Alamat blog

Terdapat pengunjung yang memasuki laman blog ini kerana mencari "Ahmad Boestamam di tangkap pada" melalui Yahoo dan Google. Untuk tidak mengecewakan pengunjung, Anda boleh baca sebahagian daripada halaman 183, Buku Merintis Jalan Ke Punchak oleh Ahmad Boestamam sendiri di bawah:-


Jadi kesimpulannya, Ahmad Boestamam ditangkap pada petang, Khamis 1 julai 1948.

Satu lori 'Mata-mata' (Polis) tiba di hadapan rumah Ahmad Boestamam, Setelah mata-mata memastikan dia adalah ahmad Boestamam, maka mata-mata memberitahu Ahmad Boestamam akan dia akan ditangkap. Setelah ditanya akan wujudnya waran untuk menangkapnya atau tidak, mata-mata itu menerangkan bahawa tiada waran diperlukan untuk menangkap sesiapa ketika 'Dharurat'.

Ahmad Boestamam 'disimpan' di lokap polis Tanjung Malim. Keesokan paginya dia dibawa ke ke Lokap Balai Polis High Street Kuala Lumpur, selepas singgah sebentar di Balai Polis Kuala Kubu Bharu. Balai Polis High Street, pada buku itu ditulis dipanggil 'Jalan Bandar'. Mungkin sekarang ini nama dia lain.

Beliau di tahan selama 7 Tahun Genap.




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. sherrina // 31 Ogos 2007 pada 9:37 PTG  

    err..Sebol. Aku masih keliru. Ahmad Boestamam ni ayah ko ke?

    p/s: masa di Naza Hotel di Melaka aku lihat ramai org berpusu-pusu mengutip cek hasil perniagaan prepaid apantah. Khabarnya mende tu famous di Melaka aje. Apa mende tu sebenarnya?

  2. Hasbullah Pit // 1 September 2007 pada 12:33 PG  

    @sherina

    Eh
    mana ada
    Rustam Sani tu yang anak Ahmad Boestamam.

    Aku kan "bin Pit"

    Pasal skim cepat kaya tu aku tak tau menahu.

    tapi selepas ku google, mungkin itu "HTO"

    Berdasarkan ni

  3. Orked // 1 September 2007 pada 8:16 PG  

    ooo... kadang² kisah sejarah ni tak digilap, dah berkarat dlm kepala otak ni


    refresh blk la cerita ni....gud info

  4. equilibrium_space // 1 September 2007 pada 10:13 PG  

    Ini entry pasal sejarah ke?...
    mmm...saya mintak diri dulu lah, Monsieur PITT.

    Au revoir