Alamat blog

Memaparkan catatan dengan label Linux. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Linux. Papar semua catatan

Gara-gara nak buat partisyen swap di pemacu USB, saya terjumpa pepijat nautilus, mungkin ia pepijat gnome-mount.



Bayangkan pemacu USB yang bersaiz 1 Gb, boleh memuatkan data 5.1 Gb

Lihat apabila pemacu USB itu dibuka:-


Boleh jadi kaya kalau beli pemacu USB 1 Gb, boleh simpan data 5.1Gb.


Ceritanya sebegini, dalam beberapa hari lepas, saya cuba nak letakkan fail swap di pemacu USB dalam sistemfail vfat seperti asal.

Bertujuan untuk menjadi manusia yang paling besar fail swap di Merlimau.

Kemudian saya diracuni oleh wawa, supaya membuat partisyen swap di pemacu USB terus.

maka saya pun

mkswap /dev/sdb1 ; swapon /dev/sdb1

akan menjadi sebegini
root@ubuntu-sebol:/var/www/lili# free
total used free shared buffers cached
Mem: 775280 736284 38996 0 3952 115836
-/+ buffers/cache: 616496 158784
Swap: 1006568 0 1006568



Akan tetapi perkara lain berlaku. Disebabkan saya tidak mengaktifkan partisyen swap itu secara automatik ketika but, pemacu itu dilekapkan (mount) oleh GNOME, dan menyebabkan ianya jadi sebegitu.




Berpusing!!!!!!

Suatu ketika dahulu, saya pernah menggunakan logo ini


Ketika itu, di Media Utama, telah menyiarkan berita akan beberapa laman web Reformasi yang berbahaya. Sejurus selepas itu logo itu dibuat. Bergembiralah webmaster laman-laman reformasi untuk menggunakan logo itu. Ketika itu belum ada lagi istilah "blogger". Laman web berkonsepkan blog yang saya baca hanyalah "Alan Cox Diary" dan "Telsa's more accurate diary". Tak sangka pula konsep sebegitu begitu popular sekarang, sehingga diberi nama sebagai "blog".


Kini, Ali Rustam mengumumkan "240 laman blog pembangkang". Maka kita perlukan logo baru bertulis

"Disahkan UMNO
1/240 blog pembangkang"

Ada sesiapa yang boleh tolong rekakan?


Pasti ramai diantara pembaca yang tertanya, dari mana datangnya nama "Beras Padu". "Beras" berasal dari laman http://beras.tripod.com , Ini gambar Arkibnya (mesti klik). Ketika itu zaman RSS amat baru dicipta, jadi untuk menarik (fetch) tajuk berita dari beberapa laman reformasi dan parti politik pembangkang amatlah memeningkan kepala.

[Sila berhenti membaca setakat ini jika anda tidak suka perkara teknikal]


Sebentar tadi saya telah melawat kiriman blog Kak Jie berkenaan, "Top Commentator"

Saya dapati Idea untuk membuat Top Commentator itu begitu genius. Ianya berasal menggunakan 1 Javascript yang mengolah 1 skrip Yahoo Pipe.

Idea untuk membuat Yahoopipe itu sendiri menakjubkan.

Bayangkan ketika dahulu, untuk membuat beras.tripod.com, saya perlu paipkan, beberapa kali laman web harakah atau laman reformasi sehingga akhirnya menjadi sebaris tajukberita.


cat harakah.html | grep -bla bla| sed -bla bla | tail -bla bla| head blabbla > output.html

"|" adalah paip.

Tapi kini ada Yahoo Pipe

Secara teori, semua laman web pembangkang, walaupun yang tidak menyediakan RSS boleh dioutputkan sebagai RSS dan kemudian diberaspadukan.

Semalam, saya telah menjumpai laman web PAS di negeri mana entah yang tak menyediakan RSS, Kecewanya saya kerana tidak dapat menambahkannya ke Beras Padu, akan tetapi kini, dengan adanya Yahoo Pipe, ianya tidak mustahil.

Terima Kasih Mak Merusuh yang menyediakan tutorial Top Commentator.

p/s: Adakah perlu saya masukkan Blog Dr Khir Toyo ke Beras Padu?




Berpusing!!!!!!


Hahaha

Kini Audio wifi jadi realiti, saya sudah membeli Airport Express, ianya sebenarnya adalah router wifi biasa, tetapi ada tambahan ciri-ciri audio dan cetakan.

Sebenarnya saya beli ia sebagai penerima audio wifi, tetapi dia dah ada sekali router. Maka Tamatlah khidmat router wifi pada mac mini ini, kini mac mini jadi klien seperti komputer biasa.

Memang sejak dulu saya tercari penyelesaian audio secara wifi, hampir nak beli appleTV, tapi rupanya Airport Express ada airtunes.

AirTunes membolehkan audio diterima dari iTunes, samada dari Windows atau MacOSX, kemudian audio itu boleh disambung secara analog ke amplifier atau earphone/headphone DAN juga boleh disambung menggunakan optikal/digital.



Memang ramai orang tidak tahu bahawa kebanyakan peranti keluaran apple boleh mengeluarkan audio secara digital samada dalam format PCM atau DTS, disebabkan lubang menyambungnya adalah yang sama dengan stereo minijack biasa.

Kabel optikalnya memang susah untuk dicari.
Kalau nak cari, nama kabel itu ialah TOSLINK t0 mini toslink cable.

Jadi secara rasminya, hanya audio dari iTunes sahaja yang boleh dikeluarkan secara wifi melalui Airport Express.

Akan tetapi wujud juga aplikasi pihak ke 3 yang membolehkan seluruh Windows dan MacOSX menghantar isyarat audio wifi ke Airport Express. Airfoil.

Memang best airfoil ini, tetapi ia perisian berbayar :( USD 25 1 kesen, USD 49 5 lesen.


Justeport program baris arahan untuk windows. boleh dijadikan sebagai paip, tapi dalam dunia windows ada orang guna paip kah?

mpg123 lagu.mp3 | justeport 10.0.0.1

Tak mustahil kalau seluruh bunyi dipaipkan ke program itu.

manakala untuk Linux, ada roap-play , ia bolehdijadikan jurupacu alsa, yang membolehkan airport express bertindak sebagai kad bunyi tambahan.

Saya sebenarnya tak pasti dimana hendak diletakkan Airport Express itu, di Sistem audio utama yang sering digunakan untuk Astro? Atau Sistem audio lama.




Berpusing!!!!!!

Kembali ke Linux

11/16/2007 07:19:00 PTG | , , , ,

Sudah lama tidak kemas kini blog.

Saya baru sahaja menghidupkan kembali Fedora lama, rupanya partisyen Fedora idak rosak. Hanya cakera yang menggangdungi Windows, dan /home/sebol yang rosak, oleh kerana ia cakera pertama (/dev/hda) maka grub tak berfungsi.

Akan tetapi tidak semua /home/sebol hilang, sebelum /home/sebol diletakkan dalam partisyen khusus, ianya duduk dalam /home di cakera kedua (/dev/hdb). Kandungan /home/sebol tidak dipadam sebelum menggunakan /home/sebol yang baru.

Maka ada juga data yang hilang, tapi tak hilang semuanya.

Ada lagi gambar kawin dulu-dulu.

Sesi menyerahan CD RedHat versi 9 semasa kenduri dulu.


Dari RedHat 9, kemudian di naik taraf ke Fedora core 1, 2,3,4, 5, 6
Tiada pemasangan baru Fedora dilakukan pada komputer saya.
Sampai lah sekarang tengah 'yum upgrade' ke Fedora 8.
Akhirnya saya akur dengan nasihat Pengulas di Topik ini untuk menaiktaraf ke Fedora 8 terus.

Tapi ada masalah kebergantungan, kerana banyak pakej dipasang dari repo lain terpaksa dibuang dahulu untuk yum upgrade boleh dilakukan.

Saya kini boleh menggunakan pelungsur web kegemaran ku semula, Epiphany.

Yang menyeronokkan ialah Epiphany membolehkan saya klik-kanan pada blog mak merah
Banyak lagi perkara perlu dilakukan.




Berpusing!!!!!!

Fedora Linux 8 dah keluar

11/09/2007 12:56:00 PTG | , , ,

Dari dulu saya nak pasang kembali Linux di Komputer lama saya, dulu sudah muatturun Ubuntu, baru .iso tapi belum tulis ke CD lagi.

Kemudian muatturun Fedora 7 punya iso, tapi belum tulis ke CD.

Beberapa hari yang lalu, saya baru tahu yang Ubuntu tidak menyokong B.M secara default. Maka saya ketepikan Ubuntu, dan kekal pada Fedora.

Walaupun Fedora telah keluar versi 8, tapi saya tetap nak tulis Fedora 7 ke CD

Ini gambar saya cuba but CD Fedora, tapi belum pasang lagi.

Fedora, bukan setakat boleh guna antaramuka Bahasa Melayu, Nak pasang dalam BM pun boleh.

Aku rasa nak pakai Fedora 7 dulu, kasi puas, baru naiktaraf ke Fedora 8.




Berpusing!!!!!!

Dimaklumkan, Pakatan Firefox-ms telah mengandung, namun belum beranak lagi.



Apa itu itu Pakatan Firefox-ms?
Pakatan Firefox-ms adalah usahasama menterjemah perisian berasaskan Mozilla ke Bahasa Melayu (kod bahasa = ms, bukan my). Beberapa tahun yang dulu, setelah Projek Meksom, yang menterjemah Mozilla ke Bahasa Melayu telah ditinggalkan oleh saya, Tiada sesiapa yang benar-benar serius menterjemah mozilla ataupun Firefox. Ramai yang angkat tangan kononnya nak mulakan projek namun kebanyakannya tak berhasil.

Sehinggalah ada satu insan bernama Mahrazi, telahpun menyiapkan terjemahan Firefox, namun belum berjaya menghasilkan "Pek Bahasa" untuk dipasangkan ke Firefox.

Saya telah cuba untuk menggunakan terjemahan Mahrazi untuk dijadikan Pek Bahasa, namun gagal. Akan tetapi setelah Pek Bahasa yang gagal itu diberikan kepadanya, maka terhasillah Pek Bahasa Melayu bagi Firefox 2.x yang BETA

Kerjasama pihak tuan (macam surat rasmi pula), untuk menguji Pek Bahasa itu, pada Firefox 2.xx anda. Namun tiada jaminan ia betul-betul sempurna kerana ia masih beta. Masih mengandung, belum bersalin lagi.

Jadi, saya harap jika terdapat kesilapan bahasa, sila komen di blog itu untuk diperbetulkan oleh kami.




Berpusing!!!!!!

Tadi Isteriku yang nombor 1, cuba mendaftar Facebook, satu laman rangkaian sosial (sosial networking' Tapi itu bukanlah cerita yang hendak kuceritakan.

Di facebook ada "The Wall",


Maka saya pun terus teringat wall (/usr/bin/wall), dan menggambarkan kalau sekali taip, mesej itu akan sampai kepada semua kawan kita. Tapi mungkin "The Wall" pada Facebook itu adalah benda lain.

Ya memang benda lain, ia hanya seperti Papan Notis sahaja dan bukannya wall seperti N*X (termasuk Linux dan OSX).

Patut lah tak kelihatan bagaimana kita hendak 'mesg n'.

Untuk mengetahui apa itu wall pada N*X, seperti biasa 'man wall'.

Suatu ketika dulu, 'write', 'talk', 'wall' adalah satu benda yang menyeronokkan.

'write' adalah satu arahan untuk menulis pada konsol seseorang yang logmasuk dalam sesuatu sistem.

'wall' adalah arahan untuk menyiarkan mesej ke konsol semua orang.

walaubagaimanapun ia bergantung pada status 'mesg' seseorang itu.

contoh penggunaan:


Ada sesiapa di sini ketemu jodoh menggunakan write / talk?

p/s: ingat lagi finger?


kemaskini:
contoh penggunaan 'wall':-




Berpusing!!!!!!

Selepas kerja, (bila masa saya ada istilah lepas kerja?) saya ke Mahkota lagi sekali, dengan misi untuk membeli 'kepala'.
Masalah kekurangan kepala sering timbul kerana terlalu banyak sumber input, tetapi terlalu sedikit 'kepala'.

Pemain DVD/ Astro berkepalakan TV,
Mac mini pada asalnya berkepalakan TV juga.
Sony Ericsson MMV 200 juga dirancang untuk berkepala.
Kesemua sumber input yang berkepalakan TV itu berjantungkan Yamaha RXV 530.

(Jantung)

Oleh kerana jantung yang sama. Nak dengar radio atau CD Audio pun susah kerana Astro dah guna jantung dan kepala itu. Nak berA2DP pun kena guna jantung yang sama.
Soal jantung, mungkin boleh difikirkan kemudian kerana saya ada jantung lama yang tak digunakan.

Bayangkan 'Media Center' Mac mini pun nak guna jantung dan kepala yang sama...

Berbalik kepada cerita kepala, saya memang memerlukan kepala, kerana bilangan populasi pengguna komputer meningkat setiap 2 1/2 tahun. Walaupun ada 3 komputer dirumah, tapi hanya ada 2 kepala. satu kepala dah melekat pada komputer_riba. Satu kepala nak di kongsi oleh athlon/Linux dan Mac mini intel OSX? kalau saya duduk seorang diri , mungkin dengan penukar KVM dan cukup. Tapi populasi pengguna komputer adalah 3 orang berbanding kepala hanya 2.

Maka saya pun pergi ke Dataran Pahlawan dengan alasan untuk membeli 'kepala', Siti Hawa (yang tak happy itu) pada awalnya tak faham apa itu kepala.

Sebelum itu, saya dan Umar, pergi mencari kasut yang patut diganti, dan ketemu selipar 'Ratatouile'. Tak sangka pula 'Anakku' mendapat lesen membuat barangan ratatouile.



Ketika, kepala itu disiapkan untuk diuji, Hamzah dan Umar menjadi model HP



Saya tak berpuas hati kenapa cable kuasa dan kabel DVInya berwarna hitam.
Saya rasa tertipu dengan keputihan rupa paras kepala itu.


Tidakkah saya tadi menyebut DVI? Ya DVI,
Kepala LCD 19' ini boleh digunakan dengan DVI tanpa memerlukan penukar.
Model 17 ' tidak mempunya DVI.

Sebelum ini saya menggunakan penukar DVI ke VGA untuk digunakan pada monitor CRT 17' lama. DVI bermaksud... err err (belum google lagi) . Walaubagaimanapun isyaratnya dgital, berbanding VGA, walaupun komputer yang yang digital itu menghantar isyarat ke monitor VGA, isyarat RGB nya adalah analog.

(Ramai yang beranggapan monitor Digital itu adalah monitor yang mempunyai pengawal kecerahan/kontras dan lain-lain dalam bentuk digital , ia adalah mitos)
Apabila sudah mendapat kepala DVI, baru saya perasan akan komputer Athlon/Linux saya pun mempunyai antaramuka DVI.
heh

Saya dan Umar bersama-sama menyengetkan kepala apabila paparan ditetapkan sebagai dikilas 90 darjah.


Hasilnya, saya tetap tak dapat menggunakan komputer, kerana masalah cakera keras pada Athlon/Linux belum diselesaikan, dan monitor lama merajuk.

Lihatlah kanak-kanak zaman sekarang, masih hisap botol tapi dah guna komputer.


Adakalanya saya terpaksa menerangkan pada dia tentang bagaimana komputer berfungsi.
Apa yang saya perhatikan, kesan 'Genie' pada OSX membuatkan dia cepat memahami UI OSX.




Berpusing!!!!!!


Ada tak skrip yang menggunakan alatan berasaskan Antaramuka Baris Arahan (CLI), yang membolehkan saya ubah saiz gambar-gambar yang ada dalam sesuatu direktori, kepada saiz tertentu.

Platform = MacOSX.

Kalau ada penyelesaian Linux pun boleh lah.

Saya rasa penatlah nak ubah saiz gambar sebelum muatnaik ke blog.




Berpusing!!!!!!