Ali Rustam adalah ahli politik yang suka merepek.
Kata-katanya banyak yang merepek.
Di atas sebab itu apabila dia berkata soal Jambatan ke Dumai, ramai yang kata dia merepek.
Ali Rustam banyak membazir wang kerajaan negeri.
Maka bila dia cadangkan Jambatan ke Dumai, maka minda kita automatik nampak ianya sebagai satu lagi pembaziran.
Jika Negeri Melaka penuh penyelewengan, maka pembinaan Jambatan itu juga dijangka akan berlaku penelewengan.
Lupakan sebentar tentang Ali Rustam.
Pandangan masyarakat terhadap cadangan itu condong kepada negatif hanya kerana yang cadangkannya ialah Ali Rustam.
Oleh itu, cuba bayangkan bahawa cadangan itu dibawa oleh orang yang 'kool' seperti 'Rausyanfikir' , orang yang kacak seperti Husam Musa atau saya
Mungkinkah maklumbalasnya berbeza?
1824, adalah tahun dimana "Empayar" Johor Riau sewenang-wenangnya dibelah dua oleh Inggeris dan Belanda.
Punca segala perpecahan adalah berpunca daripada penjajah, bukannya suka-suka orang Semenanjung tubuhkan Malaysia, orang Sumatera tubuhkan Indonesia.
Burhanuddin Al-Helmy, lebih cenderung untuk merdeka bersama. Tetapi disebabkan oleh penjajah tak sama, jadi merdeka tak sama.
Zaman dahulu, sesiapa sahaja boleh menyeberang menggunakan perahu untuk ke seberang. Tiada Passport diperlukan.
Zaman ini, "Bangi" yang lebih jauh daripada Melaka, kelihatan lebih dekat daripada Dumai.
Saya sendiri tidak pernah ke Dumai.
Zaman sempadan politik adalah sempadan segalanya, membuatkan mereka cukup jauh.
Sempadan internet pun dikira jauh.
Penduduk Dumai baca blog orang Melaka?
Penduduk Melaka baca blog orang Dumai.
Siapa yang memisahkan Melaka dan Dumai sehingga begitu "Jauh".
British dan Belanda.
Kenapa lebih mudah untuk orang Malaysia menyeberang ke Singapura?
1. bekas Jajahan British juga
2. Ada tambah Johor
3. Ada Linkedua
Mengapa mudah untuk orang Malaysia ke Selatan Thai?
1. Tak perlukan Jambatan,
Masih di dalam Malaysia, kenapa Pulau Pinang pesat membangun selepas adanya Jambatan sehingga perlukan jambatan lagi 1?
Saya sudah kata dulu Batalkan sahaja pembinaan Jambatan Pulang Pinang kedua
Sila baca perenggan di bawah tanpa rasa perkauman.
Mengapa bagi pulau yang majoritinya bukan Islam di binakan Jambatan? Mengapa pula apabila dicadangkan sahaja Jambatan untuk menyambung 2 kawasan majoriti Islam, banyak pula alasannya?
Alasannya hanya kerana Tak suka Ali Rustam Cadangkan?
Kena tunggu Husam Musa Cadangkan? Kena tunggu Anwar cadangkan? Kena tunggu Lim Guan Eng cadangkan? baru terima?
Sekiranya jambatan itu dibuat, yang menerima kesan adalah penduduk penduduk Dumai dan Melaka. tempiasnya akan sampai ke Muar dan Seremban dan Sepang.
Orang Dumai yang sakit Jantung boleh pergi ke Hospital Jantung Swasta Sime Darby yang letaknya di Merlimau.
Orang Melaka juga boleh berniaga di Dumai dan sebaliknya.
"Pelancongan" automatik bagi kedua belah pihak. Tak perlu Ali Rustam berikan Gelaran Datuk kepada orang Indonesia supaya meningkatkan kedatangan mereka.
Tatkala Ekonomi gawat, tetapi masih lagi ada duit. Pembinaannya "sekarang" mampu merancakkan ekonomi.
Usah anggap ianya hanya perlu guna duit kerajaan.
Kosnya harus ditanggung oleh 2 negara.
Tidak semestinya kerajaan persekutuan kedua-dua negara.
Syarikat minyak kedua-dua negara boleh bergabung tenaga, PERTAMINA + PETRONAS.
Pelabur Arab pun boleh sediakan dana.
Banyak lagi dana dalam dunia ini boleh digunakan.
Jambatan Melaka Dumai Dapat Memulihkan Ekonomi?
12/25/2008 09:28:00 PTG | Dumai, Ekonomi, Jambatan, MelakaBerpusing!!!!!!
Batalkan Sahaja Projek Jambatan Pulau Pinang ke 2
4/22/2008 02:56:00 PTG | Jambatan, Pengangkutan, politik, Pulau Pinang, TramPulau pinang memang sudah padat, beberapa jalan begitu sesak. Mengapa perlu langkah untuk memadatkan lagi pulau pinang? Bukankah banyak lagi kawasan di Malaysia yang boleh dipadatkan?
Bila adanya jambatan ke dua, ditambah pula lorong ke tiga di Jambatan Pulau Pinang sedia ada akan siap. Pasti Pulau Pinang akan menjadi lebih padat.
Bagi saya, lorong tambahan di Jambatan Pulau pinang adalah cukup untuk keperluan semasa.
Anil Netto telah menyenaraikan 10 sebab mengapa Jambatan Pulau Pinang tidak perlu. (pautan)
Kosnya dari 2 bilion, menjadi 5 bilion, kemudian tangguh pula kerana kos meningkat. Baik dibatalkan terus, tetapi mengadakan pengangkutan awam yang lebih efisyen antara Perai atau Butterworth ke Pulau.
Sila baca penceritaan Anil Netto tentang Tram di Pulau Pinang,
Komen saya disitu:
Biar Negara rugi beberapa juta, daripada rugi berbilion ringgit.I dont know why BN since 50 year ago doesnt like train alike transportation. except in Klang Valley.
most of all railways in Malaysia was build by british.
Gunakan duit itu untuk jambatan Bengkok yang sepatutnya kita buat.
Berpusing!!!!!!