Oleh kerana diriku ini jenis katak bawah tempurung, maka ketika membuat kad ATM yang lalu, saya dengan sengajanya tidak mendaftarkan nombor telefon untuk mengambil TAC. Atas sebab keselamatan kononnya.
Mungkin Ya, kerana telefon juga boleh dicuri.
Akan tetapi seringkali rasa susah juga, bila nak buat pemindahan wang, ke pihak ke 3, terpaksa ke ATM.
ATM Maybank di Merlimau dulunya, ada 2 mesin, itupun di Maybank Merlimau. Kalau musim gaji, orang beratur sampai ke tengah jalan.
Baru sebentar tadi , saya ingin memaybank2ukan RM 15 ke Rjuna. buka Maybank2u, kemudian tepuk dahi "Alamak, dia nak TAC".
Kemudian saya terfikir sejenak.
Saya di Stesyen,
kini dah ada ATM,
apa susahnya.
cucuk sahaja.Hehe.
Jadi saya tetap tak perlukan telefon untuk TAC.
Alamak! Maybank2u memerlukan TAC
9/30/2007 04:06:00 PTG | Maybank, Merlimau, Peraduan, Rjuna, TAC, Telur GorengBerpusing!!!!!!
Pemenang Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan
9/30/2007 12:16:00 PG | blog, Peraduan, peruncitan, Telur Goreng
Dengan rasminya saya ingin mengumumkan pemenang Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan yang berakhir pada 28 September yang lalu.
Pemenang Tempat Pertama (Hadian = RM 50)
SisHoney - ..kerana telur goreng :)
Pemenang Tempat ke 2 (Hadiah RM 20)
Vangardx -Hikayat telur goreng terlampau Part 1
Pemenang Tempat ke 3 (Hadiah RM 15)
Rjuna - Gila Telur Goreng
Tahniah diucapkan kepada para pemenang, Sila beri no akaun Maybank atau Public Bank anda ke sebolku (a) yahoo (dot) com.
Kepada yang tak menang, Boleh cuba lagi pada peraduan yang akan datang, mungkin 2,3 bulan dari sekarang.
Terima kasih diucapkan kepada bukan peserta tapi mempromosikan peraduan ini di blog anda.
Selepas ini, tak perlu cari telur goreng lagi, cuma cari kenalan lama yang beralamat Merlimau sebelum 7 oktober.
Berpusing!!!!!!
Ni penyertaan dari vandarx, sampai 3 entri
http://vangardx.net/blog/hikayat-telur-goreng-terlampau-part-1/
http://vangardx.net/blog/hikayat-telur-goreng-terlampau-part-2/
http://vangardx.net/blog/hikayat-telur-goreng-terlampau-part-3/
Saya rasa saya tak larat lah nak tunggu 4 oktober, Jadi saya cepatkan tarikh tutup dia ke 28 September.
Saya tak larat la nak buat sampan.
Berpusing!!!!!!
Seandainya hanya ada 1 orang sahaja yang menyertai Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan,
Maka, dia akan membolot hadiah bagi tempat kedua dan tempat ketiga sekali, menjadikannya RM 85.
Berpusing!!!!!!
Pendapatan tambahan dengan advertlets
9/16/2007 05:55:00 PG | advertlets, Ayam, Peraduan, Telur GorengMemandangkan saya perlu mengumpul wang untuk dijadikan hadiah Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan. Maka saya tulis artikel ini.Anda juga boleh mendapatkan RM 20 tambahan jika anda mempunyai laman blog yang beriklankan advertlets. Sila rujuk di sini
Sekiranya anda menang Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan dan dapat tambahan RM 20 daripada Advertlets, maka anda sudah dapat RM 70.
Mungkin dengan RM 70, anda boleh buat 'Peraduan Telur Itik di Pasar Tani' atau gunakan RM 70 itu untuk membeli telur, atau lebih menguntungkan lagi anda boleh beli ayam betina yang boleh bertelur.
Oleh kerana Advertslets tidak mensyaratkan supaya perlu membuat lagu Rap untuk mereka, maka saya tak buatkan mereka lagu rap.
“Advertlets.com - Blog Advertising in Asia!”.
Kalau dapat cek Advertlets, mungkin saya akan buat lagi peraduan untuk pengunjung blog ini atau gunakan ia untuk membeli telur ayam atau ayam betina yang boleh bertelur.
Apa? Telur Kambeng? Telur kambeng saya tak mahu beli. Saya tak tau pasal telur kambeng, kena tanya miLLa
Selain dari itu, Wujud persoalan dimindaku, Adakah Advertlets.com
mempunyai pasukan yang boleh berlawan dengan Pakatan BlueQuil?
Josh Lim, Please respond.
Berpusing!!!!!!
Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan, RM 50 untuk dimenangi
9/15/2007 05:12:00 PG | blog, Peraduan, peruncitan, Telur GorengDi Pasar Ramadhan ketika bulan puasa, memang banyak dijual pelbagai jenis makanan, lauk pauk yang tak pernah dilihat ketika hari biasa pun ada, kuih muih pelbagai jenis, minuman pelbagai jenis.
Namun kebiasaannya peniaga kurang memikirkan apa yang pelanggan mahu. Mungkin pasar ramadhan itu berdekatan dengan penempatan pelajar, maka telur goreng amat perlu. Memanglah kita boleh goreng telur di rumah, namun bagi pelajar duduk di rumah bujang, asrama, tiada kuali untuk menggoreng telur. Namun oleh kerana ia adalah lauk yang ringkas, maka adakalanya, pasar ramadhan yang besar dipenuhi puluhan gerai, tidak ada satu pun yang menjual telur goreng.
Selain telur goreng, hampir tiada gerai yang menjual sos dan kicap. walaupun itu jenis makanan kedai runcit, mungkin ia perlu bagi pelanggan, terutamas ekali apabila pasar ramadhan itu berjauhan dengan kedai runcit.
Oleh itu saya ingin melancarkan satu peraduan blog, bernama "Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan". Hadiah ialah
- Tempat pertama =>RM 50
- Tempat ke 2 => RM 20
- Tempat ke => RM 15
Kemudian masukkan tag berikut, berserta pautannya sekali.
- - - - - - - - - - -8< - - - - -mula - - - - -
sebol dah tak berapa betul, dia nak hadiahkan RM 50 kepada sesiapa yang tangkap gambar telur goreng di Pasar Ramadhan.
- - - - - - - - - - 8< - - - - - -tamat - - -
Kemudian, sila maklumkan dengan mengkomen pada kiriman blog ini. Tarikh tamat peraduan ialah 4 Oktober 2007.
kemaskini 17 sep :
Seandainya hanya ada 1 orang sahaja yang menyertai Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan,
Maka, dia akan membolot hadiah bagi tempat kedua dan tempat ketiga sekali, menjadikannya RM 85.
Kemaskini 22 September:
Senarai Peserta yang telah menyiarkan gambar telur goreng di blog mereka ialah.
Sishoney : http://sishoney.blogspot.com/2007/09/kerana-telur-goreng.html
Rjuna : http://rjuna.net/2007/09/20/gila-telur-goreng.html
Ida : http://zliah.blogspot.com/2007/09/telur-gorengbkn-ultraman-telurokep.html
Berpusing!!!!!!