Dimaklumkan, Pakatan Firefox-ms telah mengandung, namun belum beranak lagi.
Apa itu itu Pakatan Firefox-ms?
Pakatan Firefox-ms adalah usahasama menterjemah perisian berasaskan Mozilla ke Bahasa Melayu (kod bahasa = ms, bukan my). Beberapa tahun yang dulu, setelah Projek Meksom, yang menterjemah Mozilla ke Bahasa Melayu telah ditinggalkan oleh saya, Tiada sesiapa yang benar-benar serius menterjemah mozilla ataupun Firefox. Ramai yang angkat tangan kononnya nak mulakan projek namun kebanyakannya tak berhasil.
Sehinggalah ada satu insan bernama Mahrazi, telahpun menyiapkan terjemahan Firefox, namun belum berjaya menghasilkan "Pek Bahasa" untuk dipasangkan ke Firefox.
Saya telah cuba untuk menggunakan terjemahan Mahrazi untuk dijadikan Pek Bahasa, namun gagal. Akan tetapi setelah Pek Bahasa yang gagal itu diberikan kepadanya, maka terhasillah Pek Bahasa Melayu bagi Firefox 2.x yang BETA
Kerjasama pihak tuan (macam surat rasmi pula), untuk menguji Pek Bahasa itu, pada Firefox 2.xx anda. Namun tiada jaminan ia betul-betul sempurna kerana ia masih beta. Masih mengandung, belum bersalin lagi.
Jadi, saya harap jika terdapat kesilapan bahasa, sila komen di blog itu untuk diperbetulkan oleh kami.
Pakatan Firefox-ms dah mengandung
9/27/2007 12:00:00 PG | bahasa, Firefox, Firefox-ms, Linux, MacOSX, Sumber TerbukaBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
x paham x paham ...
biol ler
ko masih bersemangat menterjemah ek?
@lily
puas aku karang supaya ayat jadi mudah.
@astherix
Aku baru niat, NSX dah teruskan
saya pun tak paham. series!
@redwgg
err ko cuba pahamkan yg pasal kad raya tu je la
pasal firefox-ms nanti2, dah tua nanti paham la
Salam Sebol,
hari tu ada borak2 dgn adik sy pasal linux n mcm2 lg. n ada jgk dia cerita psl ni. tp sy ingtkn tak available lg. rupanya dh ada ye yg beta?
pasal Nizal tu, sy tak sempat tanyakan. sbb sy baca komen awk tu wkt dh tgh mlm td. sorry.