Alamat blog

Ustaz Kamarudin Rasmikan Kejohanan Bowling Piala Ketua Pemuda PAS . Pasukan saya ialah 'Baling Kasut'.

---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson




Berpusing!!!!!!

Apabila Jed Yoong Menghijaukan Blog  (sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu?)



maka saya pun berbuat sedemikian.




Mari Hijaukan blog.




Berpusing!!!!!!

Ali Rustam adalah ahli politik yang suka merepek.
Kata-katanya banyak yang merepek.

Di atas sebab itu apabila dia berkata soal Jambatan ke Dumai, ramai yang kata dia merepek.

Ali Rustam banyak membazir wang kerajaan negeri.
Maka bila dia cadangkan Jambatan ke Dumai, maka minda kita automatik nampak ianya sebagai satu lagi pembaziran.

Jika Negeri Melaka penuh penyelewengan, maka pembinaan Jambatan itu juga dijangka akan berlaku penelewengan.

Lupakan sebentar tentang Ali Rustam.

Pandangan masyarakat terhadap cadangan itu condong kepada negatif hanya kerana yang cadangkannya ialah Ali Rustam.

Oleh itu, cuba bayangkan bahawa cadangan itu dibawa oleh orang yang 'kool' seperti 'Rausyanfikir' , orang yang kacak seperti Husam Musa atau saya


Mungkinkah maklumbalasnya berbeza?

1824, adalah tahun dimana "Empayar" Johor Riau sewenang-wenangnya dibelah dua oleh Inggeris dan Belanda.
Punca segala perpecahan adalah berpunca daripada penjajah, bukannya suka-suka orang Semenanjung tubuhkan Malaysia, orang Sumatera tubuhkan Indonesia.

Burhanuddin Al-Helmy, lebih cenderung untuk merdeka bersama. Tetapi disebabkan oleh penjajah tak sama, jadi merdeka tak sama.


Zaman dahulu, sesiapa sahaja boleh menyeberang menggunakan perahu untuk ke seberang. Tiada Passport diperlukan.

Zaman ini, "Bangi" yang lebih jauh daripada Melaka, kelihatan lebih dekat daripada Dumai.

Saya sendiri tidak pernah ke Dumai.

Zaman sempadan politik adalah sempadan segalanya, membuatkan mereka cukup jauh.

Sempadan internet pun dikira jauh.
Penduduk Dumai baca blog orang Melaka?
Penduduk Melaka baca blog orang Dumai.

Siapa yang memisahkan Melaka dan Dumai sehingga begitu "Jauh".
British dan Belanda.

Kenapa lebih mudah untuk orang Malaysia menyeberang ke Singapura?
1. bekas Jajahan British juga
2. Ada tambah Johor
3. Ada Linkedua

Mengapa mudah untuk orang Malaysia ke Selatan Thai?
1. Tak perlukan Jambatan,

Masih di dalam Malaysia, kenapa Pulau Pinang pesat membangun selepas adanya Jambatan sehingga perlukan jambatan lagi 1?

Saya sudah kata dulu Batalkan sahaja pembinaan Jambatan Pulang Pinang kedua

Sila baca perenggan di bawah tanpa rasa perkauman.

Mengapa bagi pulau yang majoritinya bukan Islam di binakan Jambatan? Mengapa pula apabila dicadangkan sahaja Jambatan untuk menyambung 2 kawasan majoriti Islam, banyak pula alasannya?

Alasannya hanya kerana Tak suka Ali Rustam Cadangkan?
Kena tunggu Husam Musa Cadangkan? Kena tunggu Anwar cadangkan? Kena tunggu Lim Guan Eng cadangkan? baru terima?


Sekiranya jambatan itu dibuat, yang menerima kesan adalah penduduk penduduk Dumai dan Melaka. tempiasnya akan sampai ke Muar dan Seremban dan Sepang.

Orang Dumai yang sakit Jantung boleh pergi ke Hospital Jantung Swasta Sime Darby yang letaknya di Merlimau.

Orang Melaka juga boleh berniaga di Dumai dan sebaliknya.

"Pelancongan" automatik bagi kedua belah pihak. Tak perlu Ali Rustam berikan Gelaran Datuk kepada orang Indonesia supaya meningkatkan kedatangan mereka.


Tatkala Ekonomi gawat, tetapi masih lagi ada duit. Pembinaannya "sekarang" mampu merancakkan ekonomi.

Usah anggap ianya hanya perlu guna duit kerajaan.

Kosnya harus ditanggung oleh 2 negara.

Tidak semestinya kerajaan persekutuan kedua-dua negara.
Syarikat minyak kedua-dua negara boleh bergabung tenaga, PERTAMINA + PETRONAS.
Pelabur Arab pun boleh sediakan dana.


Banyak lagi dana dalam dunia ini boleh digunakan.




Berpusing!!!!!!

Jangan terkejut kalau saya katakan saya sokong Ali Rustam dalam rancangan pembinaan Jambatan ke Dumai.
Tapi tak perlulah di buat sekarang.



Siapa yang tak setuju, Sila kemukakan Hujah.




Berpusing!!!!!!

Blog Audio Creation

12/24/2008 12:07:00 PG |

Saya baru sahaja menjumpai blog "Audio Creation", satu syarikat yang menjual peralatan audio kereta yang saya sendiri tidak pernah pergi.


Saya mengenali Audio Creation, apabila saya berborak dengan "car crazy" di forum vios club.

Kalau mengikut citarasanya, boleh botak kepala kalau mahu ikut kualiti bunyi yang dia suka.

Dunia Hi Fi untuk rumah, agak berbeza dengan kereta.

Pembuat pembesar suara untuk rumah yang baik, tidak banyak buat untuk kereta. Jadi ianya agak berbeza untuk mengetahui apa barangan audio "Hi End" untuk kereta.

"B&W" dan "AE" tidak membuat pembesar suara untuk kereta.


Satu perkara yang saya pelajari daripada "Car Crazy" ialah mengenai kapasitor.

Sistem tenaga elektrik kereta kebiasaannya menggunakan sumber daripada bateri, Arus Terus  (DC) dimana cukuplah terhad.

Apabila memainkan bunyi, bateri tak boleh meramalkan bila kuasa yang lebih untuk disediakan untuk bunyi tertentu akan datang.

Kapasitor dapat menyimpan tenaga elektrik lebihan yang tidak digunakan, supaya boleh digunakan bila perlu.

'Amplifier' yang baik untuk rumah, biasanya sudah mempunyai kapasitor sendiri didalamnya.

'Amplifier' saya yang ini, masih berbunyi selama beberapa saat walaupun sudah dipadamkan.



Untuk kereta, saya tidak pernah pula mendengar perbandingan bunyi berkapasitor dengan tidak.

Audio Creation ada jual Kapasitor jenama Mundolf

Menarik juga  Mundorf DC Power Supply - Germany.




Berpusing!!!!!!

Golongan muda adalah golongan yang sukar difahami, bermacam cara golongan tua cuba mendekati golongan muda, namun gagal.

Adakalanya golongan tua terpaksa menjadi muda untuk mendekati golongan muda.

Sebenarnya tidak.

"Kool" adalah sesuatu yang dikejar oleh golongan muda.

Golongan muda selalunya ada kegilaan terhadap sesuatu.

Golongan Melayu pula pelik, bila ramai orang suka A yang dianggap "kool", maka ramai orang muda melayu lain yang mengikutinya.

Tiada unsur diversifikasi.

Jadi gila merempit adalah "kool", maka ramai-ramai merempit.
Bila orang gila "shufle" ramai-ramai orang shufle.

Sebenarnya mereka senang dibentuk, apabila sesuatu dijadikan "kool".

Golongan muda berubah daripada satu kegilaan kepada satu kegilaan yang lain.
Ada kegilaan yang baik, ada yang tidak baik.

Ketika 1998 dulu, "reformasi" adalah sesuatu yang "kool".

Zaman sekarang ianya tidak "kool" lagi.

Kalau mahasiswa idealis mejadikan mereka "kool", pasti akan menjadi ikutan.
Rausyanfikir perlu menjadi selebriti :)

Kalau ada kemeja-T "Rausyanfikir.com" yang direka dengan begitu artistik, pasti ianya laku untuk dijual.

Golongan muda tidak semestinya hanya anggap sesuatu yang muda itu "kool".

Tok Guru Nik Aziz adalah idola semua orang, kalau gambarnya berdoa sambil menangis dijadikan Kemeja-T, ia juga akan menarik minat golongan muda.

"Kool" adalah sesuatu yang dikejar tanpa disedari oleh seseorang.

Terdapat satu buku bertajuk "Chasing cool" menceritakan bagaimana cool boleh digunakan untuk menarik pelanggan.

Konsep yang sama boleh digunakan untuk menarik pengundi muda dan merubah golongan muda daripada merempit kepada benda lain.




Berpusing!!!!!!

Stok Penimbal Getah Husam Musa

12/22/2008 10:30:00 PG | ,

Hari ini saya dikejutkan dengan cadangan Husam Musa supaya diadakan Stok penimbal getah. mesti klik


Mari kita lihat catatan saya supaya menyeru supaya membeli getah dan menyimpan stok.


Akan tetapi kalau penoreh getah cukup berani, mereka boleh menyimpan getah mereka selama tempoh itu.

Atau, hanya menjual 90% daripada getah yang ditoreh, 10% disimpan sedikit demi sedikit sehingga habis tempoh itu.

Ada berani?


Tetapi penoreh getah tak ada modal untuk simpan stok sebegitu banyak.


Menurut teori ekonomi saya sendiri, penurunan harga getah adalah disebabkan oleh "False Dollar Rally" atau juga dikenali "Deflasi sementara". Maka ianya akan naik semula bila ia berakhir.

Akan tetapi ia juga disebabkan oleh penurunan permintaan dunia.

Secara teorinya  ia akan naik.

Sekiranya ada syarikat stok penimbal kebangsaan yang boleh membeli getah itu pada harga yang agak tinggi, syarikat itu akan untung juga lambat laun.


Ambil contoh, sasaran stok penimbal getah kebangsaan adalah 100 tan. Syarikat stok penimbal terus membeli getah pada "harga purata" supaya penuhkan sasaran 100 tan itu.

Apabila aliran harga menurun, sudah tentu "harga purata" lebih tinggi daripada harga semasa. Penoreh getah lambat rugi.


Sebenarnya saya belum habis fikir tentang stok penimbal getah kebangsaan ini.

Tapi saya percaya, jika sesuatu dilakukan berkaitan stok, maka kerugian dapat dielakkan.

Ianya lain sedikit dengan "pengsubsidian harga", tidak menunjukkan pasaran bebas.

Stok penimbal, agak lebih "pasaran bebas" cuba stok dimanipulasi sedikit. Namun permintaan/penawaran tetap ada.

Permintaan diwujudkan untuk memenuhi sasaran inventori stok penimbal kebangsaan.




Berpusing!!!!!!

Apabila saya cuba logmasuk Blogger.com , didapati Nama Bahasa "Malay" telah ditukar daripada "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia"

Yang mana lebih benar merujuk kepada Malay (language) , Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu?




Catatan lama:
Kavi tanya: bukankah ia sepatutnya dipanggil Bahasa Malaysia?

Persetankan Plural dalam Terjemahan Teknikal Bahasa Melayu

Google Ajar Kita Tentang kepentingan Bahasa




Berpusing!!!!!!