Che Det telah membuat satu catatan blog berkenaan harga minyak turun menceritakan bahawa kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 peratus dalam Ringgit Malaysia.
Dipendekkan cerita, kalau harga minyak sebenar ialah RM 2.70, nilai ringgit naik 20%, maka harga minyak itu hanya RM 2.16
Che Det dan saya menggunakan teori yang sama iaitu naikkan ringgit supaya harga minya sebenar dalam ringgit itu turun. Maka tak perlu fikir "subsidi" sangat kalau perbezaan harga minyak runcit dengan sebenar hampir tiada beza.
Sekiranya Ringgit meningkat sebanyak 30%, harga minyak RM 2.70 ialah RM 1.89. Maksudnya harga minyak boleh turun.
Akan tetapi bukan dengan cara murahan Anwar Ibrahim untuk "tambah subsidi guna duit PETRONAS". Akan tetapi dengan mengukuhkan ringgit.
Saya sudah berkali-kali menulis tentang meningkatkan nilai ringgit supaya masalah ini dapat diselesaikan atau dikurangkan. Dan pernah juga saya menyuarakan perkara sebegini kepada Bekas Menteri KPDN suatu ketika dahulu.
Kembali kepada catatan Che Det yang mahukan ringgit dinaikkan untuk mengurangkan harga minyak dalam Ringgit.
Dia mempersoalkan seolah-olah kerajaan telah mengapungkan Matawang Ringgit, dan menyebabkan ianya tidak stabil. Setahu Saya Ringgit belum diapungkan sepenuhnya lagi. (Mungkin saya salah)
Dia juga mengaku supaya "menasihat" seorang menteri supaya ringgit tidak diapungkanIni bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.
Makin pening nampaknya, Adakah Ringgit telah diapungkan atau tidak?
Mengapa Che Det begitu fobia dengan pengapungan Ringgit hanya kerana krisis 1998.
Che Det begitu menyalahkan Kerajaan kerana mengikut telunjuk IMF, sedangkan rasanya Ringgit belum diapungkan.
Jadi apa langkah nak dinaikkan nilai Ringgit supaya Rakyat tidak pening akibat perbezaan ketara nilai petrol dalam ringgit dengan kuasa beli yang kita ada?
Jadi Jika Che Det mengaku mempengaruhi menteri supaya tidak apungkan ringgit, Jadi Che Det juga terlibat dalam menyebabkan nilai ringgit kita masih rendah.
Dipendekkan cerita, rakyat tak peduli apa punca kenaikan harga minyak, rakyat tak berapa peduli kalau minyak mahal dalam keadaan semua orang mampu.
Ini soal kemampuan bukan berapa harga minyak itu.
Jadi kalau minyak mahal, ada 2 cara.
Turunkan harga minyak
(akan ada kebocoran subsidi dibawa kenegara asing)
ATAU
membuatkan rakyat menjadi mampu dengan adakan subsidi makanan
(akan ada sedikit inflasi, tetapi golongan miskin tak berkenderaan lebih terbela)
Kefobiaan CheDet Terhadap Pengapungan Matawang Ringgit
6/05/2008 11:37:00 PTG | Dr. Mahathir, Ekonomi, Matawang, MinyakBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam
prof engku aziz baru cadangkan pasal kupon makanan dan barang keperluan dalam satu forum semalam.
dia antara pengunjung teraktif sini ke?
tanpanama:
Ada URL tak?
salam
tak ada bro.saya tengok tv3suku pagi tadi di buletin pagi.ada disiarkan.mungkin akan disiarkan dibuletin utama malam ini atau buletin 1.30
Rasanya idea cadangan pengurangan subsidi minyak memang akan digunakan untuk subsidi sekuriti makanan sebelum ni pun? Bagus lah jugak tu, baru adil semua orang boleh mampu nak guna subsidi makan sama2, bukan yang kaya je makan minyak murah kita lebih2.
Ada jugak orang pandai curi idea dari blog. Tapi baguslah! Maknanya benda yang bernas tu memang lah boleh diguna pakai orang kat atas sana. Lebih baik bagi idea daripada duk kutuk mengutuk. Acu cuba masing2 dok perah otak cara yang baguih untuk rakyat jelata yang miskin macam kita ni... uhuk uhuk....
Mungkin Che Det masih fobia episod spekulator kewangan lewat 90an. Kalau kita masih ingat dia tak habis-habis salahkan George Soros sebagai the punca utama kegawatan ekonomi dunia.
Ataupun, sebab dia berjaya bawa ekonomi malaysia dengan tidak mengapungkannya ke pasaran ataupun dengan meminta bantuan IMF. Ini mungkin sebab dia rasa cara dia betul. Tapi, perlu diingat, apa yang betul pada masa lepas tak semestinya betul untuk masa sekarang apatah lagi masa akan datnag.
Ataupun, mungkin disebabkan Che Det ini memang jenis degil / 'stubborn' orangnya. "Cara aku memang sentiasa betul". 'My Way' lah katakan... :-)
Ya betul, kalaulah cara mengurangkan harga minyak menggunakan kaedah anwar tu mmg sy tak pernah setuju..org2 yang 'agak kurang' skit dalam ekonomi mungkin bleh yakin begitu..
Kareem:
Sedangkan hujah di ICJ pun peguam negara dapatkan fakta dari blog. Inikan pula isu sebegini.
hehe
ikram:
Kan dulu saya pernah tulis pasal Dr M suka meracuni fikirannya sendiri.
Dia racuni fikiran dia supaya benci IMF, benci pengapungan Ringgit.
Tak begitu faham dengan penjelasan kamu. Kenapa harga naik untuk turun? mane pergi duit subsidi selama ni selepas kenaikan harga minyak? Ape yang saye tau ni, adelah nasi lemak nanti ku tak mampu makan. Kalau minyak naik harga, semuanya naik harga....
Assalamualaikum.
Aku ada sikit pandangan.
Aku pikir dah sampai masanya kita kembali pd sistem kewangan Islam; iaitu guna dinar emas sbg mekanisme transaksi perdagangan domestik-global.
Sebenarnya, nilai mata wang (termasuk RM) walaupun ditambat masih boleh dijual beli.
Kedua, mata wang tersebut bukanlah nilai sebenar, tp sesuatu yg elusi dan boleh dispekulasi.
Ketiga, semua mata wang dunia ditambat pd emas dan emas inilah sebenarnya single currency.
Cuba lihat pasaran emas semasa, bilakah nilai emas akan meningkat?
Pertama, nilai emas tidak pernah turut dlm sejarah dunia; kerana emas adalah single currency bg semua transaksi nilai mata wang sedunia.
Kedua, emas akan terus naik terutama ketika spekulasi mata wang berlaku dlm pasaran mata wang global dan domestik satu2 negara.
Sebagai contoh, Malaysia sendiri. Ketika krisis mata wang 1997, mata wang negara turut menerima impak spekulasi (walaupun ditambat / x sepenuhnya).
Namun, sesuatu yg menarik, nilai emas domestik naik paling tinggi dlm sejarah nilai emas Malaysia. [Aku x ingat berapa peratus angkanya sbb artikel yg pernah aku tulis 3 thn lps tlh hilang].
Pokok pangkalnya ekonomi Malaysia semakin kuat walaupun menerima spekulasi mata wang atau minyak (mcm skrg)jika kita kembali kepada sistem Islam; guna dinar emas!
Kita ingat tak dahulu time piala dunia lepas; Iran hampir2 masuk suku akhir?
Time tu, Mahmood Ahmadinejad ckp: klu Iran masuk akhir, Presiden Iran sendiri akan mengetuai skuad penyokong Iran.
AS dll marah. Akhirnya mengeluarkan suatu spekulasi: seru EU sekat ekonomi Iran.
Presiden Iran balas: Kami (Iran) ada minyak. Semua negara EU bleh beli minyak (dlm tawaran istimewa) kami dgn syarat tidak guna duit USD. Guna Pound Sterling pun xpe...
Implikasi atas spekulasi tersebut, duit USD jatuh teruk.
AS x baca yg minyak ini (merujuk pd Iran) turut diperlukan oleh dunia (termasuk EU) sendiri.
Ini kesan spekulasi mata wang dan/atau barangan asasi (mcm minyak).
Bayangkan jika kita (dunia Islam atau Malaysia) cuba memperjuangkan sistem 'single currency' sendiri; iaitu guna emas@dinar emas?
Kita bukan sahaja akan mengukuhkan mata wang negara; malah mungkin akan mula menjadi kiblat alternatif pd sistem perdagangan global dan ekonomi dunia [sgn syarat kene lawan dgn Swiss Bank dulu; sbb ada polisi yg halang buat emas sendiri jd matawang wang]
Lebih dari itu, silap2 kita akan mewujudkan suatu tarif baru 'globalisasi' dlm sistem ekonomi global; di mana sistem ini akan menjadikan dinar emas sebagai mekanisme transaksi internasional. Bukan lagi mata wang ilusi mcm USD dll
Dgn kebolehupayaan negara umat Islam yg kaya dgn hasil bumi spt minyak, besi, arang batu dll; secara x langsung kita sdg mewujudkan suatu neo-khalifah atau blok ekonomi baru (alternatif).
Setakat ini dulu. Hanya sekadar suatu pandangan.
Mungkin ada kekurangannya krn aku bukan sarjana dlm economy.
cuma ada baca2 sikit2 dulu di Universiti. Tlg tegur klu salah.
http://zainulfaqar.wordpress.com
cara anwar nak turunkan harga minyak tidaklah simplistik begitu. takkan manusia selicik anwar akan tawarkan sesuatu yang semudah itu.
che det pula sepatutnya bersyukur yang paklah telah melakukan sesuatu yang dia tak mampu lakukan, tarik subsidi dari rakyat. masa zaman pemerintahannya, dia selalu ulang yang petani tidak boleh terus bergantung kepada baja dan benih subsidi dari kerajaan. tapi dia tak berani nak buat. paklah berani. hehe
aku heran...
yang beri pendapat kat blog ni pernah jadi perdana menteri ker...
baik che det atau abdullah...mereka tentu ada pendekatan sendiri...
aku? tak layak jadi perdana menteri
Sebab kita bukan perdana menteri lah, kita bagi pandangan mcm ini. Agar pihak berwajib boleh pertimbang2kan.
Satu perkara lagi, x semua yg cerdik suka jd perdana menteri. Rata2 mrk ini terjun dlm bidang akademia dan membina generasi muda di Universiti
ZAINULFAQAR (ada nama)
http://zainulfaqar.wodpress.com