Alamat blog

Saya terpanggil untuk mencari asal usul lagu "Negaraku" setelah membaca komen pengunjung Indonesia pada Posting ini.


mulai dari mencuri lagi kroncong Terang Bulan Terang di kali dijadikan lagi kebangsaannya,...
Adakah benar Lagu Negaraku berasal dari lagu "Keronchong Terang Bulan"?

Atau Ia berasal dari lagu "Mamula Moon" Felix Mendelssohn

Dan ada pendapat yang mengatakan ia berasal penggubah peranchis , Pierre-Jean de Béranger(1780-1857).
(Tiada kaitan dengan Jeanne Abdullah)

Sebelum itu, Bagi sesiapa yang belum tahu, Lagu Negaraku berasal dari Lagu Negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan".


Lupakan "Mamula Moon" kerana ia adalah adaptasi dari lagu Keronchong terang bulan, Pada tahun 1888, Lagu Mamula Moon belum wujud.

Lupakan Rudy Van Dalm, kerana ia belum wujud pada tahun 1888.

Lagu Negeri Perak mula dimainkan apabila ketika Sultan Idris melawat England, Pada tahun 1888. Ketika itu Negeri Perak tidak mempunyai Lagu Kebangsaan.


Terdapat 2 pendapat disini.
Kumpulan Muzik Peranchis memainkan lagu sebegitu di kepulauan Seychelles.
Kumpulan Opera Indonesia Memaninkan lagu itu di Singapura.

Adakah kumpulan muzik peranchis itu benar-benar memainkan lagu oleh "Pierre-Jean de Béranger"?
Atau mereka memainkan lagu Terang Bulan?
Bukan tak biasa, Kumpulan muzik memainkan lagu lain. Mawi pun nyanyikan lagu "Gadis Melayu".

Dan adakah Kumpulan Indonesia memang menyanyikan lagu Terang Bulan yang asal dari mereka atau lagu itu diubahsuai dari peranchis?

Mungkin sejarahwan Indonesia perlu kaji dari mana asal lagu Terang Bulan?

Adakah ia berasal dari lagu "Oh Rosaline"?


Bagi saya kini tiba masanya kita mempunyai Lagu Kebangsaan yang baru, yang betul betul berasal dari Negara kita ini. Kalau susah sangat, jadikan sahaja lagu-lagu patriotik tempatan yang sudah ada untuk dijadikan Lagu Kebangsaan.

Beri Peluang pada Pak Ngah, Wan Zul, Manan Ngah, Wah Idris, Noraniza Idris, Nor Haniza Idris, Jeanne Abdullah untuk menggubah Lagu Kebangsaan yang BARU.


Rujukan:
http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bi/rk1/rk1a.php?id=rk1_6&titleBI=National%20Anthem
http://nizambashir.com/?p=185
http://en.wikipedia.org/wiki/Allah_Lanjutkan_Usia_Sultan
http://www.national-anthems.org/hist-malay-states.htm
http://faisalmustaffa.blogspot.com/2004/01/tampering-with-malaysian-national.html




Berpusing!!!!!!

8 komen

  1. Azurah Anuar // 1 September 2007 pada 12:21 PTG  

    tak setuju betul.

    selepas 50 tahun nak tukar lagu kebangsaan?

  2. MOLY // 1 September 2007 pada 12:32 PTG  

    saya tertunggu-tunggu bila agaknya encik sebol mahu mencipta lagu untuk bini nya :D

    ngeh ngeh~

  3. Orked // 1 September 2007 pada 12:36 PTG  

    pendapat peribadi la...kan..lepas tgok TV mlm merdeka tu...lagu ape pun....kalo org tak hormat nk wat ape.?

    ape fungsi lagu tu?

    kalo org dok terkinja2...dok melambai kat kamera tv tu....ngape la part2 tu nk kuar gak tk tv tak tapis2

  4. Orked // 1 September 2007 pada 12:38 PTG  

    btw...sy suka entry ada rujukan ilmiah mcm ni...senang nk cari maklumat sambil mencedok nasi kt dapo..tak de la mcm anak dara tu...sukhoi pun tatau...

    " larikkk...."

  5. Azurah Anuar // 1 September 2007 pada 12:39 PTG  

    haha

    dalam baik si lily kena perli.

    :P

    nasib baik aku tahu sukhoi tu apa.

    lily.lilu,

    lagu untuk daku?

    ahaha.

    we'll see.

  6. Tanpa Nama // 1 September 2007 pada 6:18 PTG  

    assalamualaikum,

    kelmarin, saya mengutarakan pendapat sama kepada rakan sepejabat.

    saya mencadangkan kepadanya betapa lebih baik menggantikan lagu `Negaraku' atas alasan sejarah lalu berkenaan dan nadanya tidak sungguh me-layu.

    Saya cadang untuk menggantikannya kepada lagu Jalur Gemilang. Dia tak setuju walaupun menyedari asal usul lagu Negaraku...

    terima kasih kerana bersetuju dengan saya. sekurang-kurang saya tidak berseorangan daam isu ini.

  7. Azurah Anuar // 1 September 2007 pada 9:21 PTG  

    wah hang jebat(sari)

    like brother, like (elder) brother eh.

    :)

  8. MOLY // 2 September 2007 pada 12:17 PG  

    ampeh nya kak jiee e.....
    >:D

    gi kejar kak jie nih ..