan UMNO dan wajib di hadapkan ke LEmbaga Tatatertib kerana telah berbohong kepada semua ahli UMNO yg kononnya semua cawangan di seluruh MELAKA menyokong PM dan TPM sedangkan semua mesyuarat cawangan dan bahagian belum pun bermula.. Sila semak fasal 20 perlembagaan

.


Datuk untuk pengetahuan Datuk kami di cawangan-cawangan di bahagia kota anggerik dan shah alam tidak pernah memberi mandat kepada KEtua Bahagian untuk menyatakan sokongan kami kepada Pak LAh. NAmpaknya Ketua Bahagian kami telah membelakangkan kami sekali lagi maka Insyallah dengan izinnya datangnya mesyuarat Julai ini maka kami akan sendirinya membuang KEtua Bahagian kami yang langsung tidak perihatin apakah kemahuan ahli-ahli di cawangan. Dan kami akan menyatakan kepada siapa sokongan kami sebenarnya.

Dan bahawasanya kami akan menhantar satu bantahan kepada Lembaga Tatatertib UMNO untuk membawa semua Ketua Bahagian Selangor,Penang dan Melaka keran melanggar Perlembagaan UMNO fasal 20 dan etika Pemilihan.Kami juga akan membuat bantahan kepada Pak Lah kerana menyalah gunakan kedudukan untuk berkempen sedangkan org lain di larang.

wassalam.

Benar kerana Allah..





Berpusing!!!!!!

Pada topik yang lalu saya mempersoalkan kenapa Sistem Pendidikan
masih memerlukan program tambahan diluar waktu sekolah yang mempunyai label UMNO, sedangkan Kementerian Pendidikan dikuasai mereka
.

Maka datanglah askar-siber UMNO yang tak putus-putus mengatakan "jangan mempolitikkan pendidikan".

Agak lucu, kerana pendidikanlah yang menentukan masa depan generasi akan datang, tetapi ianya tidak boleh dipolitikkan mengikut ruanglingkup pemikiran mereka.

Ruanglingkup pemikiran mereka mungkin hanya menganggap politik itu samada sokong UMNO atau tidak. Tiada langsung memikirkan dasar atau kaedah yang lebih baik perlu diubah pada kerajaan supaya keadaan menjadi lebih baik.

Bagi saya Pendidikan memang perlu dipolitikkan, kerana ianya membentuk generasi yang bakal menguasai dunia akan datang. Bagi mereka pula mereka hanya mahu lahirkan generasi yang terus menyokong UMNO.

Jika mereka memang tidak mahu mempolitikkan pendidikan, tak hairanlah susah benar nak beri buku teks percuma. Bila ada sesiapa perkatakan buku teks perlu diberi percuma, mereka akan kata "Jangan mempolitikkan pendidikan".

Pendidikan percuma ialah janji politik Pakatan Rakyat. Agaknya mereka lebih suka pendidikan berbayar asalkan agenda Pakatan Rakyat tidak dilaksanakan kerana bagi ruanglingkup pemikiran mereka, "Jangan Politikkan Pendidikan".

Patutlah apabila Bahasa Pengantar bagi Sains dan Matematik ditukar, mereka berdiam diri kerana dasar "Jangan politikkan pendidikan".

Apabila Sampin pelajar Sekolah Agama berwarna hijau, mereka pun berkata "Jangan Politikkan Pendidikan", maka ditukarlah warna sampin itu ke warna hitam kerana fobia warna bendera PAS. Tidakkan itu tindakan mempolitikkan pendidikan oleh UMNO Melaka?

Bagi pembaca luar dari Melaka, Saya nak beritahu, Sekolah Agama di Negeri Melaka tidak dibenarkan menggunakan sampin warna hijau atas Ali Rustam.

Mungkin itu langkah sesuai untuk menggambarkan "Jangan mempolitikkan Pendidikan".

Tindakan Paklah menukar Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran juga mungkin hasil dari saranan "Jangan mempolitikkan pendidikan".

Sekarang ini, pelajar yang hendak menduduki peperiksaan seolah-olah ditekan dengan "Kelas Tambahan". 20 tahun dahulu, tidak pula kedengaran kelas tambahan yang begitu banyak. kemudian tidak cukup lagi dengan kelas tambahan perlu ada tusyen berbayar.

Sedangkan pelajar sekolah mempunyai banyak masa. Daripada darjah 1 hingga enam tidak mempunyai cukup masa untuk belajar disekolah?

Akan tetapi ada pula masa untuk belajar lukisan.
Perlukan belajar lukisan sepanjang tahun selama beberapa tahun?

Akan tetapi suatu ketika dahulu, pelajar sekolah rendah hanya memerlukan masa 5 tahun sebelum menduduki peperiksaan pernilaian darjah 5. Akan tetapi ketika ini 6 tahun belajar, masih tidak cukup masa nak belajar.




Berpusing!!!!!!

Penglibatan UMNO, dan jentera UMNO dalam aktiviti pendidikan akademi diluar waktu sekolah , dari luaran nampak baik. Kelihatan seperti nak membantu masyarakat.

Suatu ketika dahulu, Pemuda UMNO pun buat tusyen. UMNO itu UMNO ini buat itu ini.

Puan Emy dengan bangganya mengatakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2008 telah berjaya.

Maka Penyokong UMNO akan mengatakan UMNO lah yang baik.

Tetapi, mereka lupa, Menteri Pendidikan juga orang UMNO, berkuasa menentukan dasar pendidikan dan pengkaedahannya.

Mengapa Sistem Pendidikan di Malaysia memerlukan sayap parti politik untuk dijayakan?

Mengapa tidak Sistem Pendidikan di sekolah direka supaya tidak memerlukan tusyen?

Ianya seolah-olah satu agenda untuk melemahkan sistem pendidikan, dan kemudian adanya "UMNO" untuk menyelamatkannya.

Bukankah teknik menjawap soalan UPSR boleh diajar disekolah di dalam waktu sekolah?

Mengapa perlunya sesi lain melibatkan sayap parti politik yang memerintah untuk menampal kebocoran pada sistem pendidikan?

Mengapa tidak Puteri UMNO menyatakan dengan jelas kepada Menteri Pelajaran bahawa mereka mahukan sistem pendidikan yang tidak perlu ditampal?

Bagi mereka BN mampu memerintah, akan tetapi menyediakan kekoyakan untuk ditampal oleh sayap parti politik pemerintah.

Kalau parti politik bukan UMNO menyediakan tusyen, ia adalah langkah untuk menampal kekoyakan pada sistem pendidikan yang dikawal oleh menteri UMNO.

Kalau UMNO menyediakan tusyen, ia menunjukkan cacat cela pada sism pendidikan yang dikawal oleh Menteri Pelajaran UMNO.

Dalam erti kata lain, Puteri UMNO Masjid Tanah mengesahkan Sistem Pendidikan dibawah Hishammudin ada cacat celanya.

Itu yang dipanggil oleh mereka "Mampu memerintah".




Berpusing!!!!!!