Saya memang kerap membaca blog Saudara Khairul Faizi, sering membanca kenyataan-kenyataannya termasuk kenyataan rasmi yang mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ).
Setiap dokumen untuk bacaan awam mesti mempunyai Nombor rujukan.
contoh No Rujukan : PAS/DPP.n/n.n(n/n)
Entah bagaimana, Terdapat satu fitnah yang kononnya DPPNJ mengeluarkan kenyataan.
Sekali pandang pun sudah tahu, TIADA NO RUJUKAN!
Berpusing!!!!!!
Permasalahan ADUN DAP Johor dan Melaka, Lim Kit Siang Tidak Peduli?
7/06/2008 11:56:00 PTG | DAP, Johor, Melaka, PAS, politikSaya sering membaca blog lim Kit Siang, sejak dari dulu.
Namun saya juga membaca blog-blog DAP Melaka, terutama Blog Saudara Damian. Jarang pula membaca blog DAP Johor.
Suatu ketika dahulu, ADUN DAP Melaka ditangkap kerana tuduhan "curi besi", akan tetapi tiada apa-apa catatan tentangnya diblog Lim Kit Siang. Sokong pun tidak, simpati pun tidak, kenyataan apa pun tidak kedengaran.
Kini saudara Damian mempersoalkan kenapa pertuduhan tidak dikeluarkan setelah "ditangkap". Namun tiada apa yang dikatakan oleh Uncle Lim.
Baru-baru ini, ADUN DAP Johor , YB Dr Boo Cheng Hau. telah gagal menyelesaikan Ucapan penangguhannya, kerana dewan telah dikosongkan oleh ADUN BN, Menyebabkan sesi itu menjadi tidak cukup korum. Tiada apa yang diulas oleh uncle Lim.
Nasib baik untuk Kes ADUN DAP Melaka, PAS Melaka perihatin dan untuk kes ADUN DAP Johor, Khairul Faizi juga yang perihatin.
catatan berkaitan:
Pakatan Rakyat negeri Melaka Terpinggir dari Pakatan Rakyat Pusat?
Berpusing!!!!!!
Pulau Batu Putih: Johor Mesti Minta Gantirugi dari Persekutuan
5/24/2008 12:57:00 PG | Johor, politik, SingapuraSaya amat sedih mendengar berita kehilangan Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura secara rasmi. terus kukenang bagaimana patani jatuh ke tangan Siam secara rasmi pada Perjanjian Bangkok.
Bagi orang Johor, Nasib pulau milik Negeri itu ditentukan bukan oleh mereka. Ianya ditentukan peguam persekutuan lawan peguam Singapura ditentukan oleh hakim asing.
Menurut sejarah, apabila siam menyerang patani, tentera dari terengganu juga turut membantu tetapi tetap gagal. Mungkin kerana tidak cukup bantuan.
Kini Johor umpama diserang Singapura. Tanahnya "dibeli" sedikit demi sedikit oleh Singapura untuk mengembangkan empayar mereka.
Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan mempertahankan Pulau Batu Putih.
Sekurang-kurangnya kita sedar akan kedaulatan negara itu penting. Kedaulatan Johor yang bersempadan dengan Singapura juga penting.
Langkah yang saya kira penting untuk menyedarkan lagi tentang peri pentingnya kedaulatan Negara dan Johor ialah mengambil tindakan keras terhadap Persekutuan.
1. Rakyat Johor, Sultan Johor, Kerajaan Johor, Pakatan Rakyat Johor, Ketua Pemuda PAS Johor menuntut gantirugi atas kehilangan tanah johor daripada persekutuan.
2. Semua di atas mendesak Peguam Negara supaya meletak jawatan di atas kegagalan dia mempertahankan Pulau Batu Putih.
3. Menuntut "iskandar Malaysia" dihentikan dan digantikan dengan Jambatan Bengkok.
Berpusing!!!!!!
BERNAMA akhirnya memohon maaf atas kesilapannya ketika menyiarkan artikel mengenai "Alif", Khairul Faizi, secepat kilat menerima permohonan maaf itu.
Kalau saya jadi Khairul Faizi, saya akan tambah ayat "Diharap BERNAMA akan PAS Johor akan lebih bekerjasama pada masa hadapan". hehe
Berikut adalah kronologi Alif, Karpal Singh, dan Khairul Faizi.
1, Saya telah melihat dengan mata sendiri shoutbox yang menulis tentang "Darah Karpal Singh halal dibunuh". Ketika itu saya sering melawati laman web PAS johor bahru kerana ingin membuat rss menggunakan Yahoo!Pipes.
(disebabkan oleh ketiadaan rss di laman itu)
2. DAP Johor ternampak tulisan itu, sehingga Karpal Singh membuat laporan Polis.
3. Dr Mahfuz, Pesuruhjaya PAS johor mengeluarkan kenyataan memohon maaf.
4. Terdapat berita yang mengatakan Khairul Faizi yang membawa "Alif" Ke bala polis.
5. Penarik Beca hentam. (sekira ia benar)
6. Khairul Faizi mengeluarkan penafian yang dirinya terlibat.
7. Khairul Faizi menulis emel ke Malaysiakini, dan Fathi Aris Omar mengatakan ianya adalah dari BERNAMA.
8. Khairul Faizi meminta BERNAMA memohon maaf.
9. BERNAMA akui kesilapan.
10 Khairul Faizi terima kemaafan dengan hati yang terbuka.
Disebabkan banyak tindakan negatif orang lain, PAS Negeri Johor lebih Mesra Media berbanding dahulu.
1. Keterlanjuran Alif berkata-kata
2. Reaksi Karpal Singh yang dikira "terlebih"
3. Kesilapan penulisan BERNAMA.
Secara kebetulan mungkin Khairul Faizi telah mendapat mesej saya.
Berpusing!!!!!!
Khairul Faizi dan Budaya Berblog PAS, Lanjutan Kes Namanya Diperguna
4/29/2008 02:39:00 PTG | Bernama, Johor, Khairul Faizi, Malaysiakini, media, PAS, politikKhairul Faizi, Ketua Pemuda PAS NEGERI Johor, menyiarkan emelnya ke Malaysiakini dan Malaysiakini memberitahu ianya adalah sumber berita daripada BERNAMA.
Di Catatan blognya juga tersiar akan satu berita, yang menceritakan tentang dirinya mencari daripada mana datangnya punca namanya tersiar.
Khairul Faizi menambah, beliau "amat terkejut" apabila dikaitkan dengan isu kontroversi tersebut seperti diberitakan.
Dhubungi hari ini, Khairul Faizi berkata, Pemuda PAS negeri termasuk beliau tidak terlibat dalam laporan polis berhubung kes berkaitan. Ditanya pihak yang terlibat, beliau berkata "tidak tahu".
"Saya ada bertanya PAS negeri, tetapi PAS negeri juga tidak tahu-menahu tentang soal ini," katanya."Kemungkinan PAS (kawasan) Johor Bharu, kerana berita itu dimuatkan di laman web PAS kawasan tersebut.
Bagaimana Laman PAS Johor Bahru boleh memuatkan berita tentang Ketua Pemuda Negeri tanpa usul periksa?
Budaya salin tepek?
Kini bukan persoalan Karpal Singh atau tidak, kini persoalan adakah benar Pemuda PAS yang mengheret "Alif" ke balai polis? atau sekadar ahli biasa?
Atau Ketua Pemuda Cawangan?
Bagaimana nama Khairul Faizi boleh dilibatkan dalam semua ini?
Syukurlah Khairul Faizi orang yang terpelajar, pantas mencari maklumat untuk membersihkan namanya.
Telah saya katakan pada catatan terdahulu saya, budaya salin tepek, untuk dimuatkan kedapat blog rasmi dewan-dewan PAS adalah sebagai duri dalam daging.
Berpusing!!!!!!
Khairul Faizi Nafi Dakwaan Dia Mengheret Pelajar Serah Diri
4/29/2008 07:52:00 PG | Johor, Khairul Faizi, PAS, Penarik BecaKhairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor menafikan dia mengiringi Pelajar Kolej untuk diserahkan ke Balai Polis, Akibat dakwaan "menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor." Menurutnya, dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kluang tetika itu.
Kenyataan beliau di blognya "Minda Kembara Perjuangan"
Salam hormat,
Saya telah membaca berita bertajuk "Ugut Karpal : Pelajar Kolej Serah Diri" dalam halaman web Malaysiakini pada 28 April 2008 pukul 11.30 malam setelah dihubungi oleh rakan saya yang memaklumkan berita mengenai saya telah disiarkan.
Saya amat terkejut apabila dalam berita ini telah memaparkan bahawa saya bersama empat pemuda PAS Johor telah mengiringi eorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor pada pukul 1 tengahari.
Untuk penjelasan, pada pukul 1 tengahari 28 April 2008, saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur daripada Kluang. Saya tidak faham bagaimana saya telah dikaitkan dalam perkara ini bersama-sama dengan pemuda-pemuda PAS Johor.
Saya minta agar pihak Malaysiakini.com dapat memberikan penjelasan dan menarik balik berita tersebut dalam masa terdekat kerana ia sudah pasti akan menimbulkan keraguan kepada banyak pihak.
Sekian, terima kasih
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Adakah terdapat pemuda PAS yang membawa pelajar itu ke balai polis? Adakah ia hanya Ketua Pemuda PAS Johor Bahru dan bukannya Ketua Pemuda PAS Johor.
Saya harap Malaysiakini dapat memperbetulkan beritanya.
Walaupun PAS Johor telah memohon maaf bagi pihak "Alif" dan Laman web Pas Johor Baru, ia telah memberi idea kepada Majlis Fatwa untuk mengkaji adakah benar "Darah Karpal Singh halal dibunuh"?
Penarik Beca juga memperkatakan ianya belum diputuskan samada halal atau tidak.
Pelajar kolej itu menyerah diri. Adakah dia ketakutan kerana menyatakan "darah YB Karpal Singh halal dibunuh"? Walaupun belum tentu lagi Karpal halal dibunuh dan belum juga tentu tidak halal di sisi Allah s.w.t., tetapi dia sudah tergatal tangan menulis pernyataan itu
p/s: Penarik beca, semalam saya tiru CSS blog anda untuk memudahkan pengunjung blog ini untuk memberi komen.
Berpusing!!!!!!
Amanah Saham Johor: Pendapat PAS Johor vs Tawaran JCorp
4/21/2008 04:31:00 PTG | ASJ, Johor, PAS, pelaburanCeritanya di Sini.
Bagi saya, Ketua Eksekutif JCorp memang bersalah apabila meramalkan ia akan naik 500% daripada RM 1.00 kepada RM 5.00
"ASJ telah mendapat sambutan hebat di kalangan orang Melayu Johor berikutan kenyataan Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Jcorp, Tan Sri Mohamad Ali Hashim, yang menyatakan nilai saham ASJ akan ditingkatkan sehingga RM5.00 seunit dalam tempuh lima tahun, iaitu pada 1997 (sila rujuk "Suara Johor", buletin rasmi Kerajaan Johor terbitan Jun 1996, halaman 10)."Kenyataan ini menyebabkan ramai rakyat Johor menganggap ASJ seperti 'Skim Cepat Kaya' atau 'Skim Pak Man Telo', disebabkan keyakinan yang tinggi menggunung, pelabur telah membuat pinjaman bank antara RM10,000 hingga RM150,000, untuk dilaburkan di dalam ASJ.
Akan tetapi pelabur sepatutnya perlu tahu apa risiko yang ada.
Mengapa rakyat Johor terlau bodoh untuk mempercayainya? Mengapa harus meminjam untuk melabur tanpa mengkaji prospektus ASJ dengan lebih terperinci.
Memang Pengurus Dana harus dipersalahkan apabila menjanjikan apa yang tidak sepatutnya dijanjikan.
Akan tetapi pelabur juga dipersalahkan kerana mengambil risiko tambahan (meminjam) untuk melabur di tempat yang berisiko.
Melihat akan harga seunit ASJ lingkungan 20 sen, tawaran 1.00 seunit itu dikira sudah baik (Kenaikan 500%).
Sekiranya ASJ diniagakan semula setelah ia digantung, amat sukar untuk dia naik sendiri ke tahap RM 1.00 bersamaan 500 peratus.
Public Mutual yang tersohor itupun bertungkus lumus untuk meningkatkan prestasi dana ke 500%.
Prestasi Dana "Public Balanced Fund" hanya meningkat 169% dalam masa 20 tahun.
Public Saving Fund meningkat 176% dalam masa 20 tahun.
Mengapa pelabur Johor begitu bodoh untuk percaya ianya boleh naik 500% dalam masa 5 tahun?
Walaubagaimanapun, Pelabur mempunyai hak untuk menukar pengurus dana, jika ianya dinyatakan di dalam prospektus seperti yang sepatutnya difahami dahulu. Ada beberapa hak-hak pelabur yang perlu pelabur ketahui.
Kalau benar PAS Johor nak menyelamatkan Pelabur ASJ, jangan cadangkan ia supaya diniagakan agar harganya naik. Ianya amat-amat sukar untuk mencapai tahap 500% menyamai tawaran JCorp itu.
Harap Maaf, Saya tidak bersetuju dengan cadangan Datuk Dr Mahfodz Muhamad:
"PAS Johor mendesak Jcorp membatalkan niat untuk menamatkan ASJ, sebaliknya mereka perlu merangka satu plan tindakan yang lebih agresif dan mampan bagi memulihkan harga ASJ.
"Kerugian yang dialami pelabur ASJ pada masa sekarang bersifat atas kertas tetapi apabila tindakan menamatkan skim amanah ini dilakukan maka ia merupakan tindakan bagi merealisasikan kerugian yang sebelumnya bersifat atas kertas kepada suatu realiti,"
Oleh itu, Pelabur ASJ perlu sehati sejiwa untuk mendapatkan apa mereka mahu, sekiranya mahu ia diniagakan semula, Desak JCorp supaya senaraikan dulu siapa calon Pengurus Dana itu. Sekiranya pengurus Dana itu bernama Warren Buffet, barulah ia boleh diniagakan.
Pelabur juga boleh memohon untuk menambahkan harga yang patut dibeli oleh JCorp atas sebab "Janji" CEO JCorp, untuk menjadikan RM 1 itu kepada RM 1.20 . Sila bawa salinan Suara Johor itu sebagai bukti.
Kemudian, Pelabur perlu desak JCorp untuk menyediakan kursus pemahaman kepada risiko Unit Amanah, supaya kelak pereka boleh jadi pelabur sebenar.
Dipendekkan cerita, Walaupun tawaran itu cukup baik (bagi saya),Pelabur ASJ yang akan hadiri mensyuarat itu perlulah jual mahal sedikit, Jangan terus setuju minta ianya dijadikan 1.20 atas kesalahan mereka menjanjikan sesuatu yang agak mustahil.
Berpusing!!!!!!